Bab:18

413 11 0
                                    

Perlahan-lahan aku membuka mata. Cahaya lampu menerobos ke dalam mata. Aku melihat sekeliling. Macam bilik hospital. Aku melihat tanganku telah dicucuk dengan air. Ni mesti aku pengsan. Aku cuba bangun kepalaku masih sakit. Tiba-tiba mataku tertancap pada sosok tubuh yang ku sangat kenali. Rahiz. Kelihatan Rahiz sedang tidur di atas kerusi.

Aku hanya membiarkan Rahiz lena dibuai mimpi. Aku mahu pergi ke tandas. Baru sahaja aku mahu melangkah. Tiba-tiba kepalaku berdenyut-denyut. Membuatkan badanku hampir rebah. Nasib baik tangan ini sempat mencapai penghadang katil.

"Sayang.... Nak pergi mana?. Biar abang tolong." Rahiz dah terjaga dari tidur. Aku hanya membiarkan sahaja soalan Rahiz dibawa angin.

Rahiz mendekatiku. Dan memaut tanganku. Dengan pantas aku menepis tangannya. Kelihatan Rahiz sedikit tersentak.

"Tak payah saya boleh jalan sendiri. Awak pergilah tidur. Saya ni kan beban hidup awak." Ujarku. Kelihatan Rahiz sedikit tersentak dengan kata-kataku.

"Takpa sayang. Abang minta maaf. Abang janji akan jaga sayang dengan anak kita baik-baik. Maafkan abang. Abang terlampau stress." Monolog Rahiz di dalam hati.


Usai membersihkan diri. Aku kembali berehat di atas katil. Dapatku tangkap Rahiz sedang memerhatikanku. Tetapi aku hanya membiarkan sahaja. Malas nak layan.

Tiba-tiba pintu dikuak dari luar terpampar sosok seorang doktor. Doktor itu melangkah ke arahku. Rahiz dengan bingkasnya mendekati kami.

"Tahniah puan. Usia kandungan puan telah masuk 3 minggu." Kata doktor itu.

"Huh?. Saya mengandung?. Tanyaku. Doktor itu mengangguk.

"Allhamdullilah." Ucapku dan Rahiz serentak.

"Saya minta diri dulu. Jaga kandungan awak dengan baik. Jangan buat kerja terlampau berat." Doktor itu berkata dan berlalu pergi.

Aku memandang Rahiz yang berada di sebelahku. Pandangan yang diberikan hanya pandangan kosong.

"Sayang... Abang minta maaf." Ucap Rahiz. Aku mengangkat muka memandangnya. Salah aku juga sebab mungkin Rahiz stress cuma tak nak kongsi dengan aku. Aku pula terlampau memaksa dia.

"Takpa sayang maafkan abang. Abang tolong lepas ni kalau ada masalah jangan pendam. Share dekat sayang. Mana tahu sayang boleh tolong. Hm?" Aku berkata sambil mengusap pipi Rahiz. Kelihatan air jernih turun dari hujung mata Rahiz. Rahiz menangis ke?.

"Are you crying abang?." Aku bertanya. Rahiz cepat-cepat menyeka air matanya. Nak control macholah tu.

"Mana ada. Anak jantan mana boleh nangis. Im just happy. Kita dah dapat baby." Rahiz berkata sambil mengusap perut kempisku.

"Nanti baby ni kena panggil abang baba. Sayang pulak mama." Ujar Rahiz jelas riak gembira terpapar di wajahnya. Aku hanya menganguk.

..............

Selama seminggu aku duduk dekat hospital tu. Akhirnya kaki ni dapat juga menjejak ke rumah. Kami masih tinggal di rumah mummy. Rahiz kata mummy nak jumpa aku katanya rindu. Macam-macamlah mummy ni.

Baru sahaja aku mahu keluar dari kereta. Tiba-tiba Rahiz lebih tangkas berada di hadapan pintu kereta. Aku memandangnya sambil menjongketkan sebelah kening. Rahiz menyuakan tangannya. Aku hanya menyambut tangannya. Wow Rahiz sudah bertukar. Kepada ciri bapak-bapak.

Dia pimpin aku sampai dalam rumah woo... So sweet. Katanya takut aku pengsan lagi. Haih terlebih protective ni. Habislah lepas ni mesti aku gemuk kerja duduk je. Nak buat itu Rahiz tak bagi. Nak buat ini Rahiz tak bagi. Haihhhh baby redhalah ye dapat baba perangai macam budak-budak . Mama pun penat nak layan.

Uhuk. Okey Rahiz ni macam-macam ler. Okey selamat membaca. Doakan saya lulus exam. Lagi berapa hari je ni. Ayo berjuang 💪💓

SUAMIKU USTAZKUWhere stories live. Discover now