BAB 44

47 1 0
                                    

Sudah 6 Bulan Adrian terlantar koma sejak daripada Kejadian itu .

Kini, Adrian dirawat di sebuah hospital Swasta di Malaysia sejak seminggu selepas dia terlantar koma .

Pelajaran Adrian itu terpaksa ditangguhkan sehingga dia betul betul pulih Dan sejak daripada situ jua , Aisyah sudah tidak tidur di katil empuknya namun mengorbankan diri tidur di sofa.

Setiap hari dia tidak pernah putus ada untuk berdoa supaya Adrian segera sedar daripada komanya . Dia juga tidak pernah lupa untuk bercakap dengan Adrian walaupun Adrian koma .

" Aisyah ...ni akak ada bawakan makanan untuk aisyah , jangan lupa makan ye . Kalau ada apa - apa Telefon aja akak " pesan Ainan .

Aisyah tidak mengeluarkan sebarang perkataan namun dia hanya mengangguk.Makanan itu diletakkan di atas almari yang berdekatan dengan katil Adrian itu.

" Panda... Bila panda nak sedar ? It has been 6 months since you coma after that Incident. Bangunlah please , saya rindukan awak sangat- sangat Sama juga dengan anak - anak Kita ni . I miss your laugh, your voice and the thing is saya rindu nak ride motor Honda CBR awak tu .. " kata Aisyah .

" Awak nak tahu Tak ? Hidup saya macam Tak bermakna bila saya tengok awak tetlantar macam ni .. " sambungnya lagi .

Makanan yang diberikan oleh Ainan itu diambil . Senyuman tawar terukir di bibirnya apabila melihat makanan kegemaran Adrian dihadapannya .

" Tengok Ni .. Tak pasal-pasal saya kena makan lauk kegemaran awak .. " ujar Aisyah di dalam hatinya .

" Aisyah.. baliklah dulu , dah lama sangat Aisyah Tak balik rumah sejak hari pertama Adik terlantar " pinta Puan Sri Adila.

" Tak mengapa Mama , tempat Aisyah memang dekat sini . Aisyah nak jadi orang pertama untuk Rian tengok masa dia sedar nanti " Aisyah menolak pelawaan Puan Sri Adila dengan lembut .

" Tak apalah kalau macam tu , mama tahu anak mama ni kuat .. Kita Sama-sama doa supaya Rian cepat sedar , ya sayang " Kata Puan Sri Adila lalu memeluk tubuh menantunya itu untuk memberikan semangat .

" Macam mana kalau Rian Tak sedar jugak ,mama? " Soal Aisyah.

" Shh.. jangan cakap macam tu sayang , mama percaya dia akan sedar cuma bila tu Tak tahu . Perbanyakkan doa Dan bagi Rian semangat sayang " pesan Puan Sri Adila.

" Mama tolong tengokkan Rian kejap .. Aisyah nak ambil angin dekat luar kejap" pinta Aisyah .

Puan Sri Adila mengangguk setuju dengan permintaan Aisyah itu .
_____________________________________

" Abang .. dah 6 Bulan dah ni .. Rian masih ada lagi peluang untuk sedar ? " Tanya Nayla .

" Ada sayang , Tak lama lagi " jawab Zarif .

" Kalau abang terlantar macam Rian , sayang sanggup nak jaga abang sampai sanggup tidur dekat sofa macam Aisyah buat ?" Zarif menyoal Nayla.

" Tak Tak sanggup, kalau abang koma lama- lama , sayang mintak fasakh " Kata Nayla .

" Apa ni sayang ... Terasa Tau abang bila sayang cakap macamtu " rajuk Zarif .

" Gurau jelah, mestilah sayang jaga sebab abang tu syurga saya" pujuk Nayla .

" Malam ni jadi kan solat hajat Dan Yasin macam selalu , abang ? " Tanya Nayla tatkala dia teringat mengenai perkara biasa yang dia bersama Zarif lakukan sejak Adrian terlantar koma .

" Yup, cumanya hari ini lain sikit . Kita buat dekat rumah uncle Maleek Dan jemput orang masjid sekali " balas Zarif .

" Boleh Tak sayang nak jumpa Aisyah dekat hospital ? Lama sangat dah dia Tak pergi mana - mana sejak Rian koma " soal Nayla .

" Bagi abang bawak kereta , perut awak tu dah boyot terlebih boyot dah " Zarif menawarkan dirinya untuk menghantar Nayla ke hospital.
________________________________________

Pada malamnya ..

iPad miliknya diletakkan di atas meja kerana malam ini adanya majlis solat hajat Dan bacaan Yasin di kediaman mertuanya namun dia tidak mampu untuk pergi kerana tiada sesiapa yang mampu menjaga Adrian selain dirinya, jadinya , dia hanya mampu turut serta melalui google meet sahaja .

Kebanyakkan daripada tetamu yang turut serta dalam majlis itu memberikan semangat untuknya supaya terus berdoa untuk Adrian sedar daripada koma .

Majlis itu berakhir tepat pada pukul 12 malam Maka Aisyah mengambil tempat tidur di sebelah Adrian di katil .

" Selamat malam suamiku , syurgaku , pandaku.. cepatlah sedar . I always wait for you ! Wo xi Huan ni lao gong ! " Bisik Aisyah di telinga Adrian sebelum matanya dipejam .

My Dear SoulmateWhere stories live. Discover now