~CHAPTER 35 || ZAYREEL~

3.3K 211 7
                                    

Hari yang melelahkan bagi Adellea. Sakit kakinya kerana terlalu berdiri terlalu lama. 'Ni semua salah dua ketul tula, kalau diorang tak ikut mesti cepat je aku balik villa ni' omelnya dalam hati sambil mengurut kakinya.

Siapa lagi kalau bukan Aziem dengan Liyana. Mahunya aku kahwin kan je dua ketul tu.

Macam-macam jenis gaya mereka memaksa pasangan itu lakukan. Kena peluk lah, dukung lah dan macam-macam lagi. Zafreel pula hanya mengikuti sahaja kehendak mereka. Dia lagi seronok dapat peluk bini dia.

Dia mencabut pin yang terselit ditudungnya. Sewaktu dia mahu membuka tudungnya kedengaran bunyi pintu dibuka.

Klak

Tanpa dipandang dia sudah tahu bahawa itu suaminya. Selamba Zafreel masuk ke dalam bilik, pintu kembali ditutup. Zafreel berjalan menghampiri katil yang bersaiz king itu lalu menghempap tubuhnya kasar ke atas katil. Dia pun tak kalah juga letihnya.

"Yang, kau pergi mandi dulu. Aku nak tidur kejap." Serak suaranya. Terus mata dipejamkan. Penat sangat tu.

"Hm." Terus dia bangun dari duduknya kemudian terus menuju ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

Beberapa minit kemudian Adellea keluar daripada bilik air. Dia hanya mengenakan seluar track, baju t-shirt dan hoodie. Dia mengelap rambutnya yang basah. Terhenti pergerakannya apabila terlanggar dada seseorang. Hampir terlompat kijang dibuatnya ingatkan orang lain, padahal suami sendiri.

Eh lupa kata dah ada suami.

Dia mengangkat kepala memandang wajah suaminya. Aik bila masa pula Zafreel bangun?

Zafreel senyum sinis apabila melihat wajah cuak Adellea. Setapak Adellea mengundur ke belakang. "Eii.. pergi mandi sana. Busuk." Katanya selamba.

"Haih, yela cinta hati."

Cup

Zafreel mencium pipi kanan Adellea. Terkedu Adellea seketika, Zafreel ketawa perlahan sambil berjalan ke arah bilik air.

Tangan naik memegang pipinya yang baru sahaja dicium oleh suaminya.

"He just k..kissed m..me?" Dia menggeleng tidak percaya. Alamak, tomato sudah masak.

"Eii... Baik aku pergi tolong omma dengan mummy masak dekat bawah." Tangannya mencapai getah ikat rambut kemudian mengambil tudung sarungnya.

"Ni makanan dah siap, kamu Lea pergi panggil Zafreel turun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Ni makanan dah siap, kamu Lea pergi panggil Zafreel turun." Arah Datin Zaliha. Adellea hanya mengiyakan sahaja. Semasa dia berjalan menuju ke biliknya, dia terselisih dengan Ar-Khalid.

"Where are you going?" Soal Khalid.

"Oh, I want to call Zafreel. By the way, dinner is ready. Omma called everyone down to eat." Dia senyum sebaris sebelum sambung berjalan. Ar-Khalid hanya melihat sahaja kakak sepupunya berjalan sambik tersenyum.

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now