Dalam chapter ini ada sedikit tambahan bahasa Hindi. But don't worry, saya akan sediakan sekali dengan translate.
Setelah 6 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pakistan, akhirnya Adellea tiba di lapangan terbang antarabangsa Islammad, Pakistan. Adellea menggeliat kecil bagi merenggangkan otot-otot nya.Dia melihat jam di iPhone nya. Sudah pukul 6:26. Selepas mengambil bagasi, Adellea berjalan keluar dari airport itu. 'Omma tak bagi tahu pun yang sekarang ni musim salji.' Katanya didalam hati. Sudahlah dia tidak membawa pakaian sejuk.
Dia berjalan ke hujung airport untuk mengambil teksi. Baru sahaja dia hendak menahan teksi, ada satu kereta hitam berhenti tepat dihadapannya. Ada satu tangan yang menekup mulutnya dengan kain. Dia ditarik masuk ke dalam kereta dan bagasinya juga ditarik masuk. Kereta itu terus memecut laju dari lapangan terbang.
Adellea meronta kasar apabila ada yang menutup matanya dengan kain.
"Woi, lepaslah!" Jerit Adellea namun tidak dihiraukan."Apa yang kau nak dengan aku hah?! Eh, lupa sini bukan Malaysia, tapi kesah apa aku. Dey tambi, lepas lah aku!"
"Bising betul la kau ni cinta hati." Zafreel menarik kain yang menutupi mata Adellea. Stres pulak dia dengar tunangnya yang tidak berhenti menjerit.
Jatuh rahang Adellea. Dia tidak tahu mahu beraksi seperti apa. Betul ke yang dia nampak ni. Dia menggosok kedua-dua belah matanya. "Zaf..Zafreel?" Tanya Adellea gagap.
"Yes, my star." Jawab Zafreel tenang. Tidak dihiraukan wajah Adellea yang terkejut itu.
"Ma...macam ma..mana kau bo..b..boleh ada dekat sini?" Tergagap-gagap Adellea menanyakan soalan. Zafreel mendekatkan wajahnya sedikit dengan wajah Adellea. "Rahsia. Dah, sekarang ni kau bagitahu cepat alamat rumah nenek kau dekat driver." Aiden ditempat memandu sudah panas hati. Ewah! Sedap je panggil dia driver.
"Jawab soalan aku dulu. Macam mana kau boleh sampai sini? Dan, kenapa kau ikut aku balik kampung?" Soal Adellea geram. Ada saja perangai si Zafreel ni.
"Sebab boleh dek." Jawab Zafreel selamba.
"Kau ni kan, dari zaman kita jumpa, setiap kali aku tanya kau, kau mesti jawab 'sebab boleh la cinta hati, sebab boleh dek' geram je tau aku dengan kau ni."
"Lah, sebab boleh la aku jawab macam tu." Bertambah geram Adellea dibuatnya.
"Yang kau ni, apahal susah sangat nak bagi tahu kenapa kau ikut aku. Sikit-sikit nak ber--" mati kata-kata Adellea disitu.
"Dey!!" Jerit Aiden mendiamkan dua sosok manusia itu. Pandangan tajam diberi kepada Zafreel dan Adellea.
"Korang ni nak pergi ke tak nak? Dah berapa lama kita tunggu dekat tepi jalan ni. Aku ni dah la kena paksa ikut dengan mamat ni, lepas datang sini kena jadi driver, lepastu dengar korang berdua memekak dekat sini. Aku kejap lagi nak kena balik Malaysia pulak ." Luah Aiden geram. Sudahlah kerjanya di Malaysia masih banyak, kena pulak paksa ikut si Zafreel ni.
YOU ARE READING
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas tapi baik hati. Dia mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan-Arab dan mempunyai warna iris mata yan...