Setelah puas berbulan madu Dan melayani tekak Aisyah yang mengidam itu , Adrian Dan Aisyah pun pulang ke tanah air ...
" Hei pasangan sejoli , puas berhoneymoon dekat Phuket ? " Soal Ainan tatkala melihat Adrian Dan Aisyah berjalan ke arahanya .
" Dah puas dah " jawab Aisyah.
" Mana angah ? " Tanya Adrian sambil melihat ke sekeliling .
" Orangnya Tak ada dekat sini , engkau pergi Tanya pulak pasal dia . Nak merajuklah macam ni " dengus Ainan.
" Hebat permainan engkau dengan angah kan , Kak.. tiba- tiba aja dahnak kahwin " perli Adrian .
" Eh engkau ni , jealous ke ?" Dengan nada yang menyindir , Ainan bertanya kepada Adrian.
" Mana ada jealous , buat apa pulak aku nak jealous bila abang dengan kakak kesayangan aku nak kahwin tetapi aku terasa sebab korang berdua ni berahsia dengan aku yang korang berdua ni Suka Sama Suka tapi Tak pandai nak luahkan " Adrian menjawab soalan Ainan tetapi lebih kepada perli.
" Jangan sampai aku tumbuk muka kau , adik ! Nanti berkecai muka Chinese look Engkau " marah Ainan .
" Aku dah Tak akan risau dah lepas ni" ujar Adrian.
" Risau ? Risau pasal apa ? " Tanya Ainan sambil mengerutkan dahinya .
" Lepas ini dah ada orang yang boleh jaga kau Dan temankan kau dekat Korea nanti , kakakku .
Dahlah awak tu kalau dah sambung berlajar Tak sedar diri lepastu Tak kisah pasal kesihatan " Sindir Adrian .
Ainan menjelingkan matanya ke arah Adrian , ada sahaja ayat yang dia lontarkan kepada dirinya . Tidak pernah tahu erti mengalah sekiranya bergaduh dengan dirinya.
" Sudahlah tu , jomlah pergi .. angah kau yang nak naik pangkat jadi abanglong ni dah tunggu Kita dah tu " ajak Ainan .
" Hah , tengok ! Dah agak dah mesti pergi dengan angah punya . Kau tidak payah berlakon lah along , I know you well " kata Adrian .
" Syah..apa yang dia makan dekat Phuket ni ek? dia tertelan lada ke apa ni ? Balik Malaysia mulut dia dah extra spicy!" Tanya Ainan .
" Dia makan macam Kita makanlah Kak.. tomyam yang paling selalu " jawab Aisyah. "Hah ni mesti selalu tergigit cili masa makan ni " sindir Ainan .
" Sudahlah kau , Kak! Ada jugak aku minta angah balik dulu tidak payah bawak engkau sekali " balas Adrian .
Tawa Aisyah ditahan , penat melayan pergaduhan Dua adik beradik ini .
" Anak - anak bonda , jangan jadi macam papa dengan Maklong ni Tau . Penat bonda nak melayan " Gumam Aisyah di dalam hati .
" Let's go koala " ujar Adrian sambil memegang tangan Aisyah .
" Hei nak sweet bukan dekat sini Tau " sindir Ainan .
" Jealous ke ? Sabarlah nanti dah halal dengan angah silalah be romantic sampai tahun depan " balas Adrian.
" Asam keping punya adik ! " Kata Ainan dengan nada yang sedikit kuat lalu mencubit adiknya .
" Hah kau , cubitlau aku , aku buang ajalah hadiah kau nanti" perli Adrian.
" Hadiah ? Seriously hadiah ? Alah janganlah buang !!! Bukan senang nak dapat daripada adik sendiri " rayu Aisyah lalu ketiga-tiganya ketawa serentak Dan menuju ke arah kereta yang dipandu Affan itu .
___________________________________" Aku nak minta maaf dekat kau terlebih dahulu, aku tahu keluarga aku Tak kaya macam keluarga kau " ujar Farish.
" Stop talking about it , aku dah terima engkau tu jodoh aku . So can you guide me to be a better person? " Soalan Dandra membuatkan mata Farish terbuntang , tuhan .. nampaknya hati kecil wanita itu sudah betul-betul berubah .
" Kita Sama-sama akan berubah Dan memperbaiki diri Kita " kata Farish .
" Jadinya engkau memang betul- betul dah bersedia nak kahwin dengan aku ? " Soal Farish
Dandra mengangguk laju tatkala mendengar pertanyaan Farish .
" Izinkan aku tebus balik kesalahan aku dekat kau dengan menjadi isteri yang baik untuk kau " ujar Dandra .
" Nampaknya bukan otak kau aja kena cuci , rupa-rupanya hati pun kena sekali" sempat lagi Farish memerli .
" Woi ! Bukan main eh perli aku " jerit Dandra .
" Lah terasa ke? Sorry " dengan riak nada yang spontan , Farish menyambung.
" Sorry ? What do you mean sorry ? Sorry naik Lori ke hah? Sakit betul hati aku dibuatnya " bebel Dandra sambil menjerling ke arah Fahmi .
Bombastic side eye, criminal offensive side eye .
Farish menahan liurnya , aduhai inilah balasannya apabila membuatkan Dandra marah .
" sayangku clarissa dandra anak dara dato ' sri Zaqwan .. i'm so sorry .. janganlah merajuk lama - lama .. sunyi hidup aku sebab tak dapat gaduh dengan dengan suara kau .. aku cuma nak kepastian je '' pujuk Farish.
'' diamlah kau .. aku nak merajuk lama - lama pun dah tak jadi '' rungut Dandra malu-malu kucing.
YOU ARE READING
My Dear Soulmate
Romanceberkahwin atas sebab peraturan keluarga Dan bukan disebabkan cinta bukanlah impian semua orang , termasuklah Adrian Hannan Dan aisyah zafirah . Namun perkahwinan ini sedikit sebanyak dapat mengubah diri Aisyah . " Do you love me ? " - Aisyah ...