~CHAPTER 46 || ZAYREEL~

2.5K 153 14
                                    

Adellea mengangkat handbreak apabila sudah sampai di halaman rumah. Enjin ditutup kemudian memandang ke arah suaminya yang sudah tak sedarkan diri itu.

"Hubby bangun. Dah sampai." Tiada sahutan. Dia membuka tali pinggang keledar kemudian turun dari kereta. Dia pergi ke sebelah kemudian pintu kereta dibuka.

"Zafreel bangun la, dah sampai ni." Adellea menggoncang sedikit tubuh Zafreel. Adellea menggaru kepalanya yang gatal. Aduh macam mana ni.

"Takkan la aku nak angkat kau pula. Haish kena minta tolong Pak Rahim ni." Dia mengeluarkan iphonenya dari tas tangannya. Nombor Pak Rahim di dail. Pak Rahim merupakan pengawal keselamatan yang menjaga rumah mereka.

"Hello Pak Rahim, maaf ganggu malam-malam ni. Erk saya nak minta tolong boleh?"

"Minta tolong apa tu Cik Puan?" Tanya Pak Rahim.

"Ni Zafreel tertidur dalam kereta. Saya kejut tak bangun, nak minta tolong pak Rahim papah dia bawak masuk ke dalam rumah. Saya tak larat nak papah dia sorang sorang." Ujarnya.

"Pak Rahim datang dekat garaj kereta ya, saya tunggu."

"Baik Cik Puan."

Adellea menutup panggilan. Wajah suaminya dipandang. Ada benjol besar tepi dahi Zafreel. Jarinya naik memegang benjolan itu. Bila pula ada ni.

"Macam mana pulak ada benjol dekat kepala dia ni?" Dia menekan-nekan tempat benjol itu. Zafreel menahan rasa sakit apabila isterinya menekan bahagian benjol di kepalanya. Dia dah lama sedar, saje nak pura-pura pengsan.

"Cik Puan." Panggil Pak Rahim. Adellea menoleh.

"Ha Pak Rahim. Ni tolong saya papah dia." Adellea pantas mengundur ke belakang dan memberi ruang untuk Pak Rahim memapah tubuh Zafreel.

Adellea menutup pintu kereta lalu dikunci. Kemudian dia mengikuti dibelakang Pak Rahim. Sampai dihadapan pintu rumah, Adellea memasukkan nombor pin dan membuka pintu.

"Pak Rahim letak dia dekat sofa situ." Perlahan-lahan Pak Rahim membaringkan tubuh Zafreel diatas sofa itu. Adellea mengucapkan terima kasih kepada Pak Rahim sebelum menghantarnya ke pintu. Kemudian dia berjalan ke arah sofa semula.

"Woi hubby. Bangun la." Ditepuk-tepuk wajah Zafreel itu. Tak bangun juga.

"Kenapa dia tak bangun eh? Entah-entah dia dah mati tah. Eh astaghfirullah." Adellea membuat andaian sendiri. Tangan naik menekup mulutnya.

"Tapi kalau dia mati betul macam mana? Aku jadi janda. Oh no!" Dia letakkan jarinya di hidung Zafreel. Fuh, nasib bernafas lagi. Dia menghembuskan nafas lega.

"Kenapa kau tak nak bangun lagi ni? Aku ni kalau larat dah lama aku angkat kau naik atas tau. Tapi aku ni tak mampu nak angkat kau yang badan mengalahkan hulk ni." Bebel Adellea sendiri. Zafreel simpan ketawanya. Haih kalaulah dia tak pura-pura pingsan mesti dia boleh tengok muka isteri dia tengah bebel. Mesti comel!

"Kau ni pingsan ke tidur. Laju sangat ke kereta aku bawak tadi sampai dia nak pingsan." Adellea menggoncang tangan Zafreel. Matanya juga dibuka secara paksa. Adellea memandang wajah Zafreel lama. Ada sesuatu yang tak kena. Dia bangun dari duduknya kemudian dia mencari sesuatu.

Tak lama kemudian dia kembali sambil mendukung kucing raksasa itu. Dia duduk semula dia tempatnta tadi.

"Zafreel, bangunlah.." Meleret suara Adellea sambil menyeret tangan Luna di lengan Zafreel.

Zafreel yang merasa ada benda berbulu di kulitnya terus terbuka luas biji matanya. Terkejut dia apabila melihat kucing itu dekat dengannya. Dan dia rasa nak menjerit, dan itulah yang dia lakukan selepas itu.

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now