~CHAPTER 78 || ZAYREEL~

1.3K 104 4
                                    

Zafreel keluar dari bilik mesyuarat sambil merenggangkan ototnya. Hampir dua jam dia menyurat di dalam. Telefonnya dibuka. Terkejut dia apabila melihat banyak panggilan terlepas dari isterinya.

"Oh no. Aku lupa yang hari ni Adellea check-up! Mampus aku!" Zafreel terus berlari dari situ. Semua pekerja disitu memandang pelik ke arah bosnya. Dah kenapa pulak tu.

Sementara itu nombor isterinya cuba didail. Namun tak berangkat.

"Sorry yang, aku betul-betul terlupa tadi." Kata Zafreel dalam hatinya. Zafreel mulai berasa bersalah.

Adellea mengunyah asam itu dengan penuh nikmat. Dah lama dia teringin nak makan asam ni. Tapi Zafreel melarangnya untuk makan. Katanya tak bagus.

"Baikkan tok mummy baby, selalu bagi apa yang mama nak. Bukan macam papa, semua tak boleh. Lepastu pandai janji, tak pandai nak tunaikan. Last check up pun tak teman mama, apelah. Baby nanti jangan ikut perangai papa tau, ikit mama je." Bebel Adellea sorang diri. Geram pula apabila mengingati suaminya itu. Telefonnya yang semakin rancak berbunyi itu dibiarkan sahaja. Malas nak jawab.

Asam didalam bekas itu diambil lagi kemudian dimasukkan ke dalam mulutnya. Nikmat betul dapat makan asam macam ni.

Kedengaran orang memberi salam di pintu utama sebelum pintu itu dibuka dari luar. Kelihatan Dato' Aidiel yang baru pulang kerja. Pintu rumah itu ditutup semula sebelum dia berjalan ke arah ruang tamu.

"Eh Lea, dah lama datang?" Tanya Dato' Aidiel.

"Ha'ah." Balas Adellea selepas menyalami tangan bapa mertuanya.

"Ni Zafreel mana? Tak datang ke?"

"Lea datang sorang je daddy. Zafreel busy kerja agaknya." Balas Adellea.

"Haih ada ke patut biar kamu datang sorang macam ni. Dengan sarat mengandung pulak tu. Daddy nak pergi dapur jumpa mummy, kejap lagi daddy datang balik." Kata Dato' Aidiel. Adellea jatuhkan kepala. Dato' Aidiel terus melangkah pergi dari situ. Adellea pula apalagi, kembali sambung makan asamnya.

Saat dia ingin memakan asam itu, tiba-tiba pintu utama dibuka oleh seseorang. Adellea terus menoleh ke arah itu. Sesaat selepas itu dia membuat muka menyampah. Bekas asam disorokkan ke belakang.

"Sayang! Ya Allah nasib kau ada dekat sini. Kau tahu tak separuh mati aku cari kau tadi dekat rumah tapi kau tak ada." Kata Zafreel cemas. Dia mengambil tempat bersebelahan dengan Adellea. Tangannya naik ingin memegang tangan isterinya namun Adellea terlebih dahulu menarik tangannya.

"Sayang, I'm so sorry. Aku betul-betul terlupa tadi. Aku tengah meeting, tak perasan kau call aku. Please sayang, jangan macam ni." Rayu Zafreel. Adellea masih menayangkan wajah dinginnya.

"Dah janji lepas tu tak tunaikan. Lepastu minta maaf, wah mudahnya jadi lelaki." Sinis Adellea. Ya, dia memang paling pantang kalau orang dah janji dengan dia, lepastu tak tunaikan.

"Tak payah nak sentuh aku lah, tengok muka kau pun aku rasa nak pukul guna kayu api." Terus hilang niat Zafreel apabila Adellea kata begitu. Namun matanya tajam memerhatikan satu bekas yang sedikit tersorok di belakang isterinya. Laju tangannya cuba mengambil bekas itu.

"Hei apa ni! Ish jangan peganglah!" Marah Adellea. Dia cuba menghalang Zafreel daripada cuba mengambil bekas asam tersebut. Namun lelaki itu lebih pantas mengambilnya.

Tajam mata Zafreel memandang isterinya.

"Sayang kan aku dah larang kau makan benda ni. Siapa bagi kau makan asam ni?" Tanya Zafreel. Adellea diam tidak menjawab. Isian dalam pipi digigitnya.

"Siapa bagi?"

"Bagilah balik. Aku makan sikit je asam tu." Bekas asam itu cuba diambil namun dilarikan oleh Zafreel.

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now