"Sayang jangan lah macam ni. Aku minta maaf okay." Pujuk Zafreel lembut. Tangan Adellea cuba dicapainya sekali lagi. Namun tetap ditepis kuat oleh Adellea.
"Keluar." Kata Adellea sambil memandang tajam wajah Zafreel. Rasa nak penyepak muka dia ni. Berapa kali dah dia suruh Zafreel keluar. Tak faham bahasa betul.
"Alololo sayangg aku ni." Zafreel menarik tangan Adellea kemudian memeluk tubuh Adellea sedikit kuat. Belakang isterinya diusap perlahan. Pipi Adellea dikucup berkali kali.
Adellea membuat wajah jijiknya apabila Zafreel mencium wajahnya tanpa henti. Kemudian dia pandang wajah Zafreel dengan senyuman manis. Diusap manja pipi Zafreel sebelum..
Buk!!
Adellea menyiku kuat perut Zafreel.
"Allahuakbar sayang! Sakit perut aku.." mengerang kesakitan sambil memegang perutnya. Dengan itu Adellea membuka pintu bilik kemudian menolak Zafreel keluar dari biliknya.
"Settle masalah." Adellea menuju ke katilnya dengan wajah ceria. Malam ni katil ni dia yang punya. Yes! Tak payah share dengan beruk tu.
"I am gonna miss you ibuu." Kata Adellea meleret. Harini dia dah kena balik ke KL. Baru nak duduk sini sampai habis cuti akhir tahun."Tak payah nak rindu sangat, bukannya ibu tak balik sana dah. Ni Ayra jaga diri dekat sana tau." Pesan makcik Lina. Tubuh Adellea dipeluknya sekali lagi.
"Ayra balik dulu, assalamualaikum." Selesai menyalami semua orang disitu, bergegas Adellea masuk ke dalam kereta dibahagian penumpang belakang. Zafreel yang baru lepas bersalam itu memandang pelik. Bola mata dijelingkan ke atas sebelum dia membuka pintu belakang kereta.
"Kenapa tak duduk depan?" Tanya Zafreel dengan nada biasa.
"Malas."
Zafreel menjeling tajam sebelum dia mencempung tubuh isterinya kemudian berjalan ke arah pintu disebelah penumpang. Ternganga Liyana melihat aksi spontan Zafreel.
"Ish bila aku boleh kawin ni." Kata Liyana perlahan.
"Kau dah tua, tak ada orang nak dekat kau." Komen Luq'man selamba. Liyana menjeling adiknya tajam.
"Eh aku ni muda lagi baru 26 tahun." Liyana memeluk tubuhnya sebelum masuk ke dalam rumah. Adiknya kalau bercakap memang selalu jujur. Benci dia.
"Ish apa ni, malulah." Marah Adellea. Wajahnya mula memerah. Zafreel yang melihat itu tersenyum. Geram pulak dia tengok.
"Cute." Pipi Adellea dicuit sekali sebelum dia memakaikan tali pinggang keledar pada Adellea. Selepas itu pintu kereta ditutup kemudian Zafreel masuk ke dalam kereta. Kemudian kereta itu meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan itu.
YOU ARE READING
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas tapi baik hati. Dia mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan-Arab dan mempunyai warna iris mata yan...