~ CHAPTER 47 || ZAYREEL~

2.7K 157 7
                                    

"Sayangg." Panggil Zafreel meleret. Dia memanjat katil lalu Zafreel mengambil tempat di sebelah Adellea. Dia membaringkan kepalanya diatas peha isterinya. Mata Adellea masih lagi tertumpu pada iPadnya.

"Apa kau?" Tanya Adellea. Zafreel memandang wajah serius Adellea yang sedang buat kerja itu.

"Sudahlah latu kau buat kerja tu,  dengarla apa yang aku nak cakap ni."

"Kau cakap jelah aku dengar. Aku banyak lagi benda nak kena check ni." Balas Adellea. Zafreel memuncungkan bibirnya. Lalu dia biarkan Adellea membuat kerja sebentar.

Dua puluh lima minit telah berlalu, Adellea masih lagi fokus dengan kerjanya. Zafreel mendengus perlahan sebelum dia ambil iPad isterinya. Terkejut Adellea dibuatnya.

"Eh kerja aku tak siap lagi tu. Bagi balik iPad aku."

"Takde. Aku dah bagi masa dah dekat kau siapkan kerja kau. Masa kau dah tamat, sekarang kau kena layan aku." Kata Zafreel selamba.

"Zafreelll... Kerja aku tak siap lagi tu, bagilah balik.." Adellea tenggelamkan wajahnya di bantal sebelum melihat semula wajah suaminya.

"Tak boleh. Sekarang aku nak kau layan aku, main dengan rambut aku, cakap dengan aku, and dodoikan aku tido." Jatuh rahang Adellea dengar permintaan Zafreel. Lain macam betul permintaan dia.

"Okay fine. Tapi satu syarat."

"Apa syarat dia?"

"Bagi iPad aku." Minta Adellea.

"Tak boleh. Nanti kau tak layan aku."

"Aku layan kau, tapi sambil aku buat kerja." Zafreel mengecilkan matanya. Boleh percaya ke ni..

"Janji?"

"Janji."

Zafreel memberi semula iPad itu kepada Adellea. Lantas dia mengambilnya, kemudian dia membetulkan kedudukan sebelum mendepakan tangan kirinya. Zafreel masuk ke dalam pelukannya. Dia menaruh wajahnya di ceruk leher Adellea. Dia menghirup bau wangi milik isterinya.

"Wangi la kau." Puji Zafreel.

"Wangi la, takkan busuk pulak." Balas Adellea. "Ha tadi kau nak cakap apa?"

"Aku nak cakap, khamis ni aku kena pergi outstation. Empat hari dekat Terengganu." Kata Zafreel sedih.

"Jadi?"

"Aku nak kau ikut aku pergi Terengganu." Berkerut kening Adellea. Dia menunduk memandang wajah suaminya. Muka Zafreel pula serius macam tak main-main.

"Gila. Aku ada kerja la kat sini, aku pergi jelah."

"Tapi aku nak kau ikut."

"Kau pergilah sorang, aku tak boleh tinggalkan cafe macam tu je."

"Ala, Liyana kan ada. Suruhlah dia jagakan dengan si Aziem tu."

"Tak boleh, mau jahanam cafe aku kalau tinggal dekat si Aziem tu. Kau macam tak kenal dia tu."

"Nanti aku rindu macam mana?"

"Video call jelah."

"Hm. Tak apalah, besok petang siap tau, kita pergi dating." Sebenarnya Zafreel tak berapa sedap hati untuk tinggalkan Adellea sorang-sorang dekat sini. Entahlah.

"Dating pergi mana?"

"Adalah. Kau ikut je esok."

"Okay." Adellea kembali menyambung kerjanya. Zafreel menarik tangan Adellea yang bermain dengan rambutnya itu lalu diletakkan di bibirnya. Dikucup lembut tangan itu.

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now