BAB 23

2.1K 64 10
                                        

Angin dingin menyapa kulit saat Hera memasuki lobi hotel. Biarpun berpakaian bertutup litup, kesejukan angin pendingin hawa mampu menembusi tulang belulang. Nasib baik Hera terdetik untuk menyarung kemeja putih dengan knitvest di luar. Tak adalah dia mati kesejukan sementara menanti kedatangan lelaki yang mengajaknya untuk bertemu hari ini.

Mata Hera diliarkan ke segenap ruang dewan makan yang dipenuhi umat manusia. Agak normal ketika hujung minggu. Setelah berhempas-pulas naik turun tangga bekerja, inilah waktunya untuk sesebuah keluarga meluangkan masa bersama. Bergelak ketawa dan bertepuk tampar antara adik-beradik. Sama juga dengan suami isteri.

Tapi Hera? Entah bagaimana mahu jelaskan. Biar masa yang menentukan.

Kerusi yang bertentangannya ditarik oleh seseorang. Senyuman penuh ikhlas ditayang walaupun hati tak berhenti menyumpah seranah kerana sudah dua kali lelaki itu lambat. Harez Zayyan semestinya.

"Sorry for 5 minutes late. Tadi jalan jem."

Hera mengangguk faham. Dalam perjalanan ke sini pun, terdapat satu kemalangan yang agak parah antara kereta Kancil dan motosikal di bahu kiri jalan. Tak berani memandu dekat, jadi dia terus memotong laju ke hadapan apabila ramai orang berkumpul di situ. Fobia betul dia dengan darah, luka dan yang seangkatan dengannya. Nanti mulalah dia rasa nak muntah. Mengelak selagi boleh.

"Tak apa, saya pun baru sampai." Hera tipu.

"Nak saya panggil waiter tak? Jap...."

"Eh, tak payahlah."

Harez memandang Hera dengan pandangan pelik. Terbantut langkahnya mahu memanggil pelayan lelaki yang sedang mengelap meja di sebelah mereka.

"Kenapa awak nak jumpa saya kat sini? Kat hotel awak tak boleh?" soal Hera tak selesa. Netizen bermulut tempayan merayau di mana-mana. Mendatangkan risiko jika kehadirannya bersama seorang lelaki yang bukan bergelar suami di hotel ini ditangkap oleh reporter hiburan. Karang tak sampai 24 jam, keluar gosip hangat tentang dia dengan businessman terkenal.

"Lebih privasi. Senang saya nak cakap pasal Aydan," jelas Harez tanpa muslihat tersembunyi. Kerana hari ini dia mahu dapatkan hitam putih pengakuan daripada Hera. Dah lama dia meneram soalan yang sama.

Macam mana Hera boleh bersetuju kahwin dengan rakannya?

"Kenapa dengan suami saya? Dia ada buat problem dengan awak ke?" Teringin juga Hera nak tahu. Kot-kot masih ada dendam lama yang belum dilunaskan secara bersemuka lagi. Suaminya bukan jenis yang akan membuka mulut kalau tidak dipaksa.

"Apa yang buatkan awak ubah fikiran untuk bernikah dengan Aydan? Itu soalan saya. Dan saya harap awak boleh jawab macam saya fikir jugak."

Hampir terjojol biji mata Hera apabila mendengar sebaris ayat lelaki itu. Ada ke patut dia tanya sebegitu sedangkan dia sudah 6 bulan hidup sebumbung dengan Tengku Aydan? Kata-katanya seolah memperolok kesanggupannya mengikat hubungan suami isteri sehingga syurganya beralih di bawah telapak kaki suaminya.

"Tak. Tak menyesal langsung. Malah saya bersyukur sebab dapat kahwin dengan orang yang kuat menyakat macam Aydan. Dia supporting dan sentiasa sokong apa yang saya buat. Walaupun dia selalu buat perangai tak matang, saya tak pernah merungut sebab dia suami saya." Ambik kau setepek! Ringan je tangan Hera nak hempuk Harez dengan beg tangan.

"Tapi awak tak sedar yang dia sebenarnya...."

Hera mengerutkan kening. Tak mengerti.

"Sebenarnya apa?"

"Dia..."

"Hera Qistina!"

Serentak, mereka berdua berpaling. Termasuk pelanggan di sekitar sebelum mereka kembali menyambung hal masing-masing. Mata Hera terpaku kepada dua kelibat yang berdiri tegak berdekatan mereka. Nafas dirasakan tersekat seperti ada sesuatu yang tersumbat di salur trakea.

KALAU SUDAH TERTAKDIR | C Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang