Tercungap-cungap nafas Adellea mengejar langkah suaminya. Kedua tangannya memegang kedua belah lututnya. Laju gila laki tu lari, dia sampai ketinggalan kat belakang.
Dia berjalan mendekati ke arah satu kerusi awan yang ada di taman itu. Dia mengambil tempat disitu. Kain yang dibawa olehnya dikeluarkan lalu mengelap dahinya yang basah dengan peluh.
"Lah dekat sini kau rupanya, patut aku tengok belakang tadi tak ada." Zafreel mengambil tempat di sebelah Adellea.
"Kau ni, terkejut aku tahu tak." Adellea menjeling sekali kepada Zafreel. Lelaki itu pula melepaskan tawa kecil.
"Jom balik, penat la." Kata Adellea sambil membuat muka kesian lalu mencebikkan bibirnya ke hadapan.
"Nak balik dah ke? Baru nak ajak pergi makan ais kacang. Tapi kau dah penat, takpelah kita balik." Zafreel terus bangun dari duduk.
Sebaik mendengar perkataan 'ais kacang' itu terus membuat Adellea bangun dari duduknya. Lalu lengan Zafreel dipeluknya.
"Tiba-tiba penat aku dah hilang lah. Jom makan ais kacang!" Kata Adellea ceria.
"Dan dan hilang penat tu. Jom." Balas Zafreel.
"Tapi ada ke orang jual ais kacang pagi-pagi ni? Sekarang baru pukul 8:56 pagi." Soal Adellea. Dia mendongak ke atas memandang wajah Zafreel.
"Entah. Kita pusing-pusing jelah, mana tahu terjumpa."
Tok! Tok! Tok!Kepala Zafreel pusing menghadap ke arah pintu utama rumahnya. Haih siapa pulak yang ketuk pintu rumah macam kena kejar hantu tu.
Ting! Ting! Ting! Ting!
Loceng rumah pula berbunyi.
Zafreel tunduk memandang wajah Adellea yang nyenyak tidur di atas pahanya. Dia pandang berselisih ganti wajah Adellea dan pintu rumah.
Aduh macam mana ni. Takkan dia nak bangun, terjaga isteri dia nanti.
Baru Zafreel hendak bangun, tiba-tiba pintu rumahnya sudah dibuka dari luar. Terkejut dia apabila melihat mummynya berlari masuk ke dalam rumah. Lebih tepatnya, Datin Zaliha berlari di ke arahnya.
"Menantukuuuu!" Jerit Datin Zaliha sambil menerpa ke arah menantunya yang sedang nyenyak tidur itu.
Baru sahaja Datin Zaliha ingin menyentuh Adellea, tangannya ditepis oleh anak lelakinya.
"Eh mummy tak nampak ke dia tengah tidur, kang dia terjaga macam mana." Zafreel pandang mummynya tajam. Tangannya mengelus lembut rambut panjang Adellea. Kalau bini dia terjaga, bukan mummy dia yang kena marah. Dia juga yang kena nanti.
"Ni kenapa mummy datang? Kan Zaf nak pergi rumah mummy kejap lagi." Tanya Zafreel. Memang dia sudah merancang untuk pergi ke rumah Datin Zaliha pada tengah hari nanti. Ni kenapa mummy dia pulak yang muncul ni
YOU ARE READING
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas tapi baik hati. Dia mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan-Arab dan mempunyai warna iris mata yan...