Bab:9

524 14 1
                                    

"Huh! Umi biar betul. Kenapa umi tak suka tinggal sini ke?. Umi tak selesa?. Bermacam soalan aku tujukan buat umi. Kenapa umi nak tinggal kat kampung balik. Ya aku tahu walaupun aku tiada hak untuk halang umi. Tapi aku belum bersedia untuk berpisah dengan umi. Drama....

"Tak, umi selesa tinggal kat sini, semua cukup. Kan umi dah cakap umi rindu kambing,lembu,ayam kat kampung tu. Boleh lah Syahira." Umi menyatukan tangan kanan dan kirinya. Sambil membuat muka seposen. Aku memandang Rahiz. Rahiz memandangku kembali. Aku pandang kembali muka seposen umi.

Aku menghela nafas." Okey umi nak balik bila?". Tanyaku. " Harini!". Jawab umi gembira. Betul betul rindu kambing dengan lembu dekat kampung ni." Uish cepatnya. Umi dah packing ke?". Tanyaku. Saja nak uji umi. "Dah!. Umi dah packing awal-awal lagi". Hampir tersedak aku mendengar jawapan dari umi.

Aku memandang Rahiz. Rahiz juga turut terkejut dengan jawapan umi. "Kita balik esok je ye umi". Ujarku. Memujuk. "Kalau malam ni?". Kalini jawapan umi telah membuatku tersedak. Pedih hidung, tekak semua ada. "Umi biar betul !?". Tanyaku. Umi menganguk sambil tangan tidak berhenti menyuap nasi ke dalam mulut. Kononnya selera dah datang balik.

Aku memandang Rahiz. Rahiz hanya menganguk seraya senyum. Maksudnya dia setuju nak balik kampung malam ni. Aku memandang umi. Masih menunggu jawapan dariku. " Ye lah kita gerak malam ni." Ujarku. "Allhamdullilah, terima kasih sayang umi". Ucap umi. Aku hanya senyum. Gembira melihat telatah umi.

.........................

Ketika dalam perjalanan pulang ke kampung. Aku hanya membuang pandang ke arah luar tingkap. Walaupun hari yang gelap. Hanya lampu jalan penyumbang cahaya. Sesekali aku memandang ke arah tempat duduk belakang. Untuk melihat keadaan umi.

Dari awal perjalanan umi hanya tidur lena dibuai mimpi. Happy sangat dapat balik kampung. Tidur nyenyak sangat sampai ternganga mulut. Kalau lalat masuk entah perasaan atau tak.

Kereta masuk ke dalam perkarangan rumah. Aku dan Rahiz keluar dari perut kereta. Aku membuka pintu penumpang belakang. Untuk mengejutkan umi dari alam mimpi. Manakala, Rahiz pula ke arah bonet, untuk mengambil barang-barang dan beg pakaian umi.

Umi keluar dari perut kereta. Mengeliat bukan main kuat. Sampai anak menantu ada depan mata pun dah tak nampak. Mengantuk sangat tu. Rahiz hanya tersenyum melihat telatah umi. Manakala aku pula menggeleng kepala melihat telatah umi. Yang macam orang muda ni.

Umi aku ke ni?. Ke tertinggal kat Kl. Lepastu ni siapa. Klon umi. Apa yang tak senonoh sangat lepas balik kampung ni.

Aku dan Rahiz mengangkat beg dan barang-barang keperluan umi masuk ke dalam rumah. Umi?. Tak payah cakap. Sekelip mata je hilang. Tahu-tahu dah masuk bilik tidur. Rindu betul rumah ni. Kalau dulu ada abi. Mesti meriah. Aku tersenyum melihat isi rumah ini.

Usai mengemas aku masuk ke dalam bilik. Untuk berehat. Waktu sudah menginjak tengah malam. "Dah pukul 1. Aduh..... Sakitnya pinggang ni". Aku mengeliat untuk mengurangkan lenguh di pinggang.

"Sayang!". Jerit seseorang. Jeritan itu membuatkan aku sedikit terkejut. Hampir sahaja kaki ingin ingin naik menendang. Kalau tak memang tempang suami aku ni. Siapa lagi kalau bukan Rahiz Reza.

"Sayang?". Siapa sayang?. Tanyaku. Siapa pulak dia panggil sayang, dia ada orang lain selain aku ke. Rahiz hanya ketawa. Dia boleh ketawa orang tengah serius ni.

"Jangan salah faham. Sayang tu Habibatilah. Cuma yang lainnyer habibati dalam bahasa arab sayang dalam bahasa melayu. Terangnya. Tahu takut. Aku hanya menganguk.

Tangan masih laju menyapu losyen di tangan. Tiba-tiba bahuku dipeluk oleh Rahiz. Aku hanya membiarkan sahaja. Dia ni memang tak puas eh peluk aku. Tadi kat rumah dah peluk. Sekarang dekat kampung pulak nak peluk.

"Asiif". (Maaf). Aku memandang Rahiz sambil menjongketkan sebelah kening. "Sebab?". Bukan senang nak mengusik si Rahiz ni. Kalau ada peluang kenapa perlu dilepaskan. Rahiz mengangkat muka memandangku. "Sebab...... Tch dukung sayanglah". Rahiz berkata. Minta maaf pun sempat berdecit.

Ingin sahaja aku melepaskan tawa. Tapi bila lihat muka si Rahiz ni tak jadi nak gelak. Muka dah macam budak kecil nakkan gula-gula."hmmm..... Sayang maafkan". Rahiz mengangkat muka jelas terpancar riak kegembiraan di mukanya.

"Yeay. Terima kasih". Terus tubuh keciku dipeluk. Erat yerr nasib baik masih boleh bernafas. Suami aku ke ni kenapa macam budak baru dapat hadiah mainan?. Hesy macam-macam berlaku ye harini.

"Aiftaqadaki". (I miss you). Ucapnya sambil tersenyum-senyum. Aku memandangnya. "Mengada!" . Aku menjulingkan mata ke atas.

" Tidur dah lewat ni". Rahiz berkata. Terus tubuh kecilku ditolak lembut untuk turut berbaring. Tangannya naik memeluk tubuhku. Sebelah lagi naik membelai rambutku. Aku lena dibuai mimpi.

................................

Perlahan-lahan ku cuba membuka mata. Cahaya lampu menerobos ke dalam mata. Setelah mata sudah dapat mencerna cahaya lampu. Terusku meraba tempat di sebelahku. Inilah jadinya bila tidur lepas subuh. Mula- mula hanya ingin merehatkan badan. Jadinya tertidur.

Mana encik suami ini. Takkan dah balik Kl. Bukannya nak kejut orang haih. Ketika aku mahu bangun dari perbaringan. Dapat ku tangkap suara si umi yang sedang ketawa. Aku bingkas bangun ke arah tingkap untuk melihat keadaan di luar.

Kelihatan umi riang gembira memberi si haiwan peliharaannya makan. Manakala Rahiz pula. Tengah membelai seekor lembu bagai seekor kucing. Dia ingat lembuku tu kucing ke. Ya Allah apa dah jadi dengan suami aku ni. Dia ni dah lah orang berada. Pernah ke tengok lembu. Ke tak pernah. Ishhh.... Apa-apa jelah.

Terusku menyarungkan​ tudung sarung yang tersangkut di atas kerusi solek. Menuju ke arah Rahiz dan umi di luar.

"Dah bangun dah puteri kita ni. Matahari dah atas kepala baru nak bangun?". Umi menegur. Aku hanya menggaru kepala yang tidak gatal. Aku menuju ke arah Rahiz. Yang masih lagi asyik bermain dengan lembu itu. "Abang. Buat apa ni?". Rahiz memandangku. "Main lembu". Rahiz berkata sambil jari menunjukkan ke arah lembu tersebut.

Aku hanya menggeleng. "Sayang!". Aku mengangkat muka apabila diseru. Ya panggilan dah ditukar. Katanya habibati panjang sangat jadi panggil sayang jelah. Macam-macam seketul Rahiz ni. "Kenapa?" Jeritku maklumlah aku sekarang sedang berehat di atas bangku. " Comelkan lembu ni". Rahiz berkata. Lembu dikatanya comel. Allah.... Apa-apa jelah janji awak happy Rahiz.

"Haah! Macam abang". Terus ketawaku pecah seronok dapat kenakan si Rahiz ni. Rahiz membuat muka cemberut apabila aku samakan dia dengan lembu. Haish comel!. Tak salahkan obses dengan suami sendiri?. Hehe

SUAMIKU USTAZKUWhere stories live. Discover now