Seperti yang dirancang oleh Datin Zaliha, dia hendak ke Adell"cafe kerana dia sudah janji bersama Adellea untuk keluar hari ini.
Dia hanya mengenakan pakaian yang biasa-biasa sahaja. Tidak terlalu mewah tetapi tetap elegan.
Adellea pula hanya mengenakan sebuah dress yang berwarna hitam dengan tudung bawal yang berwarna cream dan hanya memakai kasut Nike air.
"Maaf lambat aunty, tadi jalan jem. " Bohong Adellea. Dia sebenarnya terbangun lewat sebab tu lambat sampai.
"Aunty dah lama tunggu ke?"soal Adellea kepada aunty Zaliha.
"Eh la. Aunty pun baru sampai ni ha." Balas Datin Zahila.
"Eh jom la nanti lambat pulak nak shopping" ajak Datin Zaliha. Mereka berdua terus ke arah kereta hitam yang berjenama Velfire itu.
Mereka berjalan memasuki pusat membeli belah itu yang dikuti oleh seorang bodyguard yang berkerja untuknya.
Adellea hanya mengikuti langkah Datin Zaliha memasuki beberapa buah kedai. Dia tidak bernafsu untuk membeli apa-apa pun di mall itu.
Satu jam berlalu. Setelah mereka habis makan tengahari, Datin Zaliha mengajak Adellea pergi ke kedai terakhir iaitu Dior.
"Lea tak nak beli apa-apa ke? Kalau nak apa-apa bagitahu je dekat aunty. Aunty belanja."
"Eh takpe la aunty, susah-susah je. Lagipun Lea tak nak beli apa-apa pun." Balas Adellea.
"Susah apanya. Lea pilih je yang mana Lea nak, nnti letak dekat kaunter." Kata Datin Zaliha kepada Adellea. Dia berasa bersalah kerana tidak membeli apa-apa untuk Adellea. Sudahlah dia yang mengajak gadis itu temankan nya tetapi dia tidak membeli apa-apa pun.
Adellea berjalan sekitar kawasan di dalam kedai itu. Matanya tertumpu pada sebuah beg tangan yang terletak elok di atas rak. Tangannya naik tengok tag harga sebuah beg tangan tersebut.
Hampir terkeluar biji mata Adellea tengok tag harga beg tangan tersebut. Harganya hampir mencecah enam belas ribu ringgit. Baik dia beli superbike.
Bukan dia tidak biasa membeli barang dari Dior. Tapi kalau dia datang ke Dior, dia hanya membeli kasut atau barangan kosmetik sahaja.
"Lea berkenan ke dengan beg ni? Kalau berkenan ambil je, aunty belanja." Kata Datin Zaliha selepas melihat Adellea meletakkan kembali beg tangan itu.
"Eh tak la, aunty. Lea tengok-tengok je." Balas Adellea segan.
"Cik saya ambil beg sekali ye." Kata Datin Zaliha kepada pelayan itu sambil menunjukkan ke arah beg tangan yang di lihat oleh Adellea tadi.
"Eh, aunty. Lea tak nak la pun beg tu. Janganlah susah-susah, Lea boleh beli sendiri la. Lagipun beg tu mahal sangat la." Balas Adellea segan.
"Tak apa. Lagipun Lea dah temankan aunty shopping kan? Tak kan aunty tak belikan apa-apa untuk Lea, betul tak?" Kata Datin Zaliha kepada Adellea.
"Tapi saya temankan aunty ni ikhlas. Saya tak harapkan apa-apa balasan pun dari aunty."
"Tak apa, Lea ambil je beg ni. Ini tanda terima kasih aunty dekat Lea sebab temankan aunty. Aunty seronok sangat dapat keluar dengan Lea hari ini." Balas Datin Zaliha. Nak tak nak, Adellea terpaksa juga terima pemberian Datin Zaliha itu. Dia tak nak lukakan hati Datin Zaliha.
~
TBCMaaf kalau ada kesalahan bahasa sebab ni first time saya menulis. Harap korang boleh tolong vote✨
YOU ARE READING
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas tapi baik hati. Dia mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan-Arab dan mempunyai warna iris mata yan...