Liyana mengetuk dahulu pintu bilik Adellea sebelum masuk. Selepas mendapat kebenaran dia masuk kemudian dia mendekati ke arah Adellea.
"Lea, ada customer nak cakap dengan kau." Liyana menghulurkan telefonnya kepada Adellea. Lantas dia mengambil telefon itu.
"Customer?" Soal Adellea. Pelik juga dia kerana selama ini belum pernah lagi ada customer call dia.
"Ha'ah, kau cakap la ya dengan dia. Kalau dah letak panggil aku. Aku keluar dulu." Kemudian dia berundur dan keluar dari bilik itu. Adellea melekapkan telefon di telinganya.
"Hello?" Sapa Adellea.
"Sayang, finally I can hear your voice." Zafreel menghembuskan nafas lega. Hampir gila dia semalam bila call isterinya asyik tak dapat.
"Sayang sayang please jangan letak lagi! Dengar dulu aku nak cakap ni!" Zafreel bagaikan tahu apa yang Adellea mahu lakukan.
"Apa?!" Suara Adellea sedikit tinggi.
"Sayang aku minta maaf. I am sorry, please maafkan aku." Rayu Zafreel bagai anak kecil.
"Okay jadi? Tu je ke nak cakap?"
"Jangan letak call lagi! Kejap tunggu, aku ada surprise dekat kau."
"Suprise apa benda ni? Jangan buang masa la." Adellea memicit perlahan kepalanya.
"Tunggu kejap, sabar sayang." Balas Zafreel lembut.
Tiba-tiba kedengaran pintu bilik pejabatnya di ketuk dari luar. Selepas diberi kebenaran untuk masuk, kini Liyana masuk dengan satu bouquet bunga yang dihiasi dengan coklat dan sebelah tangannya lagi ada dua bekas aiskrim berperisa mint coklat diletakkan didalam satu beg lutsinar.
Bersinar-sinar mata Adellea apabila ada aiskrim kegemarannya.
"Nah, ada pesanan buat tuan puteri kita." Liyana meletakkan bouquet bunga dan aiskrim itu di atas meja Adellea. Kemudian dia keluar meninggalkan Adellea sendirian.
Lekas Adellea menarik beg itu lalu bekas aiskrim itu dikeluarkan lalu dibuka. Semerbak bau pudina. Adellea tersenyum suka. Bouquet coklat itu tidak dihiraukan, aiskrim itu lebih menarik perhatiannya. Dia menjerit suka tanpa suara. Takut Zafreel dengar ditalian.
"Suka tak?" Tanya Zafreel ditalian.
"Suka!" Jerit Adellea ceria.
Apabila tersedar sesuatu lekas Adellea menutup mulutnya dengan tapak tangan. Alamak dia terlepas cakap! Di dalam hati Adellea menyumpah dirinya kerana cuai. Lagi malu apabila mendengar Zafreel ketawa dihujung talian.
"Ni dah kira habis merajuk kan sayang? Please I am begging you, please unblock me. I can't calm down to do work as long as you don't open the block."
"Hm." Balas Adellea kemudian dia langsung mematikan panggilan. Kejap lagi la dia bukak, yang penting sekarang dia nak melantak aiskrim ni. Mueheheh.
YOU ARE READING
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas tapi baik hati. Dia mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan-Arab dan mempunyai warna iris mata yan...