~CHAPTER 55 || ZAYREEL~

2.2K 149 19
                                    

Zafreel berjalan perlahan mendekati katil yang ditempatkan oleh isterinya. Semakin dekat, semakin bergetar hebat tubuhnya. Kakinya terasa lembik, namun dia kuatkan juga untuk mendekati.

Jelas dia melihat bermacam-macam jenis wayar yang disambungkan ke tubuh isterinya. Zafreel duduk perlahan disisi katil. Matanya tertumpu pada satu balutan di bahu berdekatan dengan leher isterinya.

Doktor Syuhaida ada memberitahu kepadanya bahawa ada kaca besar tertusuk dibahagian situ yang menyebabkan Adellea kehilangan banyak darah. Parut disitu juga menjadi parut kekal.

Ada juga satu balutan yang melilit di kepala Adellea. Untung parut di situ tidak menjadi parut kekal. Zafreel tunduk memandang tangan isterinya. Tangan yang dulunya lembut bagai sutera kini dipenuhi dengan kesan calar.

Perlahan-lahan tangannya naik memegang tangan putih itu.

Sejuk sahaja tangan isterinya.

Zafreel membuka pelitup muka yang dipakai olehnya tadi.

Lalu tangan itu dibawa ke bibirnya kemudian dikucup lembut.

"Sayang.." Panggil Zafreel rapuh.

"Aku dah balik. Aku nak jumpa kau ni.."

"Tapi kenapa kau tak bangun, kau cakap kau rindu aku."

Zafreel mengusap perlahan tangan isterinya itu. Wajah isterinya dipandang. Walaupun wajah cantik itu kini telah dipenuhi dengan kesan calar, itu tidak membuatkannya jemu untuk memandang wajah cantik Adellea.

"Sayang, aku dah datang ni. Kau tak nak bangun ke?" Tanya Zafreel. Berharap agar isterinya itu bangun dari koma. Namun tiada apa-apa balasan dari nya. Matanya mula berkaca.

"Ni semua salah aku kan."

"Kalau aku bagi tahu yang aku balik awal sehari mesti kau tak jadi macam ni. Muka kau takkan ada calar, leher kau tak akan ada parut kekal.. semuanya salah aku."

"Kau tahu, polis bagitahu yang kejadian kau mungkin dirancang. Kereta kau kena sabotaj, sebab tu kereta tu macam hilang kawalan."

"Kalau betullah kata polis tu, aku janji dengan kau. Aku cari orang yang buat kau sampai kau jadi macam ni."

"Aku janji."

Tangan isterinya dibawa ke pipinya lalu diusap perlahan tangan isterinya itu. Dia rindu akan belaian kasih sayang isterinya.

"Aku rindu." Katanya lagi.

"Aku rindu isteri aku. Aku rindu nak dengar isteri aku bebel, aku rindu bak dengar kau marah, aku rindu nak kena pukul dengan kau, aku rindu semua pasal kau."

"Please sayang, kuat untuk aku. Aku tak tahu macam mana nak hidup lepas ni kalau kau tak ada dekat sebelah aku." Esakan Zafreel mula kedengaran. Air mata yang basah di pipinya dibiarkan mengalir keluar.

"I love you, please wake up. I miss you. I love you, you are my life. I love you so much until my last breath. I can't live without you."

Pecah tangisan seorang lelaki di situ. Berharap akan ada balasan dari si isteri, namun hampa apabila tiada apa-apa tindak balas.

Dua orang lelaki bertubuh sasa yang berpakaian hitam dari atas hingga bawah itu menoleh apabila mereka dipanggil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dua orang lelaki bertubuh sasa yang berpakaian hitam dari atas hingga bawah itu menoleh apabila mereka dipanggil. Lekas mereka berdua berjalan ke arah Ameer dan Emir.

Seseorang yang memakai jaket hitam itu memerhatikan dari jauh. Apabila tiada orang yang menjaga pintu wad itu lekas dia berlari masuk ke dalam wad VVIP itu.

Pintu ditutup semula. Fuh, hampir dua hari dia tunggu akan peluang ini.

Pengawal peribadi milik keluarga Khan yang menjaga ketat keselamatan Adellea selepas mendapat tahu yang kereta Adellea disabotaj. Dan hanya ahli keluarga sahaja yang dibenarkan untuk masuk melawat Adellea di dalam. Selebihnya tidak dibenarkan masuk kecuali doktor yang merawat.

Lelaki misteri itu mendekati ke arah katil. Jelas dia melihat wajah yang dirinduinya itu. Tangan naik menyentuh lembut pipi Adellea. Lelaki itu tersenyum miring. Kemudian dia memegang rambut panjang itu kemudian dibawa ke hidung. Dihirup lama aroma wangi itu.

Lalu dia membuka hoodie yang menutupi kepalanya. Dibuka juga pelitup muka yang dipakainya. Kini terlihatlah identitinya yang sebenar.

Raihan Danish.

Dia duduk disisi katil itu. Ditilik penuh wajah tidak bermaya Adellea itu. Matanya terjatuh pada tangan Adellea. Lalu tangan itu diangkat lalu dikucup perlahan.

"Adellea.." Bibirnya menguntum senyum apabila menyebut nama cantik itu. Dari dulu lagi dia tidak jemu menyebut nama itu.

"Kau tahu kan yang aku suka kau dari hari first kau masuk private school dekat sekolah aku." Katanya sambil mengusap perlahan tangan Adellea.

"Dari mata cantik kau, muka cantik kau, suara kau, semua tentang kau aku suka. Lepas habis SPM, aku bagitahu kau pasal perasaan aku dekat kau. Tapi kau tolak sebab kau nak sambung belajar."

"Tapi takpe, aku tunggu kau sampai habis belajar. Tapi lepas tu kenapa kau bagitahu yang kau dah kahwin, hm?"

Dia mengangkat tangan Adellea kemudian dibawa ke pipinya.

"Kau tahu tak yang aku ni tiap-tiap hari fikir pasal kau, dah makan ke kau, dah tidur ke kau. Tapi senang-senang je ada orang rampas kau dari aku kan?"

"Lepas tu kau pulak mula bahagia dengan dia. Kemudian kau mula lupakan aku, sampai hati kau kan sayang? Sanggup kau pukul aku hari tu sebab aku pegang kau je."

"Semua sebab pasal jantan tu!" Sedikit kuat suaranya dengan nada yang tertahan. Merah pendam sahaja wajahnya sekarang.

"Dan untuk pengetahuan kau, aku yang sabotaj kereta kau." Danish gelak puas. Ya, memang dia yang sabotaj kereta Adellea.

"Sebab apa aku buat semua ni? Sebab kau kena mati. Kalau aku bunuh jantan tak guna tu, orang lain boleh ambil kau dari aku. Terutamanya si Arslan tu." Danish senyum miring. Sebelum dia keluarkan sesuatu dari poket hoodie.

Satu picagari yang sudah terisi dengan racun itu dijentik sekali. Dia bangun dari duduknya. Kemudian dia berjalan ke arah beg IV yang berisi saline yang menyalur ke dalam badan Adellea.

"Selamat tinggal kepada pewaris sulung keluarga Khan, menantu kepada Dato' Aidiel. Selamat berbahagia di neraka."

Danish senyum senget . Wajah Adellea ditenungnya lama.

~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~

TBC

Maaf la nok lmbat update, busy. And sorry again kl ayat zafreel itu tidak menghayati watak. Saya mna reti buat ayat sedih², sbb tu pain crita ni sikit je 🫂

Vote jgn lupa!!

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now