~CHAPTER 39 || ZAYREEL~

2.9K 210 5
                                    

Liyana memandang pelik ke arah kawannya itu. Bad mood je harini. Muka Adellea tak payah cakap, memang masam gila harini. Liyana mendekati ke meja kerja Adellea.

"Hoi." Tersedar Adellea dari lamunan.

"Kau nak apa?" Tanya Adellea dingin. Liyana berdecit benci, dah kenapa bosnya harini.

"Heish, kau ni kenapa. Ni, ada orang hantar bunga, tak tahu siapa yang hantar. Laki kau la kut." Liyana menunjukkan sejambak bunga ros putih itu kepada Adellea.

"Letak je situ." Balasnya pendek tanpa memandang wajah Liyana.

"Kenapa kau pakai tudung sarung pulak harini?" Tanya Liyana.

"Pergi buat kerja sana. Semak aku tengok kau dekat sini."

"Ya, ya. Baik boss." Dia berjalan keluar dari bilik kerja Adellea. Dia menjeling ke arah bunga itu.

"Eleh, nak pujuk aku latu. Tak termakan aku dengan pujuk dia tu." Katanya sendiri. Malas nak layan!

Selesai Adellea memakir keretanya, dia berjalan masuk ke dalam mansion

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Selesai Adellea memakir keretanya, dia berjalan masuk ke dalam mansion. Suami dia balik ke belum pun dia tak tahu. Kereta dia banyak, tak tahu yang mana digunakan oleh Zafreel pagi tadi.

Entah la, malas dia nak fikir. Dia masih lagi dalam merajuknya.

Selepas dia selesai mandi dan solat, dia memutuskan untuk televisyen diruang keluarga yang berada di aras dua di mansion ini. Dia mengambil tempat di sofa kemudian mencapai alat kawalan jauh itu. Netflix ditekankan kemudian k-drama yang bertajuk 'My Demon' menjadi pilihannya.

Angka sudah menunjukkan pukul 12.30 pagi, Zafreel baru dapat pulang ke rumah. Kerjanya terlalu banyak dipejabat sebab tu balik lambat.

Adellea pula masih segar matanya. Ya, dia masih lagi menonton k-drama nya itu. Zafreel yang melihat itu membiarkan sahaja. Dia mahu membersihkan dirinya terlebih dahulu sebelum memujuk isterinya.

Beberapa minit kemudian Zafreel keluar dari biliknya. Dia hanya mengenakan short pants dan baju tanpa lengan. Dia berjalan ke arah isterinya dengan sesuatu yang ada dibelakangnya.

Zafreel mengambil tempat disebelah isterinya. Adellea hanya membuat tidak tahu akan kewujudan Zafreel di sebelahnya. Matanya masih fokus kepada televisyen itu.

Zafreel mengeluh.

Ditarik tangan Adellea, kemudian Zafreel meletakkan sebekas aiskrim yang berperisa coklat mint dengan satu sudu.

"Pergi dengan berhati-hati,
Berharap agar pulang dengan selamat;
Saya minta maaf seikhlas hati,
Sebab membuat cik adik marah."

Adellea memandang ke arah bekas aiskrim yang terletak elok diatas tapak tangannya. Dia menelan air liurnya.

"Nak ambil ke tak nak.. tapi kalau ambil bermakna dah tak merajuk dengan dia. Tapi... chocolate mint tu. Rugi sia kalau tak ambil." Kata dalam hatinya. Dia memandang wajah Zafreel. Zafreel pula membuat isyarat mata yang bermaksud 'take it, it's for you'.

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now