"Syahmi cuba sebut baba." Rahiz masih cuba untuk menyuruh si Syahmi menyebut baba. Tapi apabila disuruh asyik diam aje. Aku hanya menggeleng melihat telatah dua orang jejaka yang berada di hadapanku.
"Sayang... Cuba sebut mama." Aku mencuba nasib.
"Mama, mama, mama." Syahmi berkata sambil menepuk tangannya beberapa kali.
Aku memandang Rahiz. Tekedu. Sungguh kami berdua terkedu. Rahiz memandang Syahmi yang masih tidak berhenti menyebut mama.
Tanpaku sedar ada air jernih lagi mengalir keluar dari tubir mata. Allah kenapa hati ini sungguh sebak untuk melepaskan si kecil ini membesar.
Tanpaku sedar ada tangan yang naik menyeka air mataku. Rahiz memandangku dengan senyuman.
"Sayang dahlah jangan nangis lagi. Syahmi tengok mama ni nangis sebab Syahmi dah boleh bercakap je sayang." Rahiz berkata.
"Mama,mama,mama" lagi sekali perkataan mama keluar dari bibir Syahmi. Tiba-tiba tangan Syahmi naik menyetuh pipiku. Aku memandang Syahmi yang masih tersenyum. Terus aku mencium pipi gebu milik Syahmi.
"Itulah dahlah Syahira. Biasalah bila tengok anak kita membesar depan mata memamng sedih. Rasa macam dia orang dah nak tinggalkan kita." Umi berkata seraya tersenyum ke arahku.
"Kamu ni asyik nangis aje. Entah-entah si Syahmi ni nak dapat adik kot. Tak gitu Syahmi." Sambung umi.
"Haahlah sayang. Entah-entah Syahmi nak dapat adik." Sambung Rahiz pula. Siap jongket kening lagi.
"Ish taklah!." Bentakku.
Terus ketawa semua pecah. Dengan si Syahmi ketawa sekali. Oooo suka ya. Takpa Syahmi jangan minum susu hari ini.
"Dah mari makan. Syahmi nak makan bubur?." Jemput umi seraya membawa Syahmi ke dalam dukungan.
" Dah sayang jom makan." Rahiz berkata seraya memeluk bahuku. Aku hanya akur.
Wangian Rahiz menusuk ke rongga hidung. Terus aku berasa loya. Aku melangkah ke arah singki. Lalu segala isi perut ku luah keluar dari mulut.
Rahiz menepuk perlahan belakangku.
"Sayang kenapa ni?. Okey tak sakit perut ke.?" Tanya Rahiz berbaur risau.
"Kan umi dah cakap Syahmi nak dapat adik..." Umi berkata bersama ketawa yang cuba ditahan.
Aku memandang Rahiz. Rahiz juga turut memandangku. Tak mungkin...
"Nak check?." Tanya Rahiz terselit kegembiraan.
Aku hanya mengangguk.
"Tapi dengan satu syarat." Ujarku.
Rahiz memandangku keliru.
"Kalau tak abang kena janji tak sedih boleh." Ujarku seraya menunjukkan jari kelingking ke arahnya.
"Sayang... Kalau tak takpa abang tak kesah. Baby tu kan rezeki dari Allah. Hm." Ujar Rahiz. Seraya mengusap lembut kepalaku.
Aku hanya mengangguk.
YOU ARE READING
SUAMIKU USTAZKU
RomanceBuku ini mengisahkan tentang Syahira yang jatuh hati akan seorang pensyarah baru di universitinya.Pada suatu hari Syahira pulang ke kampung dan ibu bapanya memberi tahu bahawa seseorang jejaka misteri telah masuk meminangnya dan lebih tragis ibu bap...