Ameena berjalan ke arah suaminya sambil mencari sesuatu. Aihh, sunyi sepi rumah ni harini. Selalu macam gempa bumi keadaan rumah ni.
"Mana habis semua orang dalam rumah ni?" Tanya Ameena kemudian mengambil tempat duduk di hadapan suaminya.
Ameer mengalihkan pandangan dari surat khabar itu melihat wajah isterinya.
"Tak ada, semua keluar. Zayra, Emir, Eryna, Khalish, Khalid, Reel, Maurya and Mahera diorang semua pergi berkuda," Kata Ameer.
"Awak benarkam Zayra pergi berkuda. Awak lupa ke yang dia tu baru sembuh."
"You know.. keras kepala macam bapak dia dulu." Ameena menggelengkan kepala. Haih betul jugak apa yang suaminya kata. Cucunya yang sorang itu keras kepala tahap batu. Entah-entah kepala dia lagi keras dari batu.
"Khalish dengan Eryna ada boleh tengok-tengokkan dia. Jangan risau lah."
"Hm mana Arkan, Akashah, Arina dengan Arhan? Tak nampak pun diorang harini?"
"Keluar dengan mama papa dia."
Ameena mengeluh. Haih hari jugak semua orang nak keluar. Bosan dia.
Adellea menjeling ke arah Emir dan Khalid itu. Amboi, bukan main lagi bermanja dengan bini masing-masing. Tak pandang kiri kanan. Khalish dan Eryna pula sudah menunggang kuda disekitar kawasan itu.Yang dia pula sekarang ni tengah stress. Mamat beruk tu asyik ikut dia kat belakang. Naik semak dia tengok.
"Eh kau ni pergi berambuslah. Semak aku tengok kau." Selamba Adellea mengusir Zafreel yang berada dibelakangnya itu. Namun Zafre hanya diam.
Krik krik krik
Dia cakap dengan batu ke sekarang ni?
"Woi dengar tak?"
Zafreel buat tidak tahu.
"Lantak kau lah. Nak jadi batu pun jadilah." Adellea menjeling maut kepada Zafreel. Kemudian dia memanjat naik ke atas kuda hitam yang berada di belakang sambil dibantu oleh seseorang.
"Let's go find a waterfall, Blackey. Move now!" Selepas mengatakan itu, laju kuda hitam itu berlari meninggalkan kawasan itu.
"Take the horse for me. We will follow her."
"Alright young master." Lelaki itu mengundurkan beberapa tapak ke belakang kemudian pergi ke kandang kuda.
Setelah beberapa belas minit, akhirnya Adellea sampai ke sesuatu tempat. Adellea memperlahankan langkah kudanya. Bersinar-sinar matanya melihat air terjun didepan matanya sekarang ini.
Cantiknya!
Lalu dia turun dari kudanya. Tali kuda itu diikat pada pokok yang berdekatan dengan kawasan berumput supaya kudanya boleh makan disitu.
YOU ARE READING
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas tapi baik hati. Dia mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan-Arab dan mempunyai warna iris mata yan...