" Rian ..." Panggil Aisyah .
" Ye , babe . Ada apa panggil suamimu yang handsome ni ? " Tanya Adrian.
" Eee tolong jangan perasan please . " Jawab Aisyah sambil membuat muka menyampah .
" Aku lapar .. ada makanan Tak dekat rumah ni ?" Tanya Aisyah .
" Silap rumah lah kalau aku jawab takde makanan dekat rumah ni , jom keluar pergi dapur . Mak dah masak untuk Kita" jawab Adrian sambil menghulurkan tangannya .
" Asal kau hulurkan tangan kau dekat aku ? " Soal Aisyah .
" Lah Salah ke ? Nanti kalau jatuh ke apa ke jangan cari tangan aku kalau kau taknak pegang tangan aku sekarang ni " sindir Adrian .
" Haish yelah , aku pegang " ujar Aisyah lalu memegang tangan Adrian. Sempat dia merenung wajah Adrian yang mempunyai Chinese look itu .
" Aku tahulah aku handsome , Tak payahlah nak tenung muka aku lama - lama " usik Adrian .
" Excuse me ? Bila masa aku tenung muka kau ? Aku tenung dinding lah " balas Aisyah sambil menahan malu apabila Adrian menyedari perbuatannya yang merenung wajah Adrian itu .
" Daripada kau tenung dinding , baik kau tenung muka aku . Dapat pahala Tau " bisik Adrian .
" Eee malaslah nak layan loyer buruk kau ni , cepatlah bawak aku pergi dapur " marah Aisyah.
Adrian hanya tergelak melihat wajah Aisyah yang sedang jelas memarahinya . Wajah Aisyah sudah berubah menjadi kemerahan disebabkan marah dengannya .
" Apa muka merah - merah ni sayang ? Nak cendol ke ? " Usik Adrian .
" Adrian hannannnnn! Janganlah main main " jerit Aisyah lalu memukul lengan suaminya . Laju sahaja Adrian mengenggam tangan aisyah lalu membawanya ke dapur Tanpa berkata apa - apa . Risau dia dibuatnya , takut Aisyah menjadi singa jadian yang ke-1000 sekiranya dia masih mengusiknya. Salah timing betul dia mengusik Aisyah .
Setibanya di dapur
" Uuu awal pengantin baru sampai " usik Affan .
" Biasa lah , kejap lagi aku nak bawak Aisyah pergi somewhere" balas Adrian .
" Cepat cepat sikit bagi aku anak saudara " usik Affan lagi .
" Haish kau ni aku baru kahwin sehari kot , kalau kau nak sangat anak kau lah pergi kahwin " balas Adrian.
" Haish kamu berdua ni , Tak baiklah bergaduh depan rezeki . Aisyah , duduklah dulu jangan nak melayan sangat drama dua beradik ni " ucap hajah Aminah sambil menolong Aisyah untuk duduk .
" Takpelah Mak , Aisyah tolong Mak bawak makanan pergi sini dulu baru aisyah duduk " ujar Aisyah lalu berlari mengambil lauk yang dimasak oleh hajah Aminah.
Pada pagi itu , Hajah Aminah masak nasi ambeng Dan lepat Pisang beserta dengan air nescafe .
_________________________________________" Kau nak bawak aku pergi mana ni ? Malas wei nak naik motor . Kalau aku jatuh macam mana ? " Soal Aisyah apabila dia dihulurkan helmet .
" Aku nak bawak kau pergi somewhere lah , confirm kau Suka nanti bila dah sampai sana . Alah kau kalau kau takut jatuh kau peluk jelah aku lagipun Kita ni dah halal bukannya dapat dosa pun kalau kau peluk aku " balas Adrian.
" Allahhh takkan tak boleh nak naik kereta " rengek Aisyah.
" Jalan yang Kita nak lalu ni sempit sebab tu aku bawak kau naik motor " ujar Adrian.
" Ishhhh yelah" balas Aisyah sambil memakai helmet.
" HAHAHA " gelak Adrian .
" Dah kenapa kau gelak ?" Tanya Aisyah sambil mengangkat keningnya .
" Kau pakai helmet terbaliklah sayang . Bukak balik biar aku pakaikan untuk kau " jawab Adrian.
Aisyah hanya menjelingkan matanya ke atas . Sakan betul Adrian mengelakkan dirinya .
" Bang tengok tu bang , comel betul diaorang walaupun diaorang kahwin bukan atas dasar cinta " ujar Hajah Aminah kepada suaminya di dapur .
" Tak lama lagi Kita dah boleh timang cucu dah , minah. " Balas Haji ilyas.
"Maleek Dan dila dah Tau ke yang adik dah kahwin ? " Tanya Haji ilyas .
Maleek Dan dila yang dimaksudkan oleh Haji ilyas itu merupakan adik Dan adik ipar kepada hajah aminah Dan merupakan ibu bapa kandung Adrian .
" Dah bang , saya ada hantar gambar dekat diaorang " jawab Hajah Aminah.
" Bila adik nak bagitahu perkara sebenar dekat menantu Kita eh ?" Soal Haji ilyas lagi .
"Bila masa yang sesuai dah sampai , masatulah baru dia bagitau " jawab Hajah Aminah.
" Lagipun adik bukan sengaja , dia nak tengok seberapa manakah bini dia boleh terima dia " sambungnya .
Haji ilyas menganggukkan kepalanya Tanda dia setuju dengan kata- kata hajah Aminah.
" Adrian ! Aku takut " jerit Aisyah.
" Haish kau ni, tunggu " ujar Adrian lalu memberhentikan motor di tepi Jalan .
" Dah kenapa kau berhenti ni ? " Tanya Aisyah .
" Kau duduk depan aku " jawab Adrian. " Asal pulak ? Kalau aku duduk depan kau , siapa nak bawak motor ? Takkan aku pulak " soal Aisyah.
" Boleh senyap Tak kau ni , kalau tak aku tinggal kau dekat tepi Jalan ni " bebel Adrian.
" No way ! Jangan mengedik nak tinggalkan aku dekat tepi Jalan " ujar Aisyah memberi amaran lalu bergerak ke bahagian hadapan dengan mulutnya yang dimuncungkan ke hadapan seperti itik itu .
Secara automatiknya , untuk menghilangkan perasaan takutnya , Aisyah memeluk tubuh Adrian dengan erat .
" Lah sejak bila pulak aku bela koala ni? " Tanya Adrian.
" Baru je ! Tak sampai satu jam yang lepas " jawab Aisyah.
"Dahlah tu , takyah tidur nanti kau Tak dapat nak nikmati angin Dan keindahan kampung ni " ujar Adrian selamba .
" Tapi aku takkan lepaskan pelukan ni Tau " Kata Aisyah .
" Peluklah, aku Tak kisah lagipun kau bini aku bukan bini orang lain " balas Adrian.
________________________________________
YOU ARE READING
My Dear Soulmate
Romanceberkahwin atas sebab peraturan keluarga Dan bukan disebabkan cinta bukanlah impian semua orang , termasuklah Adrian Hannan Dan aisyah zafirah . Namun perkahwinan ini sedikit sebanyak dapat mengubah diri Aisyah . " Do you love me ? " - Aisyah ...