57

1.5K 44 0
                                    

Sudah hampir seminggu Dhia masih tidak sedarkan diri.

Nafidz setiap hari pulang saja dari kerjanya, dia akan terus pergi ke hospital.

Semua pakaiannya sudah dia letak di bilik Dhia itu semenjak dia asyik ulang-alik menjaga Dhia dan pergi kerja.

"Sayang, abang dah balik ni" Nafidz senyum, kemudian dia duduk di sisi Dhia.

Kini Dhia sudah tidak bergantung pada alat bantuan pernafasan. Cuma Dhia masih dalam keadaan koma.

Kata doktor, kini semuanya terserah pada Dhia dan kekuasaan Tuhan.

"Sayang nak tahu tak, tadi dekat tempat kerja semua mengusik abang" Nafidz mula bercerita.

Sudah menjadi rutin hariannya, datang saja ke hospital, dia akan bercerita pada isterinya.

Walaupun tiada respon gerakan dari Dhia, tapi dia tahu, isterinya dengar.

"Dorang semua mengusik kata anak kita nanti mesti ikut muka sayang takda muka abang"

"Padahal itu anak abang juga kan, mestila ada sikit ikut abang, tahulah sayang ni cantik kan, tapi dorang nak discredit abang pula" Nafidz bercerita.

Sesekali dia cemberut manja, sesekali dia senyum, sesekali dia menangis.

"Baby" perut Dhia diusap lembut.

"Baby baik tak harini? Baby jaga mummy tak harini? Daddy tak sabar nak jumpa baby nanti, mesti baby comel kan macam mummy"

"Takpela kalau baby tak ikut daddy pun, ikut mummy pun daddy bahagia, terlebih bahagia, sebab mummy cantik, cantik sangat"

Tak lama kemudian, keluarga Tan Sri Roslan tiba.

Nafidz salam tangan Roslan dengan penuh hormat.

Syafia duduk di kerusi tepi katil Dhia. Tangan Dhia dia salam.

Itulah kali pertama dia salam tangan kakaknya itu.

Erdina dan Rafidah hanya beriak kosong.

"Anak dad" kepala Dhia, Roslan usap perlahan.

"Maafkan dad sayang, banyak yang Dhia tanggung dan dad tak pernah ada disisi Dhia. Sedangkan dad adalah ayah Dhia yang patut lindungi anak sendiri"

Tan Sri Roslan menangis. Syafia juga. Hanya Rafidah dan Erdina masih beriak kosong.

"Akak, Syafia minta maaf, Fia tak pernah layan akak dengan baik. Fia tak layan kakak selayaknya macam kakak Fia"

"Fia sayang kakak, kakak bangun ya"

Nafidz hanya diam melihat. Roslan menghampiri Nafidz.

"Maafkan dad Nafidz, dad gagal jadi ayah yang baik untuk isteri Nafidz, dad tinggalkan dia dengan arwah mama dia sendirian. Dad pentingkan diri, dad hanya fikir kepuasan diri."

"Maafkan dad Fidz, maafkan dad" Roslan melutut namun Nafidz cepat memegang bahu ayah mertuanya untuk menghalang.

"Dad banyak salah, dad banyak dosa pada isteri Nafidz. Patutnya cinta pertama seorang anak adalah ayahnya, tapi Dhia, cinta pertamanya dad dah khianat. Dad berdosa Fidz, dad berdosa"

Nafidz terus memeluk ayah mertuanya. Belakang badan Roslan diusap cuba menenangkan.

"Dhia tak pernah marahkan dad, malah setiap hari dia berdoa untuk kebahagiaan dad. Dia selalu cerita dekat Nafidz masa-masa dia kecil dulu dad selalu layan kerenah dia"

Nafidz mengukir senyum. Walaupun Dhia tak suka dan tak mahu ke rumah ayahnya, tapi tak pernah isterinya itu cerita hal buruk atau kenangan buruk dia dengan ayahnya dulu.

Bae [🔸️IN EDITING🔸️]Where stories live. Discover now