~CHAPTER 63||ZAYREEL~

1.9K 154 27
                                    

Ameer memandang tempat kosong disebelah Adellea itu. Mana pulak si Zafreel tu pergi. Tak turun makan ke.

"Mana Reel? Dari semalam tak nampak dia." Tanya Ameer pada semua orang yang berada di meja makan itu.

"Dia dah balik Malaysia semalam." Balas Ameena. Kemudian dia kembali menyambung makan.

"Dia tak bagi tahu saya pun."

"Dia rushing balik Malaysia semalam, zafreel cakap daddy dia terkena serangan jantung." Balas Ameena.

"Allahuakbar. Lepas tu macam mana?" Soal Ameer lagi.

"Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang terjadi. Zafreel ada call pagi tadi." Ameer menganggukkan kepalanya. Kemudian dia pandang cucunya yang berada di sebelahnya. Macam kurang selera aje Adellea makan hari ni. Tak luak langsung makanannya.

"Zayra, appa nak tanya." Adellea angkat muka memandang wajah Ameer. Biasa sahaja mukanya.

"Kamu betul ke nak ikut Aliyyah balik Turki?" Tanya Ameer. Dia mendapat tahu yang esok Adellea akan pergi ke Tukri bersama keluarga Aliyyah. Entah apa yang menarik perhatiannya untuk pergi ke sana.

Adellea hanya menganggukkan kepalanya.

Ameer menghembuskan nafas berat. Nak halang pun, bukan tak tahu keras kepala Adellea macam mana. Kalau itulah yang dia nak, kena ikutkan jugak.

"Nanti biar dua orang bodyguard kita ikut kamu. Appa tak nak apa-apa jadi dekat kamu bila kamu dekat sana nanti." Adellea hanya menganggukkan kepalanya lagi.

Adellea mengeluarkan bajunya dari almari kemudian berjalan ke arah katil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Adellea mengeluarkan bajunya dari almari kemudian berjalan ke arah katil. Selesai dia melipat baju, kemudian dia memasukkan ke dalam bagasinya. Kemudian dia bangun berjalan ke arah almari untuk mengambil pakaian.

Saat dia mahu mengambil baju, dia terlihat ada sebuah kotak berwarna putih disebalik pakaian yang tergantung. Lantas dia tunduk mengambil kotak tersebut. Kotak itu bersaiz sederhana besar dan diikat menggunakan riben berwarna merah. Terdapat dihujung kotak itu tertulis namanya.

For my beautiful, Adellea Zayra Khan.

"Kotak apa ni? Asal ada nama aku?" Adellea membelek kotak itu. Beberapa saat selepas itu dia melemparkan kotak itu ke arah katil. Kemudian dia mengambil pakaiannya dan memasukkan ke dalam bagasi. Kotak tadi juga disumbat masuk ke dalamnya.

Nanti sampai dekat sanalah dia bukak. Bukan ada benda penting pun.

 Bukan ada benda penting pun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now