"Assalamualaikum, Lina oo Lina." Panggil Hamidah apabila sampai dihadapan rumah Makcik Lina. Dia mengipas wajahnya menggunakan kipas lipat. Dijenguk sedikit ke arah pintu rumah itu.
"Mana pulak si Lina ni. Ada orang ke takde orang. Assalamualaikum!" Panggil Hamidah sekali lagi tetapi dengan suara yang lebih kuat. Haish panas tahu tak duduk dekat luar ni.
"Waalaikumussalam, ya kejap!" Sahut satu suara lembut dari dalam rumah. Hamidah memusingkan badannya menghadap ke arah pintu rumah. Suara siapa tu tadi. Yang dia tahu tu bukan suara makcik Lina.
"Ye ada apa?" Kini terpapar wajah jelita Adellea dihadapan pintu. Tubuh Hamidah terkaku seketika. Ternganga mulutnya apabila melihat seseorang dihadapannya itu. Ni ke yang dikatakan bidadari jatuh dari langit.
Adellea mengerutkan dahinya apabila pertanyaannya tidak dijawab. Malah wajahnya ditenung oleh seorang wanita yang berusia sederhana itu. Tangan naik menyentuh wajahnya. Ada apa ke dekat muka dia.
"Erkk.. makcik cari siapa?" Tanya Adellea sekali lagi membuat Hamidah tersedar daripada merenung wajah cantik Adellea.
"Akak cari Lina. Hah makcik Lina." Jawap Hamidah tergagap-gagap.
"Oh makcik ada dekat dapur kejap saya panggil kan. Makcik nak masuk dulu tak?"
"Takpe takpe, aku tunggu sini jelah. Kamu pergi panggil Lina." Jawab Hamidah.
"Okay makcik tunggu kejap." Kelibat Adellea hilang dari situ. Hamidah mengambil tempat di tangga rumah itu. Dia masih tidak percaya dengan apa yang baru dilihat olehnya tadi.
"Kawan Liyana ke tu. Ish kalau betul bukan main segak. Boleh aku jodohkan dengan anak teruna aku." Hamidah membayangkan anak lelakinya bersanding di atas pelamin bersama dengan gadis yang baru dilihatnya tadi. Pergh mesti gempak punya.
"Dengan siapa yang kau nak kahwin tu Midah?" Melompat Hamidah apabila disergah bergitu. Dia mengusap dadanya. Terkejut dia.
"Haish kau ni Lina, terkejut aku." Hamidah menjeling tajam kepada Makcik Lina.
"Ni marilah masuk dulu."
"Takpe kita sembang dekat sini je."
"Ada apa kamu datang kemari ni Midah?" Tanya Makcik Lina.
"Ni, aku dengar kau balik sini. Ni aku bawakan sikit lauk untuk kau." Jelasnya. Lalu mangkuk tingkat itu diberikan kepada makcik Lina.
"Haih susah susah je. Terima kasih lah ye." Kata Makcik Lina.
"Mana ada susahnya. Ni Lina aku nak tanya kau. Siapa bidadari yang kau bawak balik tu? Amboi bukan main cantik lagi dia." Tanya Hamidah penuh minat. Tak puas dia tengok muka Adellea tadi.
"Siapa? Aku balik dengan anak-anak aku je Midah oi." Nafi Makcik Lina. Dia sebenarnya kalau boleh tidak mahu orang kampung tahu yang Adellea ada disini.
"Tak payah nak tipu aku lah, aku dah tengok dengan mata kepala aku sendiri tadi." Makcik Lina terdiam. Alamak.
"Macam ni, tu kawan Liyana. Dia ikut kitorang balik sini pun sebab nak merasa suasana kampung. Itu aje tak ada apa-apa pun lah." Ujar Makcik Lina. Hamidah mengangguk kepalanya tanda faham.
"Mata dia tu ori ke hijaunya?" Tanya Hamidah berbisik. Tangan diletakkan tepi mulut.
"Ori la kau ni. Bapak dia orang Pakistan, mak dia Arab-Malaysian." Balas Makcik Lina berbisik.
"Omg. Patutlah macam bidadari hahaha."
"Aku nak pesan dekat kau ni Midah, kau jangan nak memandai bagitahu orang kampung yang dekat rumah aku ni ada orang lain. Tak pasal nanti ada rombongan satu kampung datang rumah aku." Terhenti tawa Hamidah. Dia pandang Makcik Lina tajam.
YOU ARE READING
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas tapi baik hati. Dia mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan-Arab dan mempunyai warna iris mata yan...