Setelah selesai sarapan pagi, Zafreel melihat Adellea yang berpakaian seperti mahu keluar itu didekati.
"Kau nak keluar ke?" Soal Zafreel. Badan disandarkan tepi dinding.
"Haah. Nak bawak budak-budak tu pergi main salji kejap."
"Aku nak ikut kau. Aku pergi siap kejap."
"Haah, cepat sikit." Mata kembali memandang ke iPhonenya sementara menunggu Zafreel dan sepupu-sepupunya bersiap.
Adellea hanya membiarkan sepupu-sepupunya bermain salji disekitar taman permainan itu. Manakala dia dan Zafreel hanya berjalan disekeliling taman itu."Kau tak jawab lagi soalan aku haritu." Adellea memecahkan suasana yang sunyi itu. Zafreel menoleh melihat wajah Adellea. Hidungnya agak sedikit merah kerana kesejukan. Hati menguntum senyuman. Zafreel kembali memandang ke arah hadapan.
"Which one? Banyak jugak soalan kau ni sampai tak ingat yang mana satu." Jawab Zafreel tanpa memandang wajah Adellea.
"Macam mana kau tahu yang aku ada dekat airport tu?"
"Soalan lain. Soalan tu malam nanti aku jawab."
"Fineee. Kenapa kau masuk meminang aku haritu?" Tanya Adellea sambil memandang tepat ke wajah Zafreel. Berharap lelaki itu akan menjawab soalannya itu walaupun dia pernah menanyakan dahulu.
Zafreel hanya diam tanpa memandang wajah Adellea.
"Mungkin sebab aku suka kau...? Mana la aku tahu, Haha." Jawabnya acuh tak acuh sahaja.
"Hesy...jawab betul-betul la."
"Betul-betul la ni." Anak matanya bersambung dengan anak mata hijau itu sebaik sahaja dia memandang wajah mulus Adellea itu. Nafas ditarik dalam sebelum menghembusnya perlahan.
"One day, you will know."
"Suka sangat la kau berahsia." Dia menunduk ke bawah kemudian salji diambil. Salji itu terus dibaling ke arah Zafreel.
Dia yang sudah berjalan sedikit ke hadapan itu terkejut apabila merasa ada salji di kulitnya. Laju sahaja dia menoleh ke arah belakang.
"Sejuk la, cinta hati." Kata Zafreel tak bernada. Macam nak marah tapi tidak.
"Padam muka kau, nak berahsia sangat dengan ak...HACHOO!" Belum sempat Adellea menghabiskan kata-katanya, dia terbersin. Pakej sekali dengan hingus.
"Are you okay, cinta hati?" Soal Zafreel bernada kerisauan. Tissu yang berada didalam poket baju sejuk itu dikeluarkan kemudian disuakan kepada Adellea.
Dia menyambut huluran Zafreel itu. Cepat-cepat hingus dilap dengan tissu. 'Argh...mesti teruk muka aku sekarang ni' katanya dalam hati.
"Teruk sangat dah muka kau ni, cinta hati. Merah macam Angrybird. Kita balik rumah je la, kejap aku pergi panggil budak-budak tu. Kau tunggu sini." Amarah cuba ditahan namun Adellea hanya mengangguk. Suka-suka dia je nak panggil orang Angrybird.
YOU ARE READING
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas tapi baik hati. Dia mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan-Arab dan mempunyai warna iris mata yan...