Kahwin

650 18 0
                                    

Abi dimasukkan ke dalam wad kecemasan (ICU). Berdebar hati ini risaukan abi. Abi tak pernah bagitahu abi sakit. Tapi bila majlis perkhawinanku berlangsung abi kelihatan seperti keletihan.

            Aku juga risau apa-apa jadi kepada abi. Aku tak sanggup kehilangan abi. Ketika majlis perkhawinanku abi minta nak pakai jubah putih  dia tiba-tiba teringin nak pakai warna putih. Katanya putih cantik dan suci.

           Air mataku mengalir deras pabila teringat apa yang abi katakan. Aku tak sanggup kehilangan abi. Abi sahaja puteraku hatiku. Aku melihat umi seperti keletihan kerana tanpa henti umi mengeluarkan air mata risaukan abi.

           Aku merapatkan tubuh ke arah umi. Terusku memeluk tubuh umi. Terus air mataku mengalir deras. Tak sanggup aku melihat air permata syurgaku. Keranaku tahu air mata umi amat berharga.

           "Heih, anak umi kenapa nangis ni." Umi menyeka air mataku yang mengalir tanpa henti. " Syahira risaukan abi, Syahira taknak kehilangan abi". "Kenapa cakap macamtu abi okeylah". Aku memandang ke arah Rahiz yang tegak berdiri di hadapan kami. Aku dapat melihat kerisauan terpancar dari panahan matanya. Dia risaukan aku ke.

          Rahiz menapak ke arah ku." Umi, habibi abi akan okey". Katanya. Terusku memeluk tubuh Rahiz dan membuatkan segala pergerakannya mati. Rahiz menyambut pelukanku. Aku kemas berada di dalam pelukannya.

SUAMIKU USTAZKUWhere stories live. Discover now