~CHAPTER 79 || ZAYREEL~

1.3K 105 14
                                    

Suasana di ruang tamu itu riuh dengan ahli keluarga yang datang. Harini Dato' Aidiel membuat majlis secara kecil-kecilan sempena hari jadi isterinya semalam. Hanya keluarga terdekat sahaja dipanggil.

"Kiki ada nampak Adellea tak? Dari tadi saya tak nampak dia." Tanya Datin Zaliha. Tak nampak pula menantu kesayangannya itu.

"Puan Lea ada di luar Datin, Datin mahu saya panggil?"

"Ya
cakap yang saya panggil masuk makan. Kesian dia dari tadi tak menjamah apa-apa." Kata Datin Zaliha. "Baik Datin."

Datin Zaliha toleh memandang anak lelaki yang sedang bermain telefon itu. Zafreel yang berasa dirinya diperhatikan terus mengangkat kepala. Dia hanya mengangkat dua bahunya. Datin Zaliha menjelingnya tajam. Apalagi dua orang ni gaduh. Haish pening mak.

Kiki berjalan mendekati ke arah Adellea yang sedang duduk di gazebo yang terdapat di halaman mansion itu.

"Puan, Datin panggil puan untuk masuk ke dalam dan makan. Katanya puan masih belum makan dari tadi." Kata Kiki kepada Adellea. "Kejap lagi saya masuk."

"Baik puan."

Kiki kembali masuk ke dalam rumah. Saat dia ingin masuk, dia selisih dengan Safiyya. Dia hanya menundukkan kepala sebagai tanda hormat sebelum dia meneruskan jalan. Safiyya menyandarkan badannya di tepi pintu gelangsar itu. Matanya tajam memerhatikan kearah Adellea. Tiba-tiba satu idea terlintas di mindanya. Bibir mengukir senyuman.

Kiri kanan dipandang terlebih dahulu supaya tidak ada yang melihatnya. Gelas yang berisi air kosong ditangannya dituang ke lantai.

"Nasib kau la harini. Kalau kau tak lalu sini, kau selamat. Kalau kau lalu sini, hmm nasih kau lah. Hahaha." Kata Safiyya didalam hatinya. Terus dia beredar dari situ. Takut ada yang sedar perbuatannya tadi.

Namun tanpa disedari, disudut hujung dinding itu terdapat satu lampu kecil yang berwarna merah sedang berkedip.

Adellea bangun dari duduknya kemudian berjalan ke arah pintu gelangsar. Dia memilih jalan itu kerana pintu itu sahaja dekat dengannya sekarang. Dia malas nak jalan jauh-jauh. Dia berhenti dihadapan pintu itu. Nafas diambil sebentar. Mengah dia oi. Padahal tak jauh pun dia jalan. Dia mengangkat kaki masuk ke dalam rumah.

Safiyya dari jauh sudah tersenyum puas.

Bukk!!

"Arghh!"

Berkerut muka Adellea menahan kesakitan yang teramat. Tangan naik memegang perutnya. Rasa sakit mula menyucuk dibahagian perutnya.

"Aduh sakit.. mummy... Zafreel!" Panggil Adellea kuat.

Zafreel yang mendengar suara isterinya yang berteriak terus bangun kemudian mencari arah suara itu. Datin Zaliha juga mengikut dari belakang anaknya. Begitu juga dengan Dato' Aidiel.

"Allahuakbar sayang! Ya Allah!" Zafreel laju mendekati isterinya. "Siapa yang tumpahkan air depan pintu ni?!"

"Sakit Zafreel.." rintih Adellea.

"Angkat dia Zaf. Bawak pergi hospital! Kesian menantu mummy sakit tu!"

Tanpa berlengah, Zafreel terus mengangkat tubuh isterinya. Pak Mat yang sudah menyiapkan kereta itu terus membuka pintu untuk Zafreel. Kemudian pintu kereta ditutup lalu dia masuk ke bahagian penumpang.

"Zafreel.. sakit.. Zafreel." Rintih Adellea lagi. Ya Allah, macam ni ke rasa sakit hendak melahirkan.

"Tahan ya sayang, kita dah on the way pergi hospital." Zafreel mengusap pipi isterinya yang sudah basah dengan air mata itu.

"Zafreel, aku minta maaf kalau aku selalu derhaka dengan kau. Aku minta maaf kalau ada buat bagi kau sakit hati..aku minta maaf sebab selalu buat perangai, selalu menyusahkan. Maafkan aku ya." Bergetar tangannya ingin menyentuh pipi Zafreel.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 31 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now