~CHAPTER 29 || ZAYREEL~

2.8K 176 0
                                    

Sedar tak sedar, hari ini merupakan hari terakhir mereka di Pakistan. Semasa Zafreel berjalan-jalan didalam rumah itu, sesuatu frame yang tergantung di dinding itu menarik perhatiannya. Didalam frame itu terlihat sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak perempuan.

Dari melihat warna iris mata kanak-kanak itu dia sudah tahu siapa. Adellea dan ibubapanya. Wajah ibunya sangat mirip dengan wajah tunangnya. Macam kembar.

"That's your parents?" Soal Zafreel apabila merasa Adellea sudah berdiri tegak disebelahnya. Gadis itu berpakaian serba hitam menandakan dia baru balik dari tanah perkuburan.
Zafreel juga tahu akan hal itu kerana Adellea sudah memberi tahunya. Sengaja Zafreel tidak mengikutinya, biarkan tunangnya sendiri.

"Yeah." Jawab Adellea sepatah. Kaca mata yang terletak elok di hidung mancungnya tidak dilepaskan.

"How did your parents have an accident?" Soalnya serba rasa bersalah. Risau jika menggores hati tunangnya. Adellea hanya diam sambil merenung ke arah frame dihadapannya. Sungguh dia rindu akan dua insan itu.

"It's okay if you're not ready yet to let me know. Aku faham, take your time okay." Adellea menghembuskan nafas berat. Dia menoleh memandang Zafreel, lelaki itu sudah memandangnya dari tadi. Tepat anak mata mereka bersambung.

"Kau betul nak tahu?" Adellea meminta kepastian tunangnya itu. Risau jika dia tidak selesa bila mendengar kisahnya nanti. Zafreel hanya mengangguk tanda setuju. Mereka berjalan mendekati ruang yang ada di situ. Mereka mengambil tempat duduk di sofa yang terdapat didalam ruang itu.

"Let's beginning, time tu kitorang nak balik Malaysia, my parents diorang keluar kejap sebab ada hal penting dekat resort." Mata Zafreel tak lepas dari memandang wajah Adellea. Dia dapat melihat mata sembap Adellea walaupun dia memakai kaca mata hitam.

"And ada pemandu mabuk langgar diorang. Ayah aku tak sempat nak elak..." Sambung Adellea dengan pandangan kosong. Air mata dibiarkan sahaja mengalir. Zafreel hanya membiarkan Adellea menyambung ceritanya.

"Bila aku tanya mana babah dengan mama aku, diorang diam je. Lepastu aunty Ameera bagitahu aku yang baba dengan mama aku tengah tunggu aku dekat sana. Aku tahu diorang tipu aku masa tu sebab tak nak aku sedih. Lagipun aku time tu baru je umur 2 tahun. And aku stay dekat sini sampai umur 13 je." Panjang lebar Adellea mencerita kisahnya. Kadang dia cemburu melihat sepupunya yang lain apabila baru berumur 10 masih lagi mendapat kasih sayang ibu bapa, sedangkan dia? Hanya menumpang kasih sayang ibu saudaranya sahaja.

"You're stronger than i see. You through a lot." Kata Zafreel. Adellea hanya senyum sebaris. Perlahan-lahan dia menyeka air matanya.

"Sebab tu lah aku terima lamaran kau. Aku tak nak mummy rasa apa yang aku rasa nanti. Aku nak bahagiakan orang yang aku sayang sebelum diorang tutup mata." Zafreel hanya diam sambil memandang ke arah tunangnya. Adellea sedikit pun tidak memandang ke arahnya.

"Okay tu je yang aku nak cerita, aku masuk bilik dulu. Nak packing apa yang patut." Adellea kemudian terus bangun dan berjalan pergi dari situ tanpa memandang wajah Zafreel.

Tidak lama kemudian Zafreel juga bangun kemudian pergi ke arah biliknya dengan wajah yang kosong.

Tidak lama kemudian Zafreel juga bangun kemudian pergi ke arah biliknya dengan wajah yang kosong

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now