Bab:15

435 13 1
                                    

Aku membawa mangkuk yang berisi bihun goreng dan meletakkannya di atas meja island. Rahiz masih belum turun. Aku menyiapkan sarapan sementara Rahiz masih belum turun. Sungguh hari ini aku berasa sedikit penat. Entah kenapa rasa penat. Mungkin semalam banyak menangis kot. Aku pun tak tahu kenapa semalam sensitif sangat.

Kelihatan Rahiz turun. Terus aku melangkah ke arah dapur kembali. Biar dia makan seorang diri. Ataupun pergi panggil madu aku tu. Bila teringat balik semalam dia cakap. Dia tengah fikirkan madu aku, memang sakit hati sampai sekarang. Kalau dia bawak perempuan tu jumpa aku. Memang aku cincang perempuan tu dengan Rahiz sekali.

Ketika aku sedang membersihkan pinggan di dalam sinki. Tiba-tiba pinggangku dipeluk seseorang. Siapa lagi kalau bukan Rahiz. Mengada. Dia meletakkan dagunya di atas bahuku. Aku hanya membiarkan sahaja. Malas nak layan.

"Sayang.... Jom lah teman abang makan. Takkan nak biar abang makan seorang diri. Mengenangkan nasib hati ini.hm?" Amboi ayat. Kalau bab memujuk tu. Ayat tu lagi manis dari gula. Mai nak cili mulut tu bagi pedas.

"Pergilah makan dengan isteri baru abang tu. Pergi,pergi. Shuh,shuh" aku menghalau. "Sampai hati sayang halau abang..." Merajuk pulak haish mengada betul suami aku ni. Siapa sepatutnya merajuk ni...

Rahiz menarik lengan bajuku. Ish dia ni dah kenapa mengalahkan budak-budaklah.

"Abang nak apa?" Tanyaku. "Abang nak sayang". Rahiz menjawab sambil mengangkat keningnya berkali-kali. "Ish sabar. Syahira nak basuh pinggan."

"Okey cayang."

Selesai membasuh pinggan aku mengambil tempat di sebelah Rahiz. Rahiz memandangku. Aku menuangkan air teh ke dalam cawan. Tiada selera nak makan.

"Sayang tak makan ke?." Tanya Rahiz. Aku menggeleng. "Abang makanlah. Tak ada selera."

Rahiz menolak pinggannya. Lalu mengulung sedikit bihun goreng itu lalu disuakan kepada ku.

"Aaaaa....... Open your mouth. Kapal terbang nak lalu. Weee.... Aku tersenyum melihat telatah Rahiz. Aku membuka mulut lalu bihun itu dikunyah perlahan. "Sedap?." Aku hanya mangangguk. Mestilah sedap Syahira yang masak.

"Sayang...." Panggil Rahiz. Aku mengangkat muka memandang Rahiz. "Kejap lagi packging baju. Kita balik rumah mummy."

"Abang tak kerja ke.?" Tanyaku. Ialah tiba-tiba nak balik rumah mummy. "Cuti sayang...." Ouh aku lupa sekarang kan tengah cuti semester. Maklumlah dah tak belajar.
"Okey sayang pergi packging kejap." Rahiz hanya menganguk. Aku berlalu naik ke atas meninggalkan Rahiz di bawah.

Aku menggayakan baju blouse dan shawl yang dililitkan di kepala. Nak pergi rumah mertua kenalah cantik-cantik. Kalau tak nanti mak mertua pun malas pandang. Okey ni tips dari Syahira. Siapa nak guna silakan.

Aku turun ke bawah bersama beg bagasi yang berisi pakaian kami. Kongsi beg senang tak payah sampai banyak beg. Buat apa banyak-banyak buat penuh kereta je.

Kelihatan Rahiz sedang berehat di atas sofa. Kepalanya dilentokkan di atas sofa sambil mata terpejam. Dia ni tidur ke. Takkan makan dah penat. Makan pun penat ke?.

Aku mendekati Rahiz yang masih lena dibuai mimpi. Patutlah tak tolong angkat beg tidur rupanya. "Abang..." Panggilku lembut. Aku mengoncangkan sedikit tubuhnya.

Rahiz membuka mata perlahan-lahan. "Ehh..... Sayang dah siap ke. Sorry abang tertidur. Sayang letak apa dalam bihun tu?." Tanya Rahiz. Ehhhh dia ni kenapa. Aku ada salah letak ke?.

"Kenapa abang?. Tak sedap ke?." Tanya aku. Ragu-ragu jugak dengan soalan si Rahiz ni. Sebab aku rasa tadi tiada apa yang kurang dah.

"Sedap sangat... Itu sebab abang tanya. Abang tambah sampai dua kali tahu tak. Lama-lama boleh hilang biceps abang ni kalau sayang masak sedap hari-hari macam ni." Ujarnya. Ya Allah dia ni ingatkan apalah buat terkejut orang saja. Ingatkan tak sedap rupanya nak puji.

"Ish dah, abang ni mengadalah tolong sayang angkat beg ni dahlah berat." Tak berat pun saja nak bermanja dengan suami tiada masalahkan. Yang single boleh pergi nangis tepi bucu katil.

Rahiz hanya menganguk dan menghidupkan enjin. Selesai memeriksa keadaan rumah aku terus masuk ke dalam perut kereta.

Baru sahaja aku masuk ke dalam perut kereta. Tiba-tiba tubuhku ditolak Rahiz untuk bersandar. Rahiz terus menarik tali pinggang dan dipakaikan untuk aku.

Aku masih keliru apa dia buat ni. "Abang.... Apa abang buat ni. Tak malu ke. Sayang boleh pakai sendirilah." Ya lah sekarang Rahiz sedang menindih sedikit tubuhku.

"What, abang pakaikan sayang seatbelt je. Lambat sangat abang pakaikanlah."

"Tapi...." Baru sahaja aku mahu menghabiskan ayat. Terus laju jari Rahiz singgah di bibirku. "Shhhh.... Kita dah nak gerak sayang. Rahiz berkata sambil mengenyitkan sebelah mata. Hish ni nak mengurat ke apa?.

Kereta meluncur keluar dari kawasan parking dan memulakan perjalanan dengan "Bissmillah"

            


SUAMIKU USTAZKUWhere stories live. Discover now