bab 4

82 2 0
                                    

" aku benci kau , Adrian ! Kenapa kau kena kahwin dengan aisyah .

Sepatutnya aku yang ada dekat sebelah kau , sepatutnya aku yang jadi bini kau !" Jerit Nayla sambil mencampakkan segala barangan yang berada di meja .

" Ni dah kenapa jerit jerit ni , kau dah gila ke apa ?" Herdik Batrisya .

" Aku gila sebab Adrian dah kahwin ! " Jerit Nayla .

" Kau dah kenapa , kau kan dah ada kekasih " ujar Batrisya .

" Tapi aku tetap nak Adrian , kau faham ke tak " ujar Nayla .

" Dah jodoh kau dengan Adrian Tak kuat , terputus di tengah Jalan sebab kau sendiri yang cari orang lain . " Balas Batrisya .

" No way , selamanya dia hak aku !" Marah Nayla .

" Eh budak ni , kang kalau aku lempang boleh masuk longkang jugak karang . Kau kan cinta mati dengan si zarif, dah Tak payahlah nak kejar Adrian " marah Batrisya .

" Aku sayang dia kau Tau Tak " ujar Nayla .

" LAWAK lah kau , kalau kau sayang Adrian kenapa kau tinggalkan dia dulu ? Kenapa kau pergi bercinta dengan si zarif ? Mencintai Tak semestinya dimiliki, kalau kau sayang dia kau patutnya doakan yang terbaik untuk dia" tegas Batrisya .

" Eee malaslah aku nak cakap dengan kau ni , boleh sakit jiwa tahu Tak " herdik Nayla lalu menuju ke tingkat atas . Batrisya hanya menggeleng apabila melihat perilaku kawannya itu.
___________________________________________
" Hoi bangun solat subuh " kejut Adrian.

" Aku Tak boleh solat lah " balas Aisyah .

" Kau nak menipu , menipu dekat orang lain bukan aku . " Sindir Adrian.

" Argh malas betul aku nak layan kau ni " ujar Aisyah lalu menuju ke bilik air sambil menghentakkan kakinya .

" Eh minah ni dah besar panjang pun Tak reti nak solat , ada jugak aku humban dalam tandas kejap lagi " bebel Adrian di dalam hati .

30 minit kemudian..

" Kau ni ambik wuduk ke buat tandas ? " Sindir Adrian tatkala Aisyah baru sahaja keluar daripada tandas.

" Haish diamlah kau , aku malas nak gaduh pepagi ni " ujar Aisyah lalu mengambil telekung yang tergantung itu .

Terasa kekok pulak kerana dia sudah lama tidak sujud kepada yang maha esa .

" Aku keluar dulu , apa apa nanti panggil aku " ujar Adrian. Tangan aisyah lantas menarik hujung t-shirt Adrian .

" Kenapa ? " Tanya Adrian sambil mengangkat keningnya .

" A..ajar a.. aku solat , please " jawab Aisyah. Senyuman kecil terukir di bibir Adrian .

" Pakai telekung tu dulu baru Kita solat " ujar Adrian.

Aisyah mengangguk lemah . Selama ini dia sering diingatkan oleh kedua ibu bapanya untuk solat tetapi dia tetap tidak melakukannya.

" Alhamdulillah kau dah berubah walaupun sedikit , Aisyah . " Ujar Adrian di dalam hatinya .

Sedikit perasaan bangga terbit di dalam hatinya apabila Aisyah memintanya untuk mengajarnya solat.

" Done " ujar Aisyah .

" Ergh .. ok jom Kita mula" pinta Adrian lalu memalingkan dirinya ke hadapan . Impiannya untuk menjadi imam kepada isterinya sudah dimakbulkan ketika umurnya 18 tahun .
__________________________________________
" Aidil ... Kenapa ni ? " Tanya Puan Sri Enira.

" Eh bonda , tak ada apa apa pun terjadi " jawab Aidil .

" Betul ke ? Bonda tengok kamu ni macam ayam berak kapur je " ujar Puan Sri Enira.

" Semuanya baik sahaja , bonda cumanya Dil rindu dekat arwah ibu Dan Ayah " tutur Aidil .

" Hati bonda kuat mengatakan ada perkara lain yang Dil sembunyikan , care to share with me ?" Soal Puan Sri Enira .

Aidil menarik nafas dalam - dalam sebelum menjawab soalan Puan Sri Enira itu.

" Aisyah , kekasih Aidil dah kahwin " jawabnya .

" Sebab itu je ke Dil macam ayam berak kapur ni?" Soal Puan Sri Enira .

" Ya , bonda .. dia sangat sukakan kekayaan walaupun dia tu berasal daripada keluarga yang berada . Kalau Dil kahwin dengan dia lepastu perkara sebenar terbongkar mesti dia mengamuk" jawab Aidil lagi .


" Tak apalah , dah jodoh Aisyah sampai dulu sebelum kamu Dan dah memang kamu berdua tiada jodoh apa yang Kita boleh buat ? Jangan sedih , nanti jodoh kamu tetap akan sampai jua" pujuk Puan Sri Enira .

" Thanks , bonda " ucap Aidil. " Jangan terus tutup pintu hati , ni baru gagal dalam percintaan bukan gagal dalam perkahwinan" pesan puan Sri Enira.

" Noted bonda , Dil nak naik atas dulu " pinta Aidil lalu melangkah masuk ke dalam rumah .

" Abang .. kakak , Aidil dah besar. Nir rindu abang dengan kakak " ujar Puan Sri Enira di dalam hati sambil mengesat air matanya .

Setelah dia berkahwin dengan suaminya iaitu Tan Sri Rahmat , dia sudah pun mengambil tugas untuk mejaga Dan membesarkan Aidil.

Flashback
" Nir , tolong jagakan Dan besarkan Aidil macam anak nir sendiri " pinta Puan Zara.

" Kenapa akak ? Kenapa akak cakap macam akak nak pergi jauh daripada sini ?" Tanya Puan Sri Enira cuak .

"Mana ada kami berdua pergi mana mana " jawab Puan Zara .

" Tipu ,akak cakap macam akak nak pergi jauh " ujar Puan Sri Enira lalu menangis .

My Dear SoulmateWhere stories live. Discover now