~ CHAPTER 45 || ZAYREEL~

2.6K 169 16
                                    

Safiyya berjalan sambil tersenyum lebar. Hari ni dia ada belikan makanan tengah hari untuk Zafreel.

'Mesti abang reel suka aku bawakan makanan dekat dia, hihi." Kata hatinya. Senyumannya tidak lekang dari bibirnya.

Pejabat itu sudah kosong kerana semua orang keluar untuk makan tengah hari, jadi dia ada peluang untuk masuk bilik Zafreel tanpa ada halangan.

Tanpa ketuk pintu, Safiyya terus membuka pintu pejabat Zafreel dan terus masuk ke dalam. Zafreel yang dari tadi sedang sibuk membelek dokumen terhenti, kepala diangkat untuk melihat siapa yang berani masuk ke dalam pejabat tanpa izinnya. Sebaik dia memandang wajah Safiyya, dia kembali membelek dokumennya.

Patutlah masuk tak ketuk pintu, budak ni mana tahu adab. Kutuk Zafreel dalam hatinya.

"Abang Reel! Ni Fiya datang bawakan lunch untuk abang. Abang makan tau penat Fiya masak tadi." Safiyya meletakkan beg kertas itu di meja Zafreel.

Krik krik krik.

Safiyya disitu bagaikan tunggul kayu. Zafreel langsung tidak memandangnya.

"Abang Reel busy eh? Kalau macam tu tak apa la Fiya pergi kelas dulu. Jangan lupa makan tau!" Kemudian dia menghadiahkan senyuman manis kepada Zafreel sebelum dia keluar dari bilik itu.

Apabila Safiyya sudah keluar dari bilik itu, Zafreel melepaskan keluhannya. Tali lehernya dibuka kasar dan tiga butang teratas kemejanya juga dibuka. Panas pulak bila duduk satu bilik dengan perempuan tu.

"Apa benda lah yang perempuan ni bawak. Masak konon, kau nak potong bawak pun tak reti. Apalagi nak masak semua ni." Dia lihat didalam beg kertas itu ada chicken buttermilk, ayam masak merah dan sebekas nasi.

"Haih, nak buang rezeki. Takpelah nanti aku sedekah jelah dekat Kak Ida." Dia meletakkan beg kertas itu dibawah mejanya.

Tok tok tok.

"Masuk."

Terus tersenyum lebar Zafreel apabila melihat wajah kesayangannya dihadapan pintu bilik. Kemudian Adellea menutup semula pintu itu.

Terus Zafreel berlari ke arah isterinya kemudian dipeluknya dan dipusing badan isterinya. Terkejut Adellea tiba-tiba suaminya bertindak sebegini.

"Woi lepas woi. Pening aku." Zafreel menurunkan Adellea selepas itu dia mencium kedua belah pipi Adellea. Hairan Adellea dibuatnya.

"Kau dah kenapa gila ke?" Tanya Adellea.

"Ye, gilakan kau."

"Kau ni kena sampuk dengan setan mana ni? Haih. Nah lunch kau." Adellea menghulurkan beg kertas itu kepada suaminya. Lantas Zafreel menyambut huluran itu. Lalu Adellea memusingkan badannya ingin keluar dari bilik itu, tetapi tangan ditarik oleh Zafreel.

"Apa?"

"Sini kejap aku ada benda nak cakap dengan kau kejap." Zafreel merangkul pinggang Adellea kemudian mereka berjalan ke arah sofa.

"Malam ni ada majlis doa selamat dekat rumah aunty Zarina. Adik mummy tu dia nak pergi umrah minggu depan. Jadi diorang jemput kita pergi malam ni." Adellea menganggukkan kepalanya faham.

"Kau nak pergi tak?" Soal Zafreel.

"Aku ikut kau je. Mummy ajak an."

"Okay, tu je kan yang kau nak cakap. Aku balik cafe dululah, bye." Sekali lagi tangan Adellea ditarik oleh Zafreel. Adellea memandang Zafreel tidak puas hati. Apa lagi dia ni.

"Apa lagi?"

"Kau ni sabarlah, aku ada benda nak suruh kau buat ni." Adellea duduk semula di sofa itu. "Kau nak suruh aku buat apa?"

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now