"Ini jeke yang kamu nak beli?" Tanya Subaidah sambil mengira barangan yang dibeli oleh Humaidah.
"Kau ada nampak aku ambik barang lagi ke?" Balas Humaidah berapi. Dia membuka kipas lipat kemudian mengipas wajahnya. Harini cuaca sedikit panas membuatkan dia berpeluh. Sudahlah dia memakai baju kebaya tiap-tiap hari, dengan kasut tumit lagi. Nasib make up dia tidak cair.
"Midah alang-alang kau ada dekat sini, kitorang nak tanya kau sesuatu ni." Kata Munah mewakili mereka bertiga disitu.
"Betul ke si Lina tu balik sini? Semalam aku nampak anak dia si Luq'man tu dekat tepi sungai dengan kawan-kawan dia. Tak pula aku tegur dia." Ujar Badriah.
"Haah, betul latu. Dia balik sini dengan anak-anak dia. Aku dah pergi rumah dia semalam." Balas Humaidah seraya menghulurkan duit kepada Subaidah untuk membayar barangan yang dibeli olehnya tadi.
"Tapi kan semalam waktu aku lalu dekat rumah dia, aku ada ternampak sorang perempuan lain tengah bersembang dengan Liyana dekat luar rumah. Siapa dia tu Maidah? Dari jauh lagi aku dah dapat tengok dia punya cantik tu." Yati pula bersuara. Subaidah yang menjaga kaunter itu juga turut mendengar perbualan mereka.
"Ha aku baru ingat. Tu kawan si Liyana, kau tahu tak warna mata dia tu warna hijau weh! Tak puas aku tenung muka dia semalam." Tanpa sedar, Humaidah ingkari janjinya dengan Makcik Lina. Rancak mereka berlima bersembang mengenai Adellea.
"Aku ada idea, apa kata petang ni kita pergi rumah Lina ramai-ramai? Kita tengok sendiri budak perempuan yang Maidah dengan Yati bagitahu tu." Cadang Badriah. Laju mereka semua mengangguk.
"Aku setuju! Aku nak bawak anak teruna aku ikut sekali." Kata Yati.
"Eh tapi dia tak berpunya lagi ke? Cantik macam tu mesti dah berpunya." Celah Subaidah.
"Yang tu aku lupa nak tanya semalam. Aduh takpe lah, kami balik dulu ye Su." Mereka berempat meminta diri untuk pulang ke rumah.
"Ha pergi balik korang, aku pun nak tutup kedai awal harini. Nak jugak aku tengok budak perempuan tu." Kata Subaidah sambil tersengih kerang busuk. Mereka berempat berjalan keluar dari kedai itu.
"Aku balik dululah ye, aku nak masak dekat laki aku. Nanti tertunggu pulak dia." Yati memberitahu.
"Aku pun sama, aku balik dulu ye. Lainlah kalau macam Midah, balik rumah masak untuk diri sendiri je. Maklumlah, dia kan janda." Gurau Munah. Tajam mata Hamidah menikam mata Munah.
"Eh kau ni, jangan sampai aku kahwin lain." Kata Humaidah garang. Terlepas tawa mereka disitu sebelum mereka berpisah haluan. Balik ke rumah masing-masing.
Aiden memandang ke arah Zafreel dengan muka menyampahya. Apa kena dengan lelaki itu sekarang ni?"Eh kau tak muak eh makan mangga masam tu? Dari semalam kau sampai harini kau asyik telan benda tu." Semalam pada waktu malam Zafreel baru sampai di kampung halamannya, dia terus meminta untuk memakan buah mangga itu. Nasib ayahnya berbaik hati mahu tolong kaitkan buah mangga untuk Zafreel.
YOU ARE READING
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas tapi baik hati. Dia mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan-Arab dan mempunyai warna iris mata yan...