Zafreel memerhatikan setiap orang disekelilingnya. Dari beberapa hari lepas setelah mereka tiba di Dubai, banyak mata selalu memandang ke arah isterinya. Kalau perempuan tu okay lagi, ni lelaki. Boleh dikatakan setiap kali orang lalu lalang di sebelah mereka, pasti akan menoleh ke arah isterinya. Ada yang sampai menoleh sehingga dua kali.
Bau apa ni?
Bau bau ada orang tu jealous. Hahaha.
Dia memandang Adellea yang berada di hadapannya itu. Tangannya membuat gaya pis kemudian digelek kanan kiri dihadapan camera itu. Dia tengah buat trend tiktok, hehehe. Tajam sahaja matanya memerhatikan.
Mereka kini berada disebuah restoran untuk bersarapan pagi. Pandangan dari atas restoran ini tepat menghadap ke arah Burj Khalifa.
"Kau dah kenapa?" Tanya tidak berpuas hati. Adellea angkat wajah selepas dia mengambil video.
"Tak de. Saja ambil video buat kenangan." Bohong Adellea. Dia sebenarnya nak post dekat Instagram kejap lagi. Zafreel memandang tidak percaya ke Adellea.
"Kau post dekat mana-mana media sosial video kau tu, memang kena kau dengan aku." Amaran keras diberikan.
"Yaaaaa. Aku takkan post dekat mana-mana pun." Adellea mengiyakan sahaja.
"Hubby." Panggil Adellea manja.
"Tolong ambilkan gambar, hehe." Adellea sengih kemudian menghulurkan iPhone nya kepada Zafreel. Pantas Zafreel menyambut huluran itu.
Kecekak.
Zafreel mengembalikan semula iPhone isterinya.
"We, aku tak ready lagi la. Kenapa sekeping je ambil?" Bengang Adellea dibuatnya.
"Sekeping sudah la. Banyak-banyak nak buat apa?" Tanya Zafreel semula.
"Ish tak nak tolong sudah." Adellea bangun dari duduknya kemudian berjalan pergi dari tempat itu. Baik dia minta tolong pak arab dekat sini. Muahahaha.
Cepat-cepat Zafreel memanggil pelayan untuk membayar. Beg tangan isterinya diambil sebelum mengejar langkah isterinya itu. Haish bini dia ni, nak merajuk pun sampai lupa nak ambik beg.
Sedang sibuk Adellea mengambil gambar, tiba-tiba seorang lelaki datang mendekatinya."Hello miss." Panggil lelaki itu dengan senyuman manis. Adellea hanya membuat tidak tahu, sebaliknya dia hanya bermain telefon bimbitnya.
"Your eyes are beautiful, Yallah. Where are you from, habibi?" Adellea memandang pak arab dihadapannya itu atas bawah. Lelaki itu berpakaian jubah putih.
"Mars." Jawab Adellea sepatah.
"Apart from being beautiful, you are also good at joking." Lelaki itu ketawa macho. Adellea mengerutkan keningnya. Pahal mamat depan dia ni? Kena sampuk dengan jin mana pak arab ni?
YOU ARE READING
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas tapi baik hati. Dia mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan-Arab dan mempunyai warna iris mata yan...