Majlis resepsi yang diadakan di hotel telah pun selesai. Penat apabila terpaksa senyum dan melayan tetamu yang hadir. Tetamu yang hadir pun bukan calang-calang orang.
Ini baru dekat Malaysia, belum lagi majlis resepsi mereka yang bakal ada di Pakistan pada bulan hadapan. Mereka berdua pula hanya mengikutkan sahaja.
Mereka berdua berjalan masuk ke dalam bilik tidur mereka. Adellea mengambil tempat di meja solek manakala Zafreel pula hanya baring diatas katil sambil bermain telefon bimbitnya.
Tudung bawal yang melilit di kepalanya dibuka kemudian rambutnya yang diikat juga turut dibuka. Beralun cantik rambut coklatnya, rambutnya dibahagian atas lurus dan dibawahnya sedikit kerinting.
Adellea bangun dari kerusi kemudian berlalu ke arah walk in closet untuk mengambil pakaiannya. Nak mandi, badan dia melekit dari tadi. Baru sahaja tangan memegang tombol pintu, tiba-tiba ada tangan lain juga turut memegang tombol pintu itu. Pandangan tidak puas hati diberi kepada suaminya disebelah.
"Bagi aku mandi dulu. Kau mandi lambat." Selamba Zafreel berkata. Tangannya ingin memulas tombol pintu itu, namun dihalang oleh Adellea.
"Tak ada tak ada. Aku mandi dulu. Kau yang mandi lambat."
"Hey, excuse me? Aku mandi cepat eh, kau yang mandi lambat." Balas Zafreel kembali.
"Mana ada, kau yang mandi lambat. Ergh, tak kira aku yang mandi dulu."
"Tak, aku yang mandi dulu."
"Ish, bagi aku mandi dulu." Adellea tidak mahu mengalah.
"Kau mandi lambat." Bidas Zafreel.
"Kau yang mandi lambat, lepas tu cakap aku yang mandi lambat."
"Okay fine. Kita mandi sekali, jimat masa dengan jimat air." Zafreel senyum sinis kemudian tombol pintu bilik air itu dipulasnya. Terus tubuh Adellea dicepung. Terjerit Adellea dibuatnya.
"Okay! Okay! Hubby mandi dulu, now turunkan aku." Gelabah Adellea. Namun Zafreel hanya buat tak tahu. "No rejection." Balasnya dengan senyuman sinis. Pintu bilik air ditutup.
Tudung sarung yang tersangkut dirod stand itu diambil kemudian disarungkan ke kepala.Tadi sempat dia melarikan diri selepas Zafreel menurunkannya. Dia ni dah berpengalaman dalam larikan diri. Haha
Adellea berjalan keluar dari bilik tidurnya kemudian berjalan ke arah lif. Sebaik sahaja masuk ke dalam perut lif, butang nombor 2 ditekan yang terus menuju ke aras 2 di villa ini. Sebaik pintu lif terbuka, dia berjalan ke arah ruang keluarga yang tersedia di aras 2 itu.
Dia melihat disitu ada ibubapa mertuanya, datuk neneknya dan suaminya. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Zafreel. Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya, tangan Adellea terus disambar oleh Zafreel. Adellea hanya membiarkan, sempat dia menjeling sekilas.
YOU ARE READING
𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬
RomanceMengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Adellea Zayra. Dia merupakan anak yatim piatu dan mengusahakan bisnes kecilnya. Dia seorang yang tegas tapi baik hati. Dia mempunyai darah kacukan Melayu-Pakistan-Arab dan mempunyai warna iris mata yan...