BAB 34

26 1 0
                                    

Di kediaman Puan Sri Enira

" Ni ke Farhah yang Dil selalu cakap dengan bonda ni ? " Soal Puan Sri Enira sebaik sahaja Aidil Dan Farhah memasuki ruang tamu rumah itu .

" As.. assalamualaikum.. Puan Sri .. Puan Sri sihat ? " Tergagap Farhah dibuatnya ketika ingin menyoal Puan Sri Enira .

" Ya Allah , Tak mesra betul panggil aunty Puan Sri lagipun nanti Farhah kan jadi menantu bonda . Panggil je bonda , sayang " pinta Puan Sri Enira .

" Hah kan saya dah cakap bonda boleh terima awak , awak aja yang fikir bukan bukan " pintas Aidil .

" Dil Tak pernah cerita ke yang bonda juga berasal daripada keluarga yang sama latar belakang macam Farhah ? Bonda Tak pernah kisah pun latar belakang bakal isteri Dil ni macam mana asalkan baik budi akhlaknya " kata Puan Sri Enira .

Jujurnya dia memang tidak pernah memilih latar belakang menantunya asalkan Baik akhlaknya .

" Mak Ayah Farhah sihat Tak ? Do you plan to further study nanti ? " Soal Puan Sri Enira .

" Kalau ada rezeki , saya pergilah bonda.. Mak saya sihat tetapi Ayah saya ada masaalah kesihatan sikit" Balas Farhah sopan .

" Tak bawak pergi hospital ? Appointment? " Soal Puan Sri Enira lagi .

" Bawak tu memanglah bawak bonda tetapi nak buat kimoterapi tu memang mahal " jawab Farhah .

"Boleh bawak bonda jumpa Mak Ayah Farhah , Tak?" Soalan Puan Sri Enira membuatkan Farhah ragu - ragu untuk membalas .

" Er.. kalau bonda sudi untuk datang teratak kecil keluarga saya anytime saya boleh bawak bonda " .

" Kalau macam itu lah kan , Farhah teman bonda dekat sini malam ni lepastu Kita jumpa keluarga Farhah " . Kata Puan Sri Enira .

Giginya diketap lama memikirkan jawapan yang ingin diberi kepada Puan Sri Enira . Sekiranya dia melarang , dia kuatir Hati kecil Puan Sri Enira itu terluka dengan larangannya .

" Bonda .. izinkan saya pulang sekejap untuk berbincang dengan Mak Dan Ayah saya ye , saya akan datang balik nanti " pinta Farhah ringkas .

" Pergilah , Dil hantarkan " balas Puan Sri Enira.

" Kami berdua gerak dulu ye bonda , jumpa nanti " kata Aidil . Hanya anggukan sahaja respon yang diberikan oleh Puan Sri Enira .

Di dalam kereta Aidil

" Awak .. apa yang bonda cakap tadi tu memang dia betul - betul maksudkan ke ? " Tanya Farhah .

" Dia sukakan awak , Farhah. Dia memang nak awak kahwin dengan saya . Janganlah fikir bukan - bukan " potong Aidil .

" T... Tapi awak Tak rasa cepat sangat ke dia nak datang jumpa parents saya ? " Tidak putus asa Farhah menyoal .

" Oh tidak , kalau ikutkan plan memang Kita terus tunang aja esok " selamba sahaja Aidil membalas soalan Farhah .

" Hah ? Saya Salah dengar ke ? Terus tunang ????? " Dengan nada Dan riak wajahnya yang jelas menunjukkan dirinya terkejut , Farhah mengatakan ayatnya itu .

" Yes my dear darling , Kita terus tunang lepastu kahwin . Rian dengan zarif dua- Dua dah nak jadi papa dengan daddy dah" Aidil rayyan manalah boleh kalah dengan kedua rakan karibnya itu .

"Amboi awak ni , bukan main awak plan eh . Kalau awak Tak sabar nak jadi bapak sangat kenapa awak Tak kahwin je betul-betul lepas habis paper spm macam Rian ? Gelojoh betul lah dia ni . Ingat buat anak ni boleh berlumba macam lumba kereta ke apa ? " Sembur Farhah.

" Merajuk lah tu ... Awak , janganlah merajuk . Saya cuma nak halalkan awak cepat . Awak aja yang melayan saya sekarang ni , Rian dengan zarif masing- masing dah busy dengan kehidupan diaorang " pujuk Aidil dengan bersungguh- sungguh.

" Tapi itulah gaya awak nampak sangat desperate Tau , Aidil rayyan .. saya memang dah Tak sabar nak jadi suri hati awak tu cuma bertabahlah ye Kita ni baru nak bertunang " respond Farhah.
__________________________________________

" Koala ... Koala tahu esok Farhah dengan Aidil bertunang ? Bertunang secara kecil-kecilan je " ucap Adrian.

" Hah bertunang ? Alah Tak dapat nak tengok diaorang tunang , sedih pulak rasa " kata Aisyah .

" Nanti diaorang tunang , awak tengoklah puas- puas . Saya aja yang Tak ada masa diaorang nikah nanti " sebak Adrian .

" Alah .. ambik jelah cuti takpun balik minggu tu " pujuk Aisyah.

" Kalau saya Tak balik macam mana ? " Tanya Adrian.

" Saya bakar university awak , biar awak langsung Tak boleh sambung berlajar dekat situ lagi " balas Aisyah dengan sedikit unsur jahat .

" Aip ! Apa cakap macam tu , Tak baik . Kalau anak Kita dah pandai cakap lepastu mulut laser, Taulah dia ikut siapa " sindir Adrian.

" Ewah, semua benda buruk nak pass dekat kita dah kenapa . Benci lah macam ni " kata Aisyah lalu merajuk .

" I love you " bisik Adrian.

" I don't love you , I hate you sampai terniat nak flush dekat dalam jamban " balas Aisyah sambil memerli .

" Kalau awak flush Kita dekat tandas , dah Tak ada dah cotton candy hari - hari " Adrian membalas fan tidak mahu mengalah .

" Baguslah tu , anak- anak saya Tak kena diabetes + kencing Manis " sambung Aisyah .

" Jomlah pindah UK lepas awak pantang , koala ... Kita angkut sekali mama dengan Umi " Adrian menuturkan idea yang terlintas di kepalanya .

" Papa dengan abah nak ke lepaskan mama dengan Umi untuk duduk dengan Kita sementara awak masih berlajar ni ? " Soal Aisyah.

" Kita pujuklah papa dengan abah , saya taknak awak terbeban jaga anak- anak Kita sorang sorang , koala . Dahlah saya nak Sambung berlajar dekat sini Tak boleh langsung" Adrian memujuk sambil merungut .

" Lagipun awak pun akan sambung berlajar sekali , koala . Saya tahu awak ada impian yang awak nak capai. Jangan gunakan anak sebagai Alasan awak untuk tidak sambung berlajar " sambung Adrian lagi .

" Awak .. awak izinkan saya sambung berlajar ? " Tanya Aisyah.

Adrian mengangguk Tanda dia membenarkan Aisyah mencapai cita- citanya . Di sudut hatinya , dia berdoa supaya Aisyah juga dapat sambung berlajar di UK Sama seperti dirinya sendiri .

" Tak sangka langsung , saya akan kahwin dengan awak Dan saya Tak sangka langsung jodoh Aidil adalah kawan sekelas saya sendiri " Aisyah mengubah topik .

"Ada hikmah kenapa Allah aturkan Jalan ini kepada Kita semua " sokong Adrian .

"Kalau saya tidak berjodoh dengan awak , saya rasa saya tetap akan hidup dengan ketakutan untuk bercinta dengan lelaki yang tidak setaraf seperti kisah silam saya . Mungkin saya juga tidak akan rasa berapa bahagianya hidup sederhana asalkan ada awak di sisi " seloroh Aisyah .

" Saya cintakan awak wahai koalaku sayang .. " kata Adrian . " Saya juga " balas Aisyah.

Setelah berada di Jalan raya lebih kurang 30 minit , akhirnya Farhah Dan Aidil tiba di halaman rumah keluarga Farhah .

" Assalamualaikum wahai anak gadis Mak Dan menantu Mak " sapaan Puan Zainab membuatkan Farhah Dan Aidil tersenyum .

"Waalaikumussalam, wah Mak.. belum nikah lagi Mak dah panggil menantu " ujar Farhah .

" Eh mestilah ... kalau ikutkan hati tua Mak ni , Mak nak aja kahwinkan kamu berdua esok Tau Tak payah tunang " bidas Puan Zainab.

" Haish emak ni pun janganlah gelojoh sangat , kalau kahwin sebelum Rian kawan Aidil ni pergi sambung berlajar dekat UK pun boleh " kata Farhah.

Ya , dia tahu Aidil memang mahukan Adrian untuk berada di majlis pernikahannya .

" Awak serious dah setuju nak kahwin dengan saya bila - bila masa sahaja ? " Tanya Aidil dengan nada yang ceria.

" Saya memang Tak ada masaalah, lagipun Mak pun dah Tak menyabar nak jadikan awak menantu sebenar dia .." Jawab Farhah.

My Dear SoulmateWhere stories live. Discover now