~CHAPTER 22 || ZAYREEL~

3.1K 197 2
                                    

Jam menunjukkan pukul 12:30 pagi. Adellea dan pekerja nya masih lagi membuat kerja di kafe. Ramai sangat pelanggan minggu ni sampai tak cukup tangan diorang dibuatnya.

"Semua sini berkumpul cepat." Arah Adellea kepada semua pekerjanya. Mereka yang baru sahaja selesai membuat kerja, terus berjalan ke arah depan kafe.

"Okay, disebabkan korang semua berkerja lebih masa untuk bulan ni, aku ada bonus untuk korang semua bulan ni." Terus bersorak gembira semua perkerja Adellea. Dia hanya senyum sahaja melihat gelagat perkerjanya.

"Meh, semua beratur ambil sorang satu." Adellea menghulurkan sampul yang berwarna coklat kepada setiap seorang pekerja.

Mereka semua hanya berterimakasih kepada Adellea. Dia hanya mengangguk dan tersenyum.

"Aku ada lagi satu bonus kat korang ni. Nak dengar tak?"

"Nak! Nak! Nak!" Jerit semau perkerja Adellea. Termasuk Liyana.

"Aku nak bagi cuti dekat korang selama satu minggu. Nak tak?" Seterus itu mereka semua bersorak gembira dan bertepuk tangan.

"Caya lah, Cik Lea! Dah la dapat bonus. Lepas tu, dapat pulak cuti seminggu. Sayang boss ketat-ketat." Celah Aziem. Yang lain hanya gelak perlahan. Tak heran la kalau semua sayang dekat Adellea. Dah la cantik, baik, tak sombong, dan tidak pernah mahu melihat pekerjanya dalam masalah. Dia akan tolong sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah pekerjanya.

"Hahaha. Tak ada hal la. Aku tahu pekerja aku semua mesti penat kan. Ni semua kerja dah siap ke? Kalau dah siap semua, dah boleh balik dah ni. Dah nak nak dekat pukul 1 pagi dah."

"Semua dah siap dah Cik. Cuma tinggal nak susun barang je." Kata Haikal. Adellea hanya mengangguk. "Pergi siapkan cepat. Nanti kita semua keluar sekali." Adellea bangun dari kerusi kemudian berjalan ke bilik kerjanya. Kemas apa yang patut.

________________________________

Apabila sudah selesai semua kerja yang patut. Mereka semua berkumpul di hadapan kafe. Haikal dan Khairy menarik pintu besi dari atas. Lalu dikunci dengan mangga kunci.

"Okay semua. Berehatlah secukupnya dengan masa yang aku bagi ni. Nanti aku tak nak bila korang semua masuk kerja, ada yang tak cukup rehat lagi and anything else. Ingat pesan aku ni, Aziem, Khairy, Haikal, kimmy, Amir, Izhan, Bunga, Raina, dan Rina." Satu persatu nama pekerjanya disebut. Kecuali, Liyana.

"Aku kau tak nak pesan apa-apa ke?" Soal Liyana.

"Kau tak payah. Kau tu satu rumah dengan aku."

"Ouh betul jugak eh." Liyana menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Haish. Dah semua pergi balik. Lewat dah ni. Assalamualaikum. Jumpa nanti."

"Waalaikumussalam. Bye boss." Semua mula beredar dari kafe. Adellea dan Liyana berjalan ke arah tempat meletak kereta. Harini dia datang dengan Adellea. Katanya malas nak drive. Tak salahkan dia nak tumpang member sendiri? Ahak!

Adellea menghidupkan enjin kereta. Seatbelt ditarik sebelum memulakan perjalanan.

"Esok kau terus balik rumah mak kau ke, Yana?"

"Tak lagi kot. Aku balik petang rasa nya esok." Dia menguap sekali. Haish mengantuknya!

"Yela tu. Entah-entah jadi macam haritu. Baru nak ajak pergi beli barang dapur pagi tu, tahu-tahu dah sampai elok dekat rumah mak kau. Tak pasal-pasal kena pergi ambil kau." Ungkit Adellea. Liyana ni kalau tak balik rumah, bermakna dia pergi balik rumah mak dia. Nasib tak jauh sangat dari rumah Adellea.

"Ish, betul la. Itu haritu punya cerita. Sekarang ni yang aku tahu, aku nak tidur. Mengantuk gila sekarang ni." Liyana menguap kali kedua. Penat betul harini. Dia berehat pun ketika waktu solat. Itu pun beberapa minit sahaja.

"Ingat kau sorang?"

"Wey, Lea. Aku nak tanya kau something ni."

"Apa?"

"Danish apa cerita. Lama dah aku tak nampak mamat tu datang kafe. Kalau tidak 24 jam dia kat kafe kau." Soal Liyana.

"Entah la aku pun tak tahu pasal dia. Malas la aku nak ambil tahu. Janji dia tak kacau aku dah." Balas Adellea malas. Dia letih sekarang ni.

"Hmm."

Sedar tak sedar, dah sampai depan rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sedar tak sedar, dah sampai depan rumah. Laju sahaja Liyana berlari keluar dari kereta. Haish penat betul tu.

"Kunci rumah mana kunci rumah? Cepat la turun kereta tu. Aku penat ni." Rengek Liyana.

"Haish sabar la. Mana pulak kunci rumah ni." Dia menyeluk beg tangannya. Ha jumpa pun. Dia terus memasukkan kunci pintu ke dalam tombol pintu. Sebaik sahaja pintu dikuak, Liyana terus merempuh pintu rumah.

"Ya Allah. Tak reti nak sabar betul. Kau jangan lupa mandi dulu sebelum tidur, Yana!" Jerit Adellea. Lalu pintu dikunci semua. Kemudian kunci rumah diletakkan di atas rak kasut. Kaki berjalan menuju ke arah tangga.

"Ya Allah. Penatnya hari ni." Adellea mengeluh kecil. Tapi dia bersyukur kerana itu semua rezeki. Dia menguap sekali.

~

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

~

TBC

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now