" Kau nak keluar Tak daripada Penjara ?" Tanya Dandra .
"Kau Ingat kau kaya kau boleh lepas ? Jangan haraplah Dandra .. memang kau duduk sini sampailah tua " jawab Farish.
" Kau jealous dengan aku kau cakap ajalah , Tak payah nak menyindir aku " ujar Dandra.
Tergelak Farish dibuatnya apabila mendengar kata - kata yang diucapkan oleh Dandra itu .
" Betullah apa yang KAWAN kamu cakapkan itu Dandra , kamu memang akan duduk sini sampailah hukuman kamu selesai " sampuk Daddy Dandra yang tiba- tiba sahaja muncul di hadapannya .
" Daddy Tak nak bebaskan kamu , kalau bebas pun kamu pura- Pura insaf lepastu buat lagi kan " sambung lelaki tua yang berumur 50-an itu .
" Daddy.. please help me .. duduk sini macam duduk dekat neraka Tau " rayu Dandra .
" Oh sorry my dear , rayuan anda tidak diterima . Daddy penat tahu nak dengar berita buruk pasal kamu . Jadinya daddy harap hati kamu betul - betul terbuka hati untuk berubah bila masuk dalam ni . So enjoy your stay sayang " sungguh pedas bagaikan masak Lemak cilik api kata- kata Dato'Sri Zaqwan itu.
" Daddy memang dah Tak sayangkan Dandra lagi! I'm not that Clarissa Dandra anymore" bentak Dandra .
" Keputusan daddy muktamad Dandra , Daddy memang Tak akan keluarkan kamu daripada sini . Kalau kamu nak kahwin dengan kawan kamu tu memang daddy setuju sebab Dua - Dua punya perangai serupa " Dato' Sri Zaqwan membalas dengan nada sindiran lalu mempercepatkan langkah keluar daripada situ .
Sekarang ini di sudut hatinya , dia ingin segera berjumpa dengan Tan Sri Amirullah Dan Puan Sri Ayna untuk meminta maaf atas perbuatan hantu Dandra itu .
" Amacam ? Daddy kau dah bagi restu tu . Jomlah kahwin " usik Farish .
" Kau memang pandai kan time - time ni jugak kau mintak restu daddy aku " marah Dandra.
" Hello , excuse me ? Kau salahkan aku , Dandra ? Kau memang gila lah Farish " Bentak Dandra .
" Kau Ingat aku datang merayu dekat daddy kau ke ? For your information, daddy kau sendiri yang cakap macam tu Tanpa dirayu oleh I yang handsome mengalahkan Jungkook BTS ni " meluat Dandra dibuatnya apabila mendengar pujian Farish kepada dirinya sendiri.
_________________________________________" Abang .. abang tahu kan anak Kita kena masuk lokap " ujar Puan Zainab
. " Tahu sangat tapi biarkan ajalah dia tu , pandai terlibat dengan rasuah pandailah tanggung sendiri " balas Encik Rostam sambil kusyuk membaca surat Khabar .
" Memalukan Kita aja budak bertuah tu , entah macam manalah dia boleh terlibat dengan rasuah . Bukan itu aja , dia berasuah dengan bekas kawan baik bekas kekasih dia pulak tu " tambahnya lagi . Dua minggu sebelum Aisyah Dan Farish berpisah , Perangai Farish sudah berubah 360 darjah .
Flashback
" Maafkan saya makcik , pakcik .. lepas ini saya mungkin tidak akan datang sini selalu , tapi untuk datang ke gerai makcik saya boleh " Aisyah memulakan perbicaraan .
" Apa maksud kamu ini , nak ? Kamu dah Tak sudi nak melawat pakcik dengan makcik ke ? " Tanya Encik Rostam .
" Bukan pakcik .. selepas ini masa saya sangat terhad Dan ada kekangan waktu untuk datang melawat makcik dengan pakcik dekat rumah "
Dengan sopan , Aisyah membalas pertanyaan Encik Rostam . Ketika itu dia sudah tekad untuk bercinta dengan lelaki yang lebih kaya daripadanya disebabkan Trauma dengan apa yang dilakukan oleh bekas kekasihnya Dan juga bekas rakan baiknya itu.
" Abang rasa Sekarang ni Aisyah macam mana ? Adakah dia sendiri masih trauma dengan kelakuan anak Kita ? " Soalan Puan Zainab itu menyedarkan Encik Rostam sedar daripada lamunannya .
" Abang sendiri tidak boleh nak tentukan jawapannya tetapi kalau dia sendiri kata dia memaafkan lalu melupakan apa yang anak Kita buat kepada dia dulu sangatlah tidak logik dek akal . Kejadian itulah yang menyebabkan Aisyah berubah drastik " Encik Rostam menyuarakan fakta yang terjadi akibat perbuatan Fahmi .
" Assalamualaikum.. ada barang dekat luar " laung seorang posmen yang menghantar barang .
Encik Rostam Dan isterinya saling berpandangan , bila masa pula mereka berdua membeli barang secara atas talian ?
" Err ... Waalaikumussalam, dik . Kami rasa kamu Salah orang . Makcik dengan pakcik Tak ada beli barang online " tegas Puan Zainab.
" Oh bukan makcik yang beli barang online tetapi ada orang kirim ke alamat sini " balas Posmen itu lagi .
" Kalau begitu , terima kasih ya " kata Puan Zainab.
" Sama - Sama makcik " balas Posmen itu lagi lalu menghulurkan Dua buah kotak besar kepada Puan Zainab .
Surat yang berada di atas kotak itu dibuka .
Surat itu ditujukan khas kepada Puan Zainab Dan Encik Rostam daripada sang pengirim .
Pasangan suami isteri itu langsung tidak menjangkakan bahawa Aisyah yang mengirimkan barang itu kepada mereka walaupun anak mereka sudah melukakan hatinya .
YOU ARE READING
My Dear Soulmate
Romanceberkahwin atas sebab peraturan keluarga Dan bukan disebabkan cinta bukanlah impian semua orang , termasuklah Adrian Hannan Dan aisyah zafirah . Namun perkahwinan ini sedikit sebanyak dapat mengubah diri Aisyah . " Do you love me ? " - Aisyah ...