Adellea menyandarkan tubuhnya di peti sejuk yang berada di belakangnya. Matanya ralit memandang pekerjanya fokus membuat kerja masing-masing. Dihirup sedikit air latte nya.
"Aku bosan la asyik kerja je." Kata Adellea membuat semua orang di situ berpaling ke arahnya.
"Kalau bos bosan, ambik la cuti." Cadang Raina.
"Kalau aku ambik cuti pun, duduk rumah bosan jugak." Adellea mengetuk dagu dengan jarinya. Memikirkan sesuatu.
Ting!
Satu idea terlintas di fikirannya.
"Apa kata kita semua pergi bercuti? Korang semua pun mesti penat berkerja an. Kita pergi 5 hari 4 malam dah la, healing." Kata Adellea ceria hingga menampakkan sebaris gigi cantiknya. Yang juga turut teruja dengan cadangan Adellea.
"Asal kalau bos belanja, kitorang okay jerr." Kata Amir sambil meniup kukunya. Adellea menjeling tajam kepada Amir.
"Memang la aku yang belanja, sebab aku yang ajak. Adumak. Tapi kalau kau nak bayar sendiri, aku okay je." Berubah riak wajah Amir dibuatnya.
"Eh tak tak. Hehe"
"Tapi, kita nak pergi mana?" Tanya Haikal. Semua mata tertumpu pada Adellea. Menanti jawapannya.
"Ikut korang lah nak pergi mana, aku okay je. Asal dalam Malaysia sudah, jangan luar negara." Jelas Adellea. Masing-masing menganggukkan kepala sebelum Rina membisikkan sesuatu ke telinga Raina. Lalu Raina membisikkan pula ke telinga Haikal dan seterusnya Amir.
Lalu mereka memandang ke arah Adellea serentak sebelum..
"Langkawi." Kata mereka berempat serentak. Selepas itu, tiba-tiba telefon Adellea berbunyi minta diangkat. Pantas dia mengeluarkan telefonnya dari poket seluar.
'Husband orang.'
Tertera nama itu di skrin telefonnya. Ikon hijau diseret ketepi kemudian dilekapkan di telinganya.
"Kau busy tak sekarang?" Tanya Zafreel ditalian.
"Tak. Kenapa?"
"Tolong hantar makanan dekat pejabat aku boleh? Malas la nak turun."
"Hm okay."
"And I need my snack." Seksi suara garau itu berkata.
"Okay kejap lagi aku singgah 7 Eleven beli jajan."
Adellea menutup panggilan itu. Apabila bila dia mengangkat muka, semua sedang memandang ke arahnya.
"Apa tengok-tengok? Pergi sambung kerja sana. Kang aku tak jadi nak bawak pergi holi-"
"Baik bos!" Terpotong kata-kata Adellea. Mereka semua kembali melakukan kerja.
"Tahu takut. Hehe." Katanya sendiri.
YOU ARE READING
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas tapi baik hati. Dia mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan-Arab dan mempunyai warna iris mata yan...