Adellea mengangkat wajahnya apabila pintu biliknya dibuka dari luar. Zafreel melangkah masuk ke dalam bilik lalu pintu itu ditutup semula. Kemudian dia merapati ke arah isterinya yang sedang berada diatas katil itu.
"Sayanggg." Panggilnya meleret.
Zafreel mengambil tempat disebelah Adellea. "Kau buat apa tu?"
"Takde, saje main game." Balas Adellea kemudian menutup iPadnya lalu diletakkan di meja kecil tepi katil. Zafreel pandang tilam dan bantal yang ada tepi katil itu. Aik, siapa punya tempat tidur ni?
"Kenapa ada tilam kat bawah ni sayang?" Tanya Zafreel dengan dahi yang berkerut.
"Tempat tidur kau lah. Ni katil single, sempit ah kalau kau tidur sekali. Kau tidur bawah eh." Adellea tersengih kemudian dia menolak belakang badan Zafreel hingga jatuh ke bawah lalu dia menarik selimut. Mencuka terus wajah Zafreel. Dia pandang tilam itu dan Adellea bersilih ganti. Wah, tak boleh jadi ni!
"Argh, tak boleh! Aku nak tidur dengan kau jugak!" Zafreel lantas bangun lalu menyelit pada ruang yang ada diatas katil itu. Kepala isterinya diangkat supaya berada di atas lengannya.
Terkejut Adellea apabila tiba-tiba dia sudah berada di dalam pelukan Zafreel.
"Ish sempit lah. Pergi tidur bawah sana."
"Sempit macam ni lah baru best. Boleh peluk kau." Zafreel sengih kerang busuk. Adellea pula merasa janggal apabila serapat ini dengan Zafreel. Yela, empat bulan kut berpisah, mau tak janggal bila duduk dekat-dekat ni.
"Hm." Balas Adellea.
"Kau kenapa ni sayang? Kau tak suka ke aku peluk kau macam ni?" Tanya Zafreel. Ditenungnya wajah Adellea yang sedikit pucat itu.
"Bukan, tapi aku rasa macam.." Adellea tidak menghabiskan ayatnya. Dia tidak berani untuk memandang wajah Zafreel, sebaliknya dia hanya memandang ke arah jarinya yang sedang bermain dengan kolar baju Zafreel.
"Why? Tell me."
"Aku rasa macam aku tak layak jadi isteri kau. Aku pernah tengking kau and aku banyak dosa dengan kau." Adellea luahkan semua yang berada di kepalanya. Dari petang tadi dia fikirkan tentang ini. Dia rasa dia tak layak.
Semuanya sebab dia teringat akan kata-kata Safiyya padanya di tempoh hari.
"Ada menantu pun tak guna, tinggalkan suami sorang sorang dekat sini. "
"Aku dah lama maafkan kau." Balas Zafreel sambil melihat tepat pada anak mata Adellea.
"Aku rasa aku gagal jadi isteri kau." Luah Adellea lagi. Baru dia mahu berkata lagi, Zafreel sudah meletakkan jari telunjuknya pada bibir Adellea.
"Kau tetap isteri aku." Balas Zafreel. Kemudian dia kucup dahi isterinya lama.
"Aku rindu kau..." Kata Adellea perlahan. Matanya mula berkaca. Bibirnya sudah muncung ke depan. Zafreel melihatnya mula tersenyum.
"Aku pun rindu jugak dekat cinta hati aku yang sorang ni." Zafreel peluk Adellea lebih erat. Namun Adellea menolak Zafreel menjauhinya.
"Yang sorang ni? Apa selama aku tak ada ni, kau ada cinta hati lain ke? Sampai hati kau." Tuduh Adellea melulu. Dia bangun tetapi Zafreel menariknya supaya berbaring semula.
"Ya Allah, mana ada. Kau sorang je cinta hati aku. Kenapa sampai situ pulak kau fikir." Zafreel mengusap perlahan pipi mulus Adellea dengan tangan kirinya. Makin berseri pula dia tengok Adellea sekarang ni.
"Betul?"
"Ye cinta hati ku sayang." Balas Zafreel berserta senyuman manis buat isterinya.
"Okay." Balas Adellea. Mereka saling berpandangan. Lama Zafreel pandang wajah Adellea. Ya Allah, kenapa isterinya sekarang ni makin cantik eh. Tangannya naik mengusap rambut Adellea.
YOU ARE READING
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas tapi baik hati. Dia mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan-Arab dan mempunyai warna iris mata yan...