~ CHAPTER 53||ZAYREEL~

2.1K 183 6
                                    

Dato' Aidiel mendekati ke arah anak lelakinya itu. Dia mengambil tempat di sebelah Zafreel. Dipandang wajah murung anaknya.

"Zaf tak nak balik salin baju dulu ke? Dari semalam Zaf duduk dekat sini." Zafreel menggelengkan kepalanya. Dia nak tunggu sampai doktor keluar. Dia nak tahu keadaan isteri dia. Matanya memandang kosong ke arah pintu kecemasan itu.

Dato' Aidiel mengeluh perlahan. Dari semalam waktu dia sampai hospital beginilah keadaan Zafreel. Dengan rambut yang tidak terurus, masih lagi berpakaian kerja dari semalam.

"Tak apalah kalau macam tu, nanti daddy suruh mummy bawakan baju Zaf." Kata Dato' Aidiel kemudian dia berpeluk tubuh. Dipandang pintu kecemasan itu.

"Mummy dah call family Lea, diorang akan fly ke Malaysia petang ni." Sambung Dato' Aidiel lagi. Keluarga Adellea terpaksa datang lambat kerana menguruskan majlis Emir dan Khalid.

"Semua ni.. salah Zaf kan?" Dato' Aidiel menoleh memandang wajah anaknya.

"Kalau Zaf paksa dia ikut Zaf pergi outstation mesti semua ni tak jadi." Sambungnya lagi. Dia tunduk pandang tangannya sendiri.

"Semua yang berlaku ada sebabnya. Allah sebaik-baik perancang. Yakinlah bahawa apapun yang berlaku, pasti ada hikmah di sebalik kehendak-Nya."

"Allah takkan uji hambanya kalau hambanya tidak kuat. Allah uji tanda Allah sayang. Kita kena redha dengan apa yang akan jadi lepas ni, cuma satu. Jangan pernah berhenti berdoa kepada-Nya."

Zafreel menoleh memandang wajah daddynya.

"Cukuplah Allah sebagai penolong dan Dia sebaik-baik pelindung." Sambungnya lagi. Digosok-gosok perlahan belakang anaknya. Menyalurkan sedikit semangat kepada anak lelakinya.

Semua ahli keluarga masing-masing sedang menunggu di situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semua ahli keluarga masing-masing sedang menunggu di situ. Dari semalam masih belum ada khabar lagi. Sudah beberapa jam yang lalor yang bertugas masih lagi belum keluar.

'Ting'

Pintu wad itu dibuka dari dalam.

Pantas semua bangun mendekati ke arah doktor wanita itu.

"Siapa di sini ahli keluarga pesakit yang bernama Liyana Afrina?" Tanya Doktor Syuhaida.

"Saya mak Liyana Afrina." Jawap makcik Lina.

"Anak saya baik je kan doktor?" Tanya makcik Lina. Doktor Syuhaida senyum nipis.

"Alhamdulillah pesakit dah lepas dari tahap kritikal. Cuma sekarang kita hanya perlu tunggu dia sedar dari koma. Pesakit juga telah dipindahkan kepada wad biasa." Terang Doktor Syuhaida.

"K..koma?"

"Pesakit disahkan koma untuk sementara waktu. Saya harap puan dapat bersabar." Hampir jatuh makcik Lina ke lantai. Namun sempat Luq'man menahan ibunya daripada jatuh.

"Kakak okay bu, dia cuma koma je. Ibu janganlah risau ya. Kakak dah lepas tahap kritikal." Luq'man cuba memujuk ibunya. Dipimpin ibunya ke kerusi menunggu.

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now