BAB 36

27 1 0
                                    

" Assalamualaikum tunang saya .. " kata Aidil apabila menghampiri Farhah.

" Waalaikumussalam encik tunang" balas Farhah .

" Cantik betul Cik tunang saya harini , rasa macam nak kahwin hari ini jugak " mendengarkan ayat Aidil itu membuatkan Farhah ingin mencubit pehanya .

"Sabar ye Aidil rayyan.. saya tengah menahan diri daripada cubit awak Tau " kata Farhah sambil menahan tangannya daripada mencubit Aidil .

" Bonda ... Dil nak kahwin harini" jeritan selamba Adrian itu membuatkan gumpalan penumbuk Farhah semakin kuat digenggam .

Terburu- buru nak pergi mana wahai encik tunang ? Tunangmu yang cantik ini tidak pergi kemana - mana tetap setia berada di sini .

     " Bertuah punya budak ! Tak nampak ke yang Farhah dah merah padam macam tomato bila kamu cakap macamtu ? Sabarlah sikit , lepas result spm keluar  nanti nikahlah " sindir Puan Sri Enira .

" Sebenarnya Farhah pun Tak menyabar nak kahwin dengan Aidil tu Puan Sri , cumanya dia malu nak cakap " sampuk Puan Zainab .

" Aiyooo , Mak... Janganlah cakap macamtu , malulah hah macam ini" balas Farhah sambil matanya memandang tepat ke arah Aidil .

"Malu tapi mahu " kata Puan Zainab Dan Puan Sri Enira serentak lalu ketawa .

" Dil.. mana Rian ? Bonda Tak ada nampak pulak dia harini " soal Puan Sri Enira .

" Anak angkat kesayangan dia jugaklah dia Tanya , ada ni tengah video call dengan zarif sebelum majlis tunang ni mula . Dia tengah babymoon tu bonda , jangan kacau " balas Aidil.

" Kau jawab ikhlas ke sindir aku ni , Aidil rayyan??" Soal Adrian tiba- tiba tatkala mendengar jawapan Aidil itu .

" Kalau boleh dua- Dua kenapa boleh buat satu sahaja " balas Aidil.

" Sudahlah engkau , barang yang kau kirim aku Taknak belikan " kata Adrian menyampah .

" Memang Tak payah belikan pun Rian .. Dil memang dah busy dengan Farhah jadinya Kita yang dia campak jauh - jauh " sampuk Zarif sambil memerli Aidil .

" Haish bakal papa dengan bakal daddy ni memang kerja nak menyindir aku aja eh harini ? Bukan korang aja bonda pun perli aku juga tadi " kata Aidil mencebik .

" Ini mesti sebab kahwin kan ? Macamlah kitaorang semua tidak Tahu, kalau pasal Farhah kau jadi macam the flash tahu .. semua benda nak cepat " zarif menyambung sindirannya.

" Eleh kau kau pun the flash jugak berehem dengan Nayla sebab taknak kalah dengan Rian " balas Aidil.

" Engkau pun cepat- cepatlah proses nanti boleh buat sinetron sepanjang hayat . Tajuknya "menantuku anak bekas kekasihku"sambung zarif lagi.

  " Haish korang ni kan Tak payahlah nak berebut , kalau ada jodoh diaorang adalah rezeki Kita berbesan tapi kalau tak ada tu jangan nak terjun bangunan pula" ujar Adrian.

Ketiga- tiganya bergelak ketawa serentak tatkala mendengar kata- kata Adrian itu .
__________________________________________

" Sayang .. abang nak anak Kita ni lelaki lepastu nama dia mula dengan N Dan Z" ujar Zarif sebaik sahaja mereka berdua masuk ke ruang tamu mahligai cinta mereka.

Tersenyum kelat Nayla mendengar ucapan Zarif itu .

"Apa yang menyebabkan abang mimpi nak anak lelaki ni , hrm ? " Soal Nayla sambil menyilangkan tangannya .

" Sebab dia boleh jaga mummy dia untuk daddy Dan abang nak namakan dia dengan N supaya dia Tak adalah lambat sangat untuk tunggu giliran apabila ujian lisan masa spm "  Balas Zarif .

"Nadhim Zumar bin Zarif Aidan . Kalau perempuan pula..
Nashwa zuhailin " nama asing yang dipercayai nama bakal anaknya terbit daripada mulut Nayla sendiri .

"Semoga kedua-duanya resemble both of us " balas Zarif.

"Sekiranya perangai mereka berdua pelik Dan lain daripada lain , dah boleh teka dah daripada siapa mereka dapat perangai itu " kata- kata Nayla itu membuatkan Zarif tergelak.

" HAHAHA apa ni sayang ... Kenapa yang negative semua bagi dekat abang ni , hrm ? " Soal Zarif dengan nada yang lembut .

"Mestilah sebab yang positive semua Dan yang sama spesies dengannya , sayang dah ambil" jawab Nayla .

" Yelah yelah yang baik semua sayang ambik " selepas Zarif berkata sedemikian, mereka berdua ketawa serentak .

   "Kalau abang Tak dengar sayang punya kerja gila lepastu Tak ajak sayang kahwin , abang rasa Sekarang ini Kita takkan rasa bahagia macam sekarang " kata Zarif .

" Baguslah , boleh tengok effort abang lama- lama sikit untuk dapatkan saya " pintas Nayla.

"Tak cukup lagi ke effort abang masa Kita bercinta sebelum ini , sayangku? " Zarif menyoal sambil keningnya diangkat .

"Cukup sangat tapi nak lagi . Nak uji Sama ada abang fadeup Tak nak kejar sayang " Jawapan yang diberikan Nayla itu terbit daripada hati kecilnya .

Jujur memang itulah faktanya .

" Abang tidak akan pernah mengalah Dan takkan ada perkataan mengalah demi cinta Nayla Sajeeda dalam kamus hidup Zarif Aidan" ujar Zarif dengan nada yang bangga sambil tangannya diangkat Tanda dia tidak berkata bohong .
_________________________________________

" D..dad..daddy " terketar- ketak Dandra dibuatnya apabila melihatkan susuk tubuh seseorang yang familiar dengan hidupnya.

"Isi borang ini, kamu berdua akan dikahwinkan secepatnya. Biar tidak rasa serba salah pula nak bercinta secara halal dekat penjara " Dato sri Zaqwan membalas dan pada masa yang sama , dirinya menyindir Dandra dan Farish  .

'' tapi daddy.. Dandra dah ada orang lain , mamat ni bukan taste Dandra .. '' dengan nada yang lemah , Dandra membalas .

Sungguh dia tidak ada khudrat untuk berhadapan dengan daddynya itu setelah dirinya dimasukkan ke penjara atas kesalahan yang dilakukan .

'' kamu ingat orang lain yang kamu maksudkan tu cintakan kamu ? kamu silap , kalau perempuan boleh bercinta dengan kekasihnya disebabkan duit , lelaki juga ada yang seperti itu . Daddy yakin dia pun dah lari cari pengganti kamu '' sungguh berat sindiran Dato sri Zaqwan untuk dihadam oleh Dandra .

Matanya ralit memandang ke arah Farish yang diam sejak bermulanya perbualan di antara dirinya beserta dengan daddynya sebentar tadi .

'' Dandra tahu Dandra yang memulakan semua ini .. jadinya untuk membalas semula kesalahan Dandra, Dandra setuju untuk kahwin dengan Farish "
Ujar Dandra .

"Aku.. aku betul - betul minta maaf dengan kau Farish , aku tak sepatutnya merosakkan masa depan kau dengan bagi kau duit rasuah . " Ujarnya lagi .

" Kalau kau betul- betul menyesal , aku ada satu permintaan " Perkataan yang dituturkan Farish itu membuatkan Dandra tekun memandang wajah Farish dengan wajah yang berkerut .

"Fall in love with me bila Kita dah sah jadi suami isteri nanti " Farish berkata sedemikian .

Dengan segera , Dandra mengangguk setuju .

My Dear SoulmateWhere stories live. Discover now