Suasa pada petang hari ini lain daripada yang lain. Selepas beberapa jam yang lalu pelanggan semakin berkurang. Sedikit demi sedikit para pelanggan telah beransur pulang.
Adellea kini tinggal berseorangan di kafenya. Para pekerja telah pulang lebih awal kerana disuruh olehnya.
Hari semakin gelap, kini jam sudah menunjukkan pukul 9:45 malam. Sememangnya itulah waktu yang ditetapkan untuk kafe ini ditutup. Kini bahagian hadapan kafe telah gelap dan hanya bahagian dapur sahaja yang masih terang kerana kerja mengemas belum selesai.
Sedang gadis itu khusyuk mengemas tiba-tiba loceng pintu hadapan berbunyi. Langsung sahaja dia menapak keluar dari ruangan dapur.
"I'm sorry, we're closed. You can come again tomor-" terhenti kata-katanya sebaik sahaja melihat jejaka dihadapannya.
Jantungnya berdegup dengan laju. Mulut telah berkumat-kamit beristigfar. Apalah yang mamat ni nak. Katanya di dalam hati.
"Hai Lea" sapa jejaka itu dengan ramah. Jejaki dihadapannya itu ialah Raihan Danish kawan lamanya.
"Oh, hai" jawabnya acuh tak acuh. Bukan dia belagak tapi kenal sangat dengan perangai jejaka dihadapannya ini.
"You sihat? "tanya jejaka itu.
" You nak apa ni Nish? " soalan dibalas dengan soalan. Nada suaranya agak tinggi.
"Relax laa you ni. I datang sini sebab nak jumpa you la. Takkan itu pun nak marah. You tak suka ke I ada kat sini?" tanya Raihan Danish. Dia sempat menghadiahkan satu senyuman kepada Adellea.
"Bukan tak suka cuma I tak selesa kita berdua-duaan macam ni nanti apa pulak orang kata. Dah dah pergi balik. Kafe saya dah tutup, kalau lapar pergi cari kedai lain" malas dia nak melayan jejaki ini.
"You halau I ke? Takpe laa I pergi dulu" Raihan melangkah keluar dengan muka yang mencuka.
Malas Adellea nak melayan dia cepat-cepat ke arah dapur untuk menutup lampu. Selesai sahaja dia menutup lampu, beg tangan dan kunci kereta dicapai. Kelam-kabut dia menapak keluar dari kafenya. Takut pula si mamat tu datang balik.
Adellea terus memandu kereta tanpa memikirkan perkara yang berlaku tadi.Dia sudah letih. Arghhh penat. Katanya di dalam hati yang dia fikir ialah katil yang mempunyai tilam yang empuk dirumahnya sahaja.
~
TBC
Ni adalah first story saya harap semua org boleh support saya dengan vote n follow acc ni. Kalau tak vote n follow saya bomoh awak semua🙈🙈. Gurau je yer. Selamat membaca.
YOU ARE READING
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas tapi baik hati. Dia mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan-Arab dan mempunyai warna iris mata yan...