Matanya meliar mencari seseorang. Waktu makan tengah hari pun dah nak habis, tapi jejaka itu masih belum kelihatan.
"Mana pulak mamat ni. Takkan tak datang hari?" Gumamnya sendiri.
"Tak datang sudah. Lagi tenang hidup aku." Bisik Adellea. Baru sahaja dia ingin ke dapur kafe, kedengaran bunyi loceng. Tandanya ada orang baru masuk kafe.
Dia menoleh ke arah jejaka tersebut. Lengan kemejanya disinting sehingga siku, 2 butang kemejanya dibuka dari atas. Nampak hot.
Zafreel yang sedar ada yang sedang memerhati ke arah dirinya, terus berjalan ke arah Adellea.
Klick.
Zafreel memetik jari tepat dihadapan wajah mulus Adellea. "Puas renung aku macam tu?"
"Eii. Sapa nak tengok kau. Perasan." Bohong Adellea. Dia kena la cover malu sikit. Haha.
"Eleh, cakap jelah. It's okay. Nanti hari-hari kau boleh tengok aku. Tapi bila aku dah jadi suami kau lah. Hehe." Zafreel senyum jahat.
"Ish. Sapa pulak yang nak jadi bini kau. Kalau kau offer dekat beruk pun, dia lari tau." Kutuk Adellea selamba.
"Okay kita tengok. Sapa yang jadi bini aku nanti. Kau ke beruk. Dah la, jom teman aku makan. Kang tak pasal aku mati kebulur." Ajak Zafreel. Terus mereka berdua ke arah meja makan yang selalu mereka duduk.
"Here." Adellea menyerahkan sekeping kad kepada Zafreel. Zafreel menyambut huluran itu. Jelas tertera disitu nombor telefon dan nama Adellea.
"Wow. Miss Zayra dah berlembut hati untuk bagi number dia dekat aku." Zafreel pura-pura terharu walaupun hati dia sedang berbunga-bunga. Hanya seorang yang bernama Adellea Zayra sahaja yang boleh membuat hatinya berdebar-debar.
"Hey, aku bukan bagi saja-saja tau. Ada syarat dia." Kini giliran Adellea pula senyum jahat.
"Apa syarat dia?" Soal Zafreel sambil membelek-belek kad nama tersebut.
"Haritu kau pernah cakap, kalau aku bagi number phone aku dekat kau, kau tak akan kacau aku dah kan? Sekarang aku dah bagi number aku dekat kau, jadi jangan kacau aku dah."
"Okay, tapi kau cakap tak boleh kacau je kan. It's mean, aku boleh ajak kau keluar jalan-jalan la kan?" Soal Zafreel teruja. Walaupun Adellea tak nak keluar dengan dia, dia tetap akan pujuk.
"Ah, tak ada. Aku busy minggu ni."
"Hmm, tak apa lah. Janji aku dah dapat number kau. Hehe. Masehh cinta. Lope you." Tanpa segan silu, Zafreel memanggil Adellea cinta. Tak tengok kiri kanan.
Rasa membahang meyeru ke wajah Adellea. Ini pertama kalinya dia blushing.
"Eww. Nk termuntah aku dengar. Makan tu bagi habis. Lepas tu boleh pergi keluar cepat-cepat."
Adellea senyum tak ikhlas."Sabar la. Orang nak bergurau pun tak boleh." Balas Zafreel dengan wajah cemberut. Lalu, dia menghabiskan makannya.
Benar apa yang dikatakan oleh Zafreel. Sudah hampir seminggu Adellea tidak nampak bayang Zafreel.Sekarang dia pula yang jadi bosan. Selalu ada juga yang suka mengajaknya bergaduh. Tapi sekarang, sunyi.
Sedang seronok Adellea melayan movie bersama Liyana dirumahnya, iphone nya berbunyi minta untuk diangkat.
Dia mencapai iPhone nya yang sedang berbunyi itu lalu, dilihat nombornya.
Nombor tak dikenali.
Otaknya mula berfikir.
'sapa pula ni. Jawab jelah. Manatahu ada emergency ke." Katanya didalam hati. Kemudian butang hijau ditolak ke tepi untuk menjawab.
iPhone nya di dakap ke telinga."Hello?" Sapa Adellea.
"Hai cinta hati. Ingat aku tak?" Sapa Zafreel di talian.
"Sejak bila pulak aku jadi cinta hati kau ni?"
"Sejak zaman purba."
"Ish malas la nak layan. Ada apa call malam-malam ni? Kacau je orang tengah layan movie." Seraya itu, Adellea mengunyah popcorn.
"Next week kau free kan?"
"Tak. Aku busy asal?"
"Jangan nak candy-candy aku. Minggu depan kau cuti kan?" Zafreel menyoal kembali.
"Ya. Memang aku cuti. Tapi kalau aku cuti pun kau nak buat apa?"
"Okay cantik. Minggu depan aku datang pick up kau. Aku nak bawa kau pergi satu tempat. Bye sayank ku, jangan tidur lambat-lambat sangat."
Tit.
Belum sempat Adellea membalas kata-kata Zafreel, lelaki itu terlebih dahulu menutup panggilan.
"Siapa tu?" Soal Liyana.
"Tak ada sapa. Sambung la tengok movie tu." Adellea kembali melabuhkan punggung di sofa.
~
TBC
Vote plisssss
YOU ARE READING
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas tapi baik hati. Dia mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan-Arab dan mempunyai warna iris mata yan...