Tunang

545 16 0
                                    

Usai makan,aku ingin pergi ke kedai buku. Farisha tak dapat mengikutiku dia hanya mengantarku ke kedai buku, kerana dia mendapat panggilan kecemasan dari ibunya.

        Jadi terpaksalah aku naik teksi kalau nak balik rumah sewa. Usai aku membeli beberapa buah buku novel untuk mengisi masa lapangku dan menghilangkan stress sejenak.

            Ketika aku melangkah keluar dari kedai buku,untuk ke tempat parking kereta ku rasa beg sandangku bagai ditarik. Aku pusing ke belakang untuk melihat siapakah gerangan yang menarik beg sandangku. Peragut! Tolong!. Terus ku menjerit meminta tolong dan membuatkan peragut itu marah dan mengacukan sebilah pisau di hadapan mukaku atau lebih tepat di bahagian leher.

       Teguk liur,aku rasa bagai riwayat aku akan tamat tak lama lagi. Aku hanya mampu berdoa supaya terdapat seseorang yang tergerak hati untuk melintas di hadapan kami. "Diam! Bagi beg kau sekarang"!. " Sabarlah takyahlah jerit aku tak pekak lagilah"!. Amboi kau Syahira tengah takut pun kau boleh jerkah si mamat tak guna ni. Ku pejamkan mata perlahan-lahan ku serahkan beg sandangku dan sambil hati berdoa semoga ada orang melintas di hadapan kami. Tiba-tiba ku mendengar suara garau yang menjerkah dari jauh. "Hey boy, how dare you trying to kill the girl". Ku membuka mata dan terlihat peragut itu telah terbaring di atas jalan tar.

     Ku melihat seorang lelaki segak berbaju kemeja mengacukan sepucuk pistol tepat pada muka peragut tersebut. Membuatkan si peragut telan liur. "If you touch the girl again i will not let you go"!. Si peragut lari tak cukup tanah,tahu takut!.

          "Terima kasih encik selamatkan saya kalau tak saya dah jadi arwah kat sini". Lelaki itu mengangkat muka lalu tersenyum. Dr! Ku secara tak sengaja meninggikan not suaraku. Terkejut sebab orang yang selamatkanku itu ialah Dr Rahiz.

           Dr Rahiz memandangku sambil mengangkat sebelah kening. "Why are you screaming"?. "Kenapa awak jalan seorang diri kan bahaya dahlah sunyi dekat sini. Nasib baik saya datang kalau tak awak dah mati katak tahu". Bebelnya." Tak sepatutnya tadi saya datang dengan Farisha, tapi Farisha kena balik sebab dapat panggilan kecemasan". Mataku secara tidak sengaja tertancap pada sepucuk pistol yang berada di sebelah poket seluar Dr Rahiz.
         
           " Why suprised? I have license. Don't worry im not gangster and im not killing people". "Oooo ingatkan Dr ni FBI. Kataku. Dr Rahiz gelak macho dengan sekelip mata mukanya berubah beku kembali. Kejapnya di gelak baru nak tengok muka manis dia senyum hensem!.

            Dah makan? Tanyanya. Dah. Jawabku. "Jom saya belanja awak minum lepastu saya hantar awak balik rumah sewa". "Eh takpelah Dr terima kasih saya boleh balik sendiri" . Kataku. Dr Rahiz memandangku sambil mengangkat sebelah kening seolah mencabarku untuk menolak pelawaannya. "Errrr baik saya ikut".

        

SUAMIKU USTAZKUWhere stories live. Discover now