Fikiran gadis itu melayang jauh. Teringat pada waktu-waktu begini, dia akan pergi hantar makanan tengah hari di pejabat suaminya.
"Cik saya nak bayar." Wanita itu mengeluarkan dompet dari tas tangannya. Namun tiada balasan dari si gadis.
"Cik.. saya nak bayar." Suara wanita itu sedikit kuat. Dia juga melambaikan tangannya ke wajah gadis itu. Liyana yang kebetulan baru lepas menghantar makanan terlihat itu, pantas dia berlari ke arah kaunter.
"Ye cik, meja nombor berapa?" Tanya Liyana kepada wanita tadi. Adellea yang baru tersedar itu lekas bangun dari duduk. Sebaris senyuman dihadiahkan kepada wanita tadi sebelum dia pergi dari itu. Dia mahu naik ke pejabatnya.
Adellea menghempaskan tubuhnya diatas sofa yang terdapat di dalam pejabat itu. Bosannya..
Dia membuka telefon bimbitnya. Tiada notifikasi.
'kenapa dia tak chat aku eh harini?'
'dia dah lupa aku ke?'
'haish mana tahu dia tengah busy'
Mula la Adellea overthinking. Dia kalau overthinking memang benda-benda merapu mula timbul. Dia bermain dengan telefonnya sehingga tertidur dengan sendirinya.
"Zaf aku rasa kalau dah tak ada apa-apa, malam ni kita dah boleh balik. Projek pun berjalan lancar, mungkin kita kena datang sini semula selepas dua bulan untuk pantau projek ini." Terang Aiden. Zafreel hanya menganggukkan kepalanya tanda faham."Hm bagus latu. Settlekan terus semua petang ni, malam ni boleh balik jumpa bini. Rindunya dekat bini aku."
"Cakap macam kau sorang je ada bini, cis." Aiden menayangkan wajah menyampah kemudian meninggalkan Zafreel sendiri di situ. Terlepas tawa kecil milik Zafreel.
Zafreel memandang ke arah langit biru itu. Bayangkan wajah cantik isterinya. Kemudian dia berjalan mengikut Aiden dari belakang.
"Tak sabarnya nak jumpa cinta hati aku." Kata Zafreel ceria sambil berjalan.
Tak lekang dari bibirnya mengukir senyuman manis.
YOU ARE READING
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas tapi baik hati. Dia mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan-Arab dan mempunyai warna iris mata yan...