2018, KPM Beranang
Paginya dimulakan dengan lantunan lagu KPM Beranang, Mara, dan Asmaul-Husna di asrama kolej dari bilik PA kolejnya.
Sudah menjadi kebiasaan di kolej itu memasang tiga lagu tersebut setiap pagi sebelum kelas bermula pada jam 9 pagi.
Seorang gadis sedang lap rambutnya menggunakan tuala kecil sambil menggumam lagu yang dipasang di speaker kecilnya.
Dia sarungkan baju kurung moden bercorak bunga kecil berwarna burgundy dipadankan dengan shawl krim.
Shawlnya digayakan dengan gaya loose. Shawl itu elok terletak di wajahnya. Kemudian dia sapukan lip balm, lip tint dan akhir sekali lipstick berwarna cherry di bibirnya.
Kecantikannya makin terserlah.
Gadis kecil itu lincah bersiap sebelum ke kelas, barang-barang yang diperlukan dimasukkan di dalam tote bag miliknya.
Buku, pencil case, lanyard kolej, dan minyak cap kapak.
Minyak angin itu wajib untuk dirinya memandnagkan dia sering saja rasa sakit perut. Jadi minyak cap kapak, ataupun minyak yoo yee akan dia bawa sentiasa di dalam beg.
Tambahan pula, setiap pagi mesti dia akan sakit perut.
"Dhia jom" rakannya laung dari pintu bilik asrama.
Dhia Delisha namanya. Orangnya kecil sahaja, wajahnya putih kemerahan, matanya hitam, dan dia merupakan anak tunggal di dalam keluarganya.
"Jom" Dhia sarungkan kasut kemudian lengan rakannya dipeluk, mereka berdua menuju ke kelas.
Setelah sampai di kelas bersama rakannya yang bernama Nabila, mereka duduk dan main dengan telefon masing-masing sebelum kelas bermula.
Dia buka aplikasi game Mobile Legend sementara tunggu waktu kelas bermula.
"Dhia" seru Nabila, manakala Dhia hanya pandang ke arahnya sekilas sambil menggumam. Tangannya lincah bermain di skrin telefon itu.
Sesekali keningnya berkerut kerana fokus berlawan game. Nak naikkan rank.
"Harini ada talk ko-q kan, kau nak masuk apa, kawad ke wataniah ?" tanya Nabila.
"Entah, tengoklah dulu" singkat sahaja balasannya, memandangkan itu salah sifat Dhia Delisha, kurang bercakap.
Dia bukanlah memang begitu dari awal. Dhia dulu ceria orangnya, sentiasa senyum hinggalah satu hari peristiwa gelap menimpanya.
Semenjak dari itu, Dhia berubah dan menjadi seperti orang lain. Banyak diam dan buat hal sendiri.
Banyak yang menegur dengan perubahan sikap Dhia, tapi gadis itu endahkan saja. Hanya Nabila yang sentiasa backup dia setiap kali dia dikutuk oleh pelajar perempun yang lain.
Katanya Dhia sombong dan berlagak.
Tak pun, hanya saja mereka cemburu dengan Dhia. Walaupun Dhia berubah, gadis itu masih digilai ramai.
Sikapnya yang jadi pendiam tak mengubah apa-apa, tetap ramai jejaka di kolejnya itu tertarik dengannya, ditambahkan dengan mukanya yang kecil, eye smile yang dimilikinya, dan tubuh yang kecil.
"Aku nak masuk wataniah, ada elaun, alik-alik dapat tambah sikit elaun kpm punya" Nabila balas kepadanya.
Dhia hanya diam, dia masih lagi fokus dengan gamenya. Nabila geleng kepala melihat tingkah rakannya.
Sempat lagi push rank sebelum kelas.
Selain dari bermain game, Dhia jug banyak habiskan masanya dengan scroll instagram dan pinterest di telefonnya kerana dia gemar tengok video dan gambar yang klasik dan cottage core.
YOU ARE READING
Bae [🔸️IN EDITING🔸️]
Romance⚜️ 1st King Series ⚜️ #1 family #1 loyal #2 action Tengku Nafidz Mustasyar Dhia Delisha Kekuatan Tengku Nafidz adalah Dhia Delisha, dan kekuatan Dhia Delisha adalah Tengku Nafidz. "She is my woman" "You worth the wait bae" "Save others not me" "A...