Sy just nk bgithu yg sy akn translate trus dri Hindi kpda malay or english. Nanti pening plak krng nk mmbca.
(Saya ni pemalas sbnrnya hehe)
"Selamat tinggal kepada pewaris sulung keluarga Khan, menantu kepada Dato' Aidiel. Selamat berbahagia di neraka."Danish senyum miring. Wajah Adellea ditenungnya lama.
Kemudian dia memegang beg IV itu. Baru saja dia hendak memcucuk racun itu, tiba-tiba pintu dibuka kuat dari luar.
Terlepas picagari itu dari tangannya. Dia menoleh melihat ke arah belakang.
Zafreel muncul dengan Ameer dan Ameena dibelakangnya. Bengang Zafreel bila melihat perbuatan lelaki itu tadi. Dia sempat lihat apa yang cuba dilakukan oleh lelaki itu.
Lelaki itu cuba untuk memasukkan sesuatu di beg IV itu.
Pantas dia meluru ke arah lelaki itu. Zafreel mencengkam kuat kolar baju lelaki itu.
"Kau siapa hah?! Apa yang kau cuba buat dekat bini aku?!" Jerkah Zafreel kuat depan lelaki itu. Danish geleng kepalanya laju.
"Tak! tak! Aku tak bunuh dia! Aku tak bunuh dia!" Jerit Danish kemudian bertukar menjadi ketawa besar. Berkerut kening Zafreel melihat lelaki itu.
"HAHAHAHAHA, kau takkan dapat dia. Dia dah.." Danish membuat gaya kelar leher dengan tangannya kemudian dia senyum misteri.
Zafreel ketap rahangnya kuat. Terus kepalanya menoleh memandang ke arah lantai tepi katil. Jelas dia melihat picagari yang sudah pecah itu bertaburan di atas lantai. Ameer dan Ameena juga turut memandang ke arah itu.
Dia kembali memandang Danish dengan wajahnya merah padam.
"Kau.." penumbuk zafrel singah di wajah Danish. Tersungkur lelaki itu diatas lantai. Belum sempat lelaki itu mahu bangun semula, Zafreel kembali menumbuk wajahnya hingga pecah.
Namun tiba-tiba Emir datang menghalang perbuatan Zafreel. Dia cuba menenangkan Zafreel yang hampir hilang kawalan itu.
Penuh wajah lelaki itu dengan darah. Terbatuk-batuk Danish sehingga mengeluarkan darah dari mulutnya. Dia pandang wajah Zafreel berserta senyuman sinis.
"Dia milik aku, tapi kau dah rampas dia dari aku. Milik aku, selamanya milik aku. Tak ada siapa yang boleh ambik dia dari aku termasuk kau!" Kata Danish sambil mengelap darah yang keluar dari mulutnya.
Zafreel menyepak kuat perut Danish. Dia sudah hilang sabar dengan lelaki itu. Dia mahu menyepak sekali lagi namun dihalang oleh Emir.
"Sabar Zafreel sabar."
Terbatuk kuat Danish. Kemudian dua orang lelaki berpakaian uniform polis masuk ke dalam wad itu. Dibawa Danish keluar dari bilik itu.
Tiba-tiba doktor Syuhaida sampai dengan beberapa orang jururawat dibelakangnya. Semua orang yang berada di dalam wad itu diminta kekuar untuk memeriksa keadaan Adellea.
YOU ARE READING
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas tapi baik hati. Dia mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan-Arab dan mempunyai warna iris mata yan...