~CHAPTER 67||ZAYREEL~

1.6K 145 18
                                    

Bersinar-sinar mata Adellea apabila mereka sudah sampai di festival makanan. Dia rasa nak beli semua makanan yang ada dekat situ!

"Ni ada duit belanja sikit untuk ibu, Yana dengan Luq kalau nak beli apa-apa. Kalau tak cukup bagitahu je dekat Ayra. Guna tau, Ayra pergi dulu." Selamba Adellea menarik tangan Makcik Lina kemudian meletakkan tujuh keping duit berwarna ungu sebelum dia masuk ke dalam festival itu dengan pengawal peribadinya, Fawad.

"Bagi duit macam bagi gula-gula." Kata Luq'man. Ternganga mulutnya. Liyana menjeling sekilas ke arah adiknya.

"Kak Ayra kau tu memang. Tapi dah dia bagi, rezeki jalan ditolak. Jom kita habiskan duit ni, tak cukup kita minta lagi dekat dia heheh." Gurau Liyana. Makcik Lina menggeleng kepala melihat kelakuan anak-anaknya. Kemudian mereka bertiga berjalan masuk ke dalam festival itu.

Fawad memandang beg plastik yang dipegang olehnya. Banyaknya Puan mudah dia beli. Beli banyak-banyak siapa nak habiskan nanti. Dia perhatikan Adellea yang sedang membeli makanan ringan itu.

Dekat tangannya sekarang ini sudah bermacam-macam jenis makanan. Entah setan apa yang menghasut Puan mudanya sampai memboros macam ni.

"Nah." Adellea menghulurkan satu beg plastik kepada Fawad.

"Puan muda ada lagi ke yang hendak dibeli?"

"Tak kut, tapi teringin la nak makan lokching. Jom pergi kedai lokching!" Fawad terus mengikuti langkah wanita itu. Hai ikutkan jelah.

"Kau ni kena rasuk dengan setan mana sampai banyak macam ni punya makanan kau beli?" Adellea menjuling matanya ke atas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Kau ni kena rasuk dengan setan mana sampai banyak macam ni punya makanan kau beli?" Adellea menjuling matanya ke atas. Bosan mendengar Liyana membebel dari tadi.

"Tengok kau beli banyak-banyak bukan habis pun kau makan. Ni banyak lagi makanan kau beli." Liyana membelek-belek semua plastik makanan yang berada di atas meja itu. Semuanya masih belum terusik sedikit pun. Hanya ada beberapa makanan sahaja yang sudah habis dimakan oleh Adellea. Mereka sudah sampai di negeri sembilan pada petang tadi.

"Aku dah kenyang lah, esok lah aku habiskan. Aku dah tak larat nak melantak semua makanan tu." Adellea bangun dari duduknya kemudian berlalu ke tangga. Liyana pandang dengan hujung matanya. Esok kalau dia tak habiskan memang siap Adellea kena dengan dia.

Baru Adellea mahu melelapkan matanya, tiba-tiba pintunya dibuka dari luar. Jelas terlihat Liyana dengan satu botol ridsect.

"Keluar kejap, aku nak spray ridsect." Arah Liyana.

"Tak payahlah. Busuk kau tahu tak."

"Sebab tulah aku suruh kau keluar, nanti dah hilang bau dia kau masuklah tidur. Kalau tak spray nanti nyamuk masuklah." Pujuk Liyana. Apa yang susah nak dengar cakap Adellea sekarang ni. Dulu sekali cakap je, ni sekarang kena perang mulut dulu dengan dia baru nak dengar cakap.

"Alah, nyamuk je pun. Tak mati pun lah aku kalau kena ketik dengan nyamuk tu." Angkuh Adellea berkata. Lantaklah, sekarang ni Liyana dah kacau dia nak tidur.

𝐈𝐭'𝐬 𝐡𝐞𝐫, 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐥𝐞𝐚 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚'𝐬Where stories live. Discover now