2 bulan berlalu....
Liyana mematikan enjin kereta. Dia membuka tali pinggang keledar dahulu sebelum keluar dari kereta dan mengunci kereta.
"Yana kau pergi cafe dulu tau, aku nak pergi kedai kejap. Nak beli coklat hehe." Kata Adellea kemudian tersengih.
"Okay, jangan lambat sangat. Aku pergi dulu." Pesannya sebelum dia berjalan pergi ke cafe. Adellea pula berjalan menuju ke kedai serbaneka dengan wajah yang ceria.
Selesai memilih beberapa coklat, dia berlalu ke arah kaunter kemudian membayarnya.
Sebaik dia keluar dari kedai itu, seseorang terlanggar bahunya. Plastik yang dipegang oleh Adellea jatuh ke lantai. Lantas dia tunduk mengambil barangnya.
"I'm sorry miss." Mati katanya apabila melihat satu wajah yang dikenalinya.
Safiyya Sofea.
Safiyya pandang Adellea atas bawah sebelum dia tersenyum sinis. Adellea membalas pandangannya dengan mata helangnya.
"Hidup lagi rupanya kau ni, aku ingat dah mampus haritu." Kata Safiyya sambil memeluk tubuhnya.
"Tapi buat apa kau datang sini balik eh? Well, mesti kau datang sebab nak ambik abang Reel dari aku kan."
"Buat apa aku nak ambik dia dari kau sedangkan dia hak aku. Kau tu siapa? Sedar diri tu sikit." Sinis Adellea. Adellea tersenyum sinis apabila melihat reaksi wajah Safiyya berubah.
"Kau!" Safiyya tuding jari pada Adellea. Naik turun dadanya menahan amarah. Adellea hanya tenang sambil memeluk tubuhnya.
"Tch, kau tak payah berlagak sangat. Kau pasti ke yang Zafreel masih lagi milik kau? Kau tinggalkan dia berbulan dekat sini, mustahil tak ada perempuan lain goda dia sepanjang kau tak ada dekat sini kan?" Safiyya tertawa perlahan.
"Aku dengar cerita la kan, aunty tengah carikan jodoh baru untuk anak dia. Sebab ada menantu pun tak guna, tinggalkan suami sorang sorang dekat sini. Cucu? Hahaha, dah setahun kahwin pun tak dapat nak bagi zuriat. Entah-entah kau tu mandul. Ups!" Safiyya buat-buat terkejut. Sengaja dia kata begini untuk sakitkan hati Adellea.
Adellea pandang Safiyya kecik besar kecik besar. Wah, sedap mulut dia ja cakap yang dia ni mandul. Setakat cucu tu apalah sangat, sepuluh orang pun dia boleh bagilah!
Adellea mengepal penumbuk.
"Kenapa kau diam? Betul ke apa yang aku cakap tadi? Allah, kesian dekat aunty Liha. Tapi takpe, aku boleh gantikan tempat kau. Aku boleh bagi dia cucu seramai mana dia nak." Bangga Safiyya berkata.
"You better watch your mouth before you speak. Kau tak kenal lagi siapa aku, budak. Kau sepatutnya pergi belajar bagi habis dulu. Belajar pun tak habis lagi ada hati nak sondol laki orang." Balas Adellea berapi. Apa ingat dia takut ke dengan budak depan dia ni. Safiyya belum kenal lagi keluarga dia yang sebenar.
Safiyya pandang Adellea lama sebelum dia mengangguk kepalanya.
"Whatever. Kau jangan lupa pulak apa yang aku cakap tadi. Aku just takut nanti kita terserempak sebagai madu pulak. I told you before, Zafreel will be mine. Not yours." Safiyya tersenyum sinis. Langsung tidak merasa bersalah selepas mengatakan itu didepan Adellea. Dia menyelak rambutnya ke belakang lalu dia mahu berjalan masuk ke dalam kedai.
Belum sempat dia mahu masuk ke dalam kedai, rambutnya dicengkam kuat dari belakang. Berdesis kesakitan dibuatnya. Lantas dia menoleh siapa yang berani bertindak sebegitu.
"Don't you dare touch what's mine. Or you will know the consequences if you violate. Take my word for it." Kata Adellea dingin sebelum dia melepaskan cengkaman dengan kasar. Kemudian dia berpusing tubuh kemudian berlalu pergi dari situ.
YOU ARE READING
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas tapi baik hati. Dia mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan-Arab dan mempunyai warna iris mata yan...