"Puan, saya dah nak balik ni. Semua bahan yang puan suruh saya sediakan tadi saya dah sediakan dekat dapur." Ujar Mak Jah kepada Adellea. Adellea yang sedang membaca majalah terus mengangkat wajahnya.
"Okay, thank you Mak Jah. Hati-hati balik." Adellea senyum tipis kepada Mak Jah.
"Saya balik dulu, assalamualaikum." Mak Jah tunduk sedikit sebagai tanda hormat sebelum melangkah pergi.
"Waalaikumussalam." Balas Adellea.
Mak Jah dahulunya berkerja di rumah Dato' Aidiel, namun dia telah ditukarkan ke sini atas permintaan Zafreel untuk menjaga Adellea. Mak Jah hanya datang pada waktu pagi dan pulang pada waktu petang selepas Zafreel pulang dari kerja.
Harini sengaja Adellea menyuruh Mak Jah pulang lebih awal dari waktu selalunya. Harini Zafreel berjanji dengannya untuk balik awal.
Tak lama kemudian kedengaran pintu rumah dibukak oleh seseorang. Terus lebar senyuman Adellea sambil memandang ke arah Zafreel yang baru memasuki rumah itu.
"Assalamualaikum sayanggg." Zafreel berjalan mendekati ke arah isterinya yang sedang duduk di sofa itu.
"Waalaikumussalam. Nak nak tu." Adellea cuba mencapai plastik yang berada pada tangan kiri Zafreel.
"Yee, nah." Zafreel menghulurkan plastik itu kepada Adellea.
Adellea membelek-belek coklat dan aiskrim yang ada didalam plastik itu. Wajahnya berkerut apabila barang yang dia pesan tidak ada di dalam plastik itu.
"Mana asam aku? Kan aku pesan sekali dengan asam sekali tadi." Zafreel angkat kepala memandang isterinya. "Kau tahukan yang aku tak suka kau makan asam. Tak eloklah kau masam asam."
Adellea menjeling tajam suaminya. Okay takpe, kalau Zafreel tak nak belikan untuk dia takpe. Dia boleh beli sendiri lah.
Aiskrim vanilla di dalam plastik itu diambil lalu dia membuka plastik aiskrim itu.
"Tak payah masam sangat muka tu. Aku tumbuk kejap lagi baru kau tahu." Ugut Zafreel. Bukannya dia tak nampak muka Adellea tu. Sekali pakej jeling dia bagi.
"Tumbuk lah kalau berani. Aku bagi tahu dekat mummy, biar dia belasah kau sampai kau koma." Ugut Adellea pula. Kini Zafreel pula menjeling isterinya. Sekarang ni kalau boleh semua benda Adellea nak mengadu dekat mummy dia. Lepastu dia juga yang kena marah.
"Melawak je, itu pun nak mengadu." Perli Zafreel.
"Harini kau janji nak ajarkan aku masak kan, jom pergi dapur." Zafreel bangun dari duduknya. Beg kerjanya diletakkan ditepi sofa.
"Haah lah, lupa pulak aku. Tolong tarikan tangan." Adellea hulurkan tangan kirinya. Lantas Zafreel menolong Adellea untuk bangun. Kemudian mereka berjalan beriringan menuju ke dapur.
"Kau nak ajar aku masak apa harini?" Tanya Zafreel.
"Spaghetti Carbonara. Yang ni senang gila nak masak dia. Campak campak dah siap." Terang Adellea. Zafreel hanya menganggukkan kepalanya.
"Okay, give me a few minutes." Kata Zafreel kemudian pergi mengambil sesuatu di ruang tamu kemudian dia kembali ke dapur.
Rambutnya yang menutupi dahinya ditarik ke belakang kemudian diikat menggunakan getah ikat rambut yang dibeli olehnya tadi.
"Engko dah kenapa ikat rambut macam tu, HAHAHA." Terlepas tawa Adellea apabila melihat jenis getah ikat rambut yang digunakan oleh Zafreel. Bukan main lagi getah ikat rambut dia, warna pink. Sekali pakej ada ribbon!
"Suka hatilah. Comel apa, warna pinky pinky." Kata Zafreel sebelum dia memakai apron.

YOU ARE READING
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas tapi baik hati. Dia mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan-Arab dan mempunyai warna iris mata yan...