~CHAPTER 77||ZAYREEL~

1.4K 112 7
                                    

Ralit mata hijau itu melihat semua makanan yang terhidang dihadapannya. Adellea sudah menjilat bibirnya. Semua makanan yang diinginkan olehnya semalam telah ada dihadapannya. Laksa Sarawak, laksa Johor dan pisang goreng.

Sekarang ini dia berada di cafenya. Seawal pagi dia sudah melarikan diri ke sini. Merajuk dengan suaminya. Semalam Zafreel pulang dengan tangan kosong. Oleh itu pagi ini dia menyuruh pekerjanya untuk menyediakan makanan yang diidamkannya.

"Ta ra ten ten tenn!! Dah siap Laksa Kedah untuk bos ku yang tercinta! Qasanya dijamin teqangkat sampai langit ketujuh!" Aziem meletakkan mangkuk yang terisi laksa itu dengan penuh gaya dihadapan Adellea. Sempat lagi dia mengunakan loghat Kedah di ayatnya.

"Nampak sedaplah yang ni." Kata Adellea sambil menarik mangkuk itu. Dia ingin mencuba yang ini terlebih dahulu.

"Tengoklah siapa yang masak." Aziem menayangkan wajah berlagak sambil mengembangkan hidungnya. Haikal yang melihatnya membuat wajah menyampah.

"Alah setakat tolong rebus telur dengan laksa tu, nenek aku pun boleh la buatlah. Penat si Riana tu masak, orang lain pulak yang mengaku." Kata Haikal. Suka hati dia je nak claim yang dia tu masak.

Jelingan tajam diberikan kepada Haikal.

"Eh aku yang hias laksa tu tau, dari kau. Tolong kacau kuah je buat apa." Bidas Aziem dengan jelingan maut. Cakap dekat orang, dia pun sama je.

"Awad hang jeling jeling? Setakat tolong kacau kuah tu, kucing aku pon boleh buat lah." Sembur Aziem lagi. Tangan disilangkan ke dada. Puas hatinya apabila melihat wajah Haikal yang merah padam itu.

Baru Haikal ingin menyembur semula tiba-tiba ada suara mencelah.

"Emm sedaplah laksa Kedah ni!" Puji Adellea. Mangkuk yang sudah kosong itu ditolak ke hadapan. Lalu mangkuk yang berisi laksa Johor itu ditarik pula. Terlopong mulutnya Aziem dan Haikal apabila melihat mangkuk yang sudah kosong itu. Mak ai cepatnya makan.

"Laksa Johor ni pun sedaplah. Pandai betul kau orang masak." Puji Adellea lagi. Selera betul dia makan semua jenis laksa itu.

"Tadaa! Pisang goreng by Amir Adnan dah siap!" Sampuk satu suara.

Pinggan yang berisi pisang goreng itu diletakkan hadapan bosnya. Adellea yang sudah terliur dengan pisang goreng itu terus menolak tepi laksa Johor itu.

"Khas untuk bos ku yang tercintah."

Adellea mengambil satu pisang goreng itu kemudian dimasukkan ke dalam mulut. Dia menikmati pisang goreng itu sehingga terpejam matanya.

"Sedaplah. Pandai betul korang masak." Puji Adellea. Tak dinafikan bahawa mereka semua memandang mahir dalam bidang memasak. Tak sia-sia dia mengambil mereka berkerja.

"Tengok orang lah." Amir tenyeh hujung hidung mancungnya dengan ibu jari.

"Alah setakat goreng pisang tu, aku pun boleh lah." Sampuk Aziem. Eleh, dia boleh buat lebih dari tu. Ei, waktu dia masak takde sorang pun puji.

"Sudahlah kau orang. Aku dah kenyang, kau orang semua tolong habiskan eh. Aku nak naik atas." Lantas Adellea bangun dari kerusi. Perutnya yang sudah memboyot itu diusap perlahan. Tinggal berapa minggu je lagi perut ni nak meletup.

"Baik bos. Elok-elok naik tangga." Mereka semua senyum sebaris kepada Adellea. Kepala ditundukkan sedikit tanya hormat. Adellea hanya membalas dengan senyuman manis.

 Adellea hanya membalas dengan senyuman manis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now