Liyana duduk di tangga depan pintu rumahnya. Liyana meletakkan satu cawan berisi air di tepi Zafreel. Dia pandang sahaja wajah Zafreel yang sedang termenung jauh itu. Sudah puas lelaki itu pujuk Adellea, namun tiada langsung tanda-tanda wanita itu mahu membuka pintu.
"Dia dah tak sayang aku ke Yana?" Tanya Zafreel perlahan. Liyana mengeluh sekali sebelum dia menghulurkan iPhone milik Adellea kepada Zafreel. Dia mengambil telefon itu lalu dia pandang wajah Liyana.
"Cuba kau bukak telefon tu." Kata Liyana.
Zafreel hanya mengikuti lalu membuka telefon itu. Gambarnya di setkan sebagai wallpaper telefon wanita itu.
"And cuba kau tengok dekat belakang telefon itu." Suruh Liyana lagi.
Gambarnya lagi.
"Macam tu kau cakap dia tak sayang kau? Itu belum lagi aku cerita time kau takde dengan dia." Zafreel pandang Liyana. Menunggu perempuan itu menyambung kata-katanya.
"Setiap masa, mesti nama kau je yang keluar dari mulut dia. 'kalau Zafreel ada mesti dia suka makan ni' 'kalau Zafreel ada mesti dia marah aku' and banyak lagi lah dia cakap sampai naik muak aku dengar. Lepastu, tiap-tiap malam sebelum dia tidur dia bukak semua video yang kau tinggalkan untuk dia. Dia tak boleh tidur kalau tak dengar suara kau. Beberapa hari sebelum kitorang balik sini, dia ternampak kau berjalan dengan perempuan dengan seorang budak perempuan lain dekat mall."
"Balik je dari mall dia menangis teruk kalah budak-budak kau tahu tak?!" Suara Liyana berubah sedikit tinggi. Kalau Zafreel yang pujuk takpelah, ni dia yang jadi mangsa.
"Ni, muka ni lah yang keluar pergi cari makanan untuk pujuk dia. Balik rumah, dia cakap dia dah okay, tak nak makan semua makanan yang aku beli. Hanya Allah je yang tahu perasaan aku time tu." Panjang lebar Liyana berkata.
"Sumpah aku dengan perempuan tu tak ada apa. Time tu aku teman mummy aku shopping dengan kawan dia, tak tahu pulak aku kawan mummy aku tu bawak menantu dan cucu dia." Zafreel mengangkat tangan kanannya gaya bersumpah. Dia tak tipu.
"Cakao dekat aku buat apa? Pergi cakap dekat bini kau sana." Liyana bangun dari duduknya. Jam dinding di dalam rumah dipandang sekilas.
"Ni kau pergi balik dululah, dah pukul 5:30, kau duduk sini dari pukul 11:48 pagi tadi." Kata Liyana kemudian menundukkan mengambil cawan air. Zafreel langsung tak sentuh cawan itu. Kalau tahu tadi tak payah dia buat.
"Aku nak tunggu dekat sini sampai isteri keluar."
"Hei dekat sini ada empat bilik je tau, semua penuh. Pergi balik, esok kau datang la balik." Liyana menggaru-garu kepalanya yang berbalut tudung sarung itu. Haish laki bini sama je perangai, dua-dua keras kepala!
"Siapa cakap aku nak tidur dalam rumah kau? Kereta aku ada, aku boleh tunggu isteri aku dalam tu." Liyana pandang kereta Audi A7 di halaman rumahnya. Dia menampar dahinya sekali.
"Lantak kau lah. Malas aku." Dia naik masuk ke dalam rumah. Malas dah dia nak masuk campur, pandai-pandailah laki bini tu nak settle sendiri.
Zafreel sudah nekad, dia akan berada disini sampailah isterinya keluar. Lantaklah orang cakap dia gila ke apa.
YOU ARE READING
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas tapi baik hati. Dia mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan-Arab dan mempunyai warna iris mata yan...